Sebelum raya yang lalu, aku telah mendapat email dari uitm. Panggilan temuduga untuk jawatan Penolong Pendaftar. Sebenarnya ini sudah kali kedua di panggil interview untuk jawatan ini (permohonan berlainan). First dulu tahun 2010. Masa tu aku tengah preggy and tengah bertongkat. Mulanya memang nak pergi, tapi memandangkan keuzuran aku masa tu, dengan bertongkat, dengan tengah pregnantnya, lepas tu kena buat presentation pulop, terus aku kensel. Tak jadi pergi. Tapi yang panggilan kali ni, aku tak mahu lagi lepaskan peluang. Tak mahu mengalah sebelum berjuang! Interview tu nanti akan di buat di Shah Alam. Kalau ikut surat panggilan temuduga, tak ada pulak kena buat presentation macam yang lepas... Tapi apa-apa pun kena sentiasa bukak laman web dia sebab diorang suka tukar-tukar surat pada last minute. Just like masa panggilan temuduga aku yang tahun 2010 tu lah.... Bukak balik email 2, 3 hari sebelum hari temuduga, tiba-tiba jer ada presentation kena buat. Tu yang buat aku malas nak pergi tu. Tengah mabuk pulak masa tu, dengan bertongkat apa, memang moral down betol! huhuhu...
Sekarang ni aku tengah study jawatan penolong pendaftar. Study punya study punya study rupanya penolon gpendaftar ini ialah jawatan yang agak besar di dalam uitm... Huuu... Aku ingatkan dah namanya penolong, kerja nya biasa-biasa sahaja, rupanya tidak ya... Kalau ikut gred kerajaan biasa, penolong pendaftar dah masuk gred N41 setaraf pegawai tadbir walaupon namanya cuma PENOLONG.... Huuu... Ini betol-betol buat saya kecut perut dan hampir-hampir mengalami sindrom moral down.... Ini memang mebuatkan aku terfikir, mesti ramai yang lebih berkaliber dan layak pon akan ada sama pada hari tersebut dan aku akan kelihatan sungguh kerdil... huuuu.... NO! mesti pergi jugak walaupon aku rasa peluang adalah amat tipis. Mesti pergi jugak! Cuba dulu! berjuang dulu! huhuhu.....
Aku rasa memang betol-betol dah tiba masa for my wake up call. Cukup-cukuplah sudah keselesaan yang sudah 4 tahun aku lalui ini. Selesa kah aku dengan tangga gaji yang hanya cukup-cukup makan? Anak makin membesar, kos semakin meningkat. Aku betul-betul perlukan perubahan, perlukan anjakan paradigma untuk diri sendiri dan keluarga. Aku perlukan kerjaya yang bisa menjamin masa depan aku dan yang mampu menawarkan keselesaan dari segi gaji. Mungkin kali ni aku perlu melakukan pengorbanan sekiranya berjaya mendapat pekerjaan ini. Tetapi sekiranya bukan rezeki aku, juga tidak mengapa... Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, insya allah.....
Semoga.... Ya, semoga....
Habis