Thursday, October 27, 2011

Pelangi @ Rainbow

Pelangi cinta di hati kita.... Eceh x bleh blah.... Selasa yang lalu hujan turun di daerah Kuantan. Sekarang memang dah musim hujan pun. Cuma yang menarik kali ni hujan itu datang bersama pelangi yang indah. Cehhh gila jiwang ayat aku. Bila masa pulop hujan datang bersama pelangi? Tak belajar sains ke hapa? huhu..

Tahukah anda pelangi itu sebenarnya terhasil dari pembiasan cahaya/matahari dan air. Anda sendiri boleh membuat pelangi dengan menggunakan air paip dan cahaya mentari. Cara-caranya ialah dengan menjadikan hujan main-main dengan paip air tadi, dan halakan ia ke arah matahari... Pembiasan cahaya berbentuk pelangi akan berlaku.. (ye dop benda aku cakap ni x tau la. Cuba try test tengok.. huhu :p.. Dengar boleh, percaya jangan...)

Saya cuma ingin berkongsi ini....




Saya sukeeeee ^_^

Cukup

Wednesday, October 19, 2011

Cool Blog

Saya suka minum cool blog. Hari-hari saya minum cool blog. Lama-lama duit saya kering sebab hari-hari keluar buat beli cool blog. Harga cool blog bersamaan dengan harga sepinggan nasik. Tapi mungkin sepinggan nasik kosong ajer tanpa lauk. Tapi cool blog menyebabkan saya addicted. Bijik-bijik pearl nya betul betul meng addict kan....

Hoih... Aku bosanggggg..... Tak tau nak buat apa. Mood nak keje yilek. Esok lusa da start busy untuk payroll. Bulan ni aku akan main kejar-kejar dengan masa sebab Isnin cuti birthday Sultan Pahang, Rabu cuti Deepavali... Aku cuma ada masa hari Jumaat saja untuk setel gaji dan dokumen mesti sampai ke bank at least hari Selasa sebab Isnin cuti... Hadoihhh.... Kan bagus kalau aku kerja makan gaji jer.... Maksudnya aku cuma jadi penunggu gaji bukan pembuat gaji... Orang lain rilek jer tunggu gaji masuk... Otak aku yang pening nak main kejar-kejar dengan masa. Harap-harap mood big bos baik. Kalau tak, lu tunggu lah.... Hoih, mencik tau! Tension jugak otak aku nak bajet mood big bos nih. Saya berdoa semoga bos saya gembira pada hari Jumaat nanti T_T. Kang kalo lambat, gaji lambat masuk, semua pekerja pun merusuh... Amboi??!! Kemain sedap korang eyh nak merusuh.. (exaggerate jerrr...)

Berbalik kepada cerita cool blog tadi.. Hari ni beli cool blog lagik. Kirim kat office mate. RM3 hengget sahaja. Nafsu nafsu.... Very the addicted. Adoh lutut gatal.... T_T

Berbalik semula pada cerita gaji tadi... December nanti adik aku kawen. Kawen 24 hb pulop. 23 akad nikah. Mampus aku nak main kejar-kejar dengan masa again..... 21 close account, buat payroll, kira ot semua.22 da nak cuti, boleh ke bebudak ni handle kalo aku pass kat dorang... (conflict of untrustworthy).  Mesti siapkan pagi 21 hb tu jugak. Tengah hari hantar kat big bos.... Saya harap mood beliau akan baik pada waktu-waktu kritikal saya nanti T_T. Jikalau tidak, bersiap siagalah untuk terima gaji lambat sekiranya aku ditewaskan oleh masa... ufff uhuk uhuk owhhh..... T_T

Ini ialah gambar cool blog.... Gambar ada kaitan dengan entry lintang pukang ini kuikuikui :p


Tuesday, October 18, 2011

Adik Aku di Langgar Kereta

Malang tak berbau. Baru jer merempan pasal adik aku yang bongsu ni. Semalam eksiden pulop. Nasib baik kereta tu tak laju, tertempuh sikit dan jatuh atas jalan. Ish budak ni, dah darjah tiga tapi tak pandai lagi tengok kiri kanan. Main lari-lari lagi.

Dalam jugak lah lukanya. menjerit-jerit dalam bilik doktor masa kena cuci dan kena cocok.. huhuhu.... Dah lah arini ada exam... adehhh... Sabor jer lah adik aku nih. Tu la malas gi sekolah lagi.. (eh, x de kaitan.. kejadian berlaku pada waktu petang sebelum maghrib).

 Adik bongsu yang pandai buat muka kesian... (kejamnya kakak huhuhu)


Gambar yang atas ni lepas kena cuci, luka di gamkan. Sebab doktor cakap luka tak banyak darah, so gam ajer. Kalau banyak darah memang kena jahitlah. Komfem! Lepas tu kena cocok ubat tahan sakit kot. Menjerit-jerit budak ni kena cocok. Tapi aku aritu masa kena cocok ubat tahan sakit masa nak bersalin pun pehhhh sakit siot! 

Budak ni arini nak amik exam akhir tahun. Nasib lah tangan tak apa-apa.... GOOD LUCK!

Cukup

Thursday, October 13, 2011

Bengkek Hati...

Tahukah anda bengkek hati adalah tidak sama dengan bengkak hati. Bengkek hati terjadi apabila kita berasa bengkek dengan sesorang yang menyebabkan kebengkekkan melanda hati kita. Manakala bengkak hati berlaku apabila hati tidak mampu menjalankan fungsinya sebagai hati dan akhirnya membengkakkan dirinya sendiri. Hoih! Apa yang kau merapik ni?

Aku memang agak bengang bila aku tanya soalan kepada seseorang, dia akan memberikan jawapan dalam bentuk soalan kepada aku. Ni memang buat hati aku bengkek gila. Marah betol rasanya. Contoh:

A: Kena guna ini ke untuk buat itu?
B: Dah tu nak guna apa lagi?

A: Nak letak kat sini ke benda ni?
B: Dah tu nak letak kat sana? / Dah tu nak letak kat mana lagi?

Tak boleh ke just jawab aje soalan yang di tanyakan dengan jawapan? Kenapa mesti lagi mau nak bagi soalan? Boleh jer kan jawab elok-elok.... Ya, guna yang itu... ataupun iya, letak di sini... Tak boleh? Aku rasa orang yang ada perangai jawab soalan orang dengan soalan adalah orang yang tak pandai menghormati orang lain. Lain la kalau student tanya lecturer pastu lecturer jawab dengan soalan balik.. Tu kita boleh terima sebab ilmu dan boleh menguji kefahaman. Tapi ni soalan yang sah-sah boleh jawab terus. Aku tak tau la nak buat apa. Last-last buat bodo sudehhhh... Biar bengkek hati!

Cukup!



Tuesday, October 11, 2011

Terima kasih... Jasamu kami kenang...

Ngeeee... Ini adalah mesin basuh hadiah dari kakak aku iaitu along pada hari perkahwinan aku. Sampai ke hari semalam mesin basuh ni dah duduk dekat 2 tahun dah kat rumah aku dan di gunakan secara berhemah oleh aku dan suami. Along beli mesin basuh ni masa dia duduk kat Taman Melati, Gombak pada tahun 2006 atau 2007 kot. Ni aku teka jer. Bayangkan berapa lamakah umur mesin basuh tersebut.

Pada suatu hari, pada tahun 2008 ke 2009 sebelum aku kawen, mesin basuh ini dikatakan buat hal di rumah along. Oleh itu along telah membeli sebuah mesin basuh baru yang automatik sepenuhnya.... Oleh yang demikian, along telah bertanya kepada aku pada satu hari yang hening sebelum aku kahwin ke lepas aku kahwin eyh? Aku dah lupa huhuhu :p. Inilah soalannya... "Mu nak dop mesin basuh? Aku bagi ke mu sebagai hadiah kawen?" ( begitulah lebih kurang ayat nya kahkahkah aku pon lupa da). Memandangkan kos hidup selepas kahwin yang makin meningkat dan duit adalah penting untuk meneruskan kehidupan selepas kahwin, maka selamat lah mesin basuh itu diterima di rumah sewa aku huhuhu. Dengan kepakaran yang serba kekurangan oleh en. suami, setelah di godeh-godeh maka boleh lah mesin basuh itu di gunakan.....

Begitulah sejarah serba sedikit tentang mesin basuh tersebut.... Baru-baru ini... Sebenarnya tak adalah baru sangat pon... Dah berbulan jugak rasanya mesin tu buat hal. Bahagian pengering dia tak nak berpusing. Nak kena tekan dulu, bila dah pusing laju baru nak mengering. Ok, fine, bersabar untuk bulan-bulan seterusnya. Tiba-tiba..... Pada satu hari yang hening, en. suami telah berkata " nak beli mesin basuh baru, otomatik punya " Hohoho horeaayyyyyy! (kata isteri di dalam hati hehe sebenarnya tak adalah dalam hati sangat pun :p)

Rasanya mesin ni kitorang nak derma kat Marul kot (adik suami) jadi tak yah lah dia datang umah kitorang untuk basuh baju atau pergi umah kak long kat Batu 10 tu. Boleh la membasuh beramai-ramai di rumah sewa beliau atau boleh juga membuat perkhidmatan dobi bagi menambah pendapatan :p ngeeeee....

 Kondisi sebenarnya masih baik lagi cuma bahagian pengering je lah.


Memperkenalkan...... Ahli baru kami.... jeng jeng jeng......
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.

Eceh! Nak buat saspen la konon... Tadaaaaaa...! 6.5kg jer.... Nak beli yang besar-besar kang tak mampu pulop.... huuuu... Boleh lah... Rezeki Allah bagi....

Sekian.... Terima kasih...

Cukup

Saturday, October 8, 2011

Merempan...

Wah... Tetiba teringat masa hari kahwin aku dulu.... Tahun lepas aku kawen, tahun ni adik aku pulop kawen... hehehe... Tinggal Siti Kamalia je lah lagi anak perempuan anak pomen @ pakcik Sabari yang belum kawen. Gilo? budak tu baru umur 9 tahun takkan nak ikut jejak langkah kakak-kakak nya kot hahaha. 

Sebut tentang Siti Kamalia teringat semalam masa ambik Sharhan kat rumah mama, borak-borak dengan mama pasal majlis perkahwinan adik aku ateh nanti. Tiba-tiba adik aku si kamalia (atau panggilan terlebih manjanya ialah Baby) menyampuk. Dia cakap "nanti jadi macam kenduri kak mira pulop..." aku dan mama berpandangan antara satu sama lain dengan muka... 'erkkk' mcm tercekik. Adehh mulut adik aku ni macam di ajar-ajar cakap macam tu. Lepas tu aku pun tanya baby, kawen kak mira aritu macam mana? kenapa dengan kawen kak mira? ehhhh.. pandai.. jawab tak tahu pulop. Sebab tu la mak aku kalau nak cakap pasal individu-individu tertentu (@mengumpat huuuhuuu) mesti tak akan sebut nama orang tersebut lebih-lebih lagi kalau masa tu adik aku yang kecik tu ada. Hoih! karang tak pasal-pasal sampai kat orang tu matiiii......


Wednesday, October 5, 2011

Wahhhh... IKLAN!!!!

Gila jakun aku nih nok. Orang lain dah lama ada iklan kat blog. Waaa... First time blog aku ada iklan... Sukanyaaaa.... Erkkk... Ni iklan free ke berbayar nih En. Nuffnang? HAHAHA :D

Rasanya blog macam memang kena ada iklan kot. Kalo yang tak ada iklan nampak macam tak berseri jer... (hahaha x bleh blah dowhhh). Ye saya orang kampung yang first time ada iklan dalam blog. (HOIH! Nampak sangat ko jakun lah! Cover sikit boleh?)

Ok ok... Baiklah... Saya akan berblog seperti biasa. Tak mengharapkan orang baca pon. Ini kan diari maya yang mungkin di baca orang lain. So, walaupon diari, still kena berhati-hati dengan apa yang di tuliskan yer....  Baikkkk..... :D

Cukup

Protected Entry

Please insert your security password. Restrict for invited reader only......
.
.
.
.
.
.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.

Wahhhh.... kalau lah boleh buat private entry kan bagus. Dah puas godek2 kat setting tp tak jumpa pon untuk buat 'protected entry'.. Hmmm.... Tak apalah... Terpaksa lah protect dalam hati jer kalu gitu.... huhuhu

T_T

Cukup

Tuesday, October 4, 2011

Bercanda di Taman Gelora

Kah kah kah... Tajuk tak leh blah... Semalam ikut En. Suami pergi Taman Gelora. Bukannya nak berjogging tapi beliau nak buat urutan kaki. Hekkk?? Urutan kaki? Olos urutan kaki reflexologi kat batu batan tu ha.... bukan apa pon... Ngeee....

 Budak demok tapi comey menuju ke tapak permulaan batu bata :p

 Olos.... Comeynya posing..... Comey macam Sharhan... kahkahkah.... Eeeiii geram aku tengok!

 Geli aku nak pijak batu batan ni. Sori lah kalo nak suruh aku. Tapi pijak pakai kasut x pe.... hahahaha :D

Apsal mata aku terbeliak nih???
 Bunga teratai sedang memekar....



 Trek jogging sebenarnya nih. Tapi banyak nyamuk lorrr... Apa da... Ternak nyamuk ke apa kat sini?

Gambar ni memang tak bleh blah.... Dah macam model plop aku tengok laki aku nih. Tak boleh jadik nih. Mak pon kena jaga badan nyahhhh..... Tak rela...  :D Sebab itu mak dah mengamalkan Jamu Mak Dara... Haaaa... Jangan tak percaya nokkkk.... :P Jaga badan itu penting hohoho :D

Cukuplah....

Monday, October 3, 2011

Explorasi DSC-W530

Gambar di atas aku guna mode automatic apokobondo tah namanya. Maknanya kamera tu carik sendirilah dia nak pakai mode apa... Mode terang ke, gelap ke, potrait ke, landscape ke.. Gitu lah adanya.... Tapi rasanya x ada beza pon dengan gambar bawah. Gambar bawah ni aku amik dengan mode landscape.



Gambar pokok bunga raya ni aku zoom sampai habis dari dalam kereta. Kira ok jugak la kan? Jelas gak gambar dia. Yang ni tak silap aku, aku amik mode auto jer kot. Pepandai la kamera tu ejas dia nak buat mode apa.


Enjoy gambar-gambar berikutnya yang di ambil di tempat yang terpaksa di rahsiakan kerana keselamatan kerajaan (eceh x leh blah la weh!)




Kredit untuk tukang ambik gambor.... kahkahkah :p Sebelum ni rasa macam menyesal beli kamera. Makin lama aku dah semakin boleh menerima segala kekurangan dan kelebihan kamera ku itu huhu.... No body perfect kan... :D

Cukup