Tuesday, October 11, 2011

Terima kasih... Jasamu kami kenang...

Ngeeee... Ini adalah mesin basuh hadiah dari kakak aku iaitu along pada hari perkahwinan aku. Sampai ke hari semalam mesin basuh ni dah duduk dekat 2 tahun dah kat rumah aku dan di gunakan secara berhemah oleh aku dan suami. Along beli mesin basuh ni masa dia duduk kat Taman Melati, Gombak pada tahun 2006 atau 2007 kot. Ni aku teka jer. Bayangkan berapa lamakah umur mesin basuh tersebut.

Pada suatu hari, pada tahun 2008 ke 2009 sebelum aku kawen, mesin basuh ini dikatakan buat hal di rumah along. Oleh itu along telah membeli sebuah mesin basuh baru yang automatik sepenuhnya.... Oleh yang demikian, along telah bertanya kepada aku pada satu hari yang hening sebelum aku kahwin ke lepas aku kahwin eyh? Aku dah lupa huhuhu :p. Inilah soalannya... "Mu nak dop mesin basuh? Aku bagi ke mu sebagai hadiah kawen?" ( begitulah lebih kurang ayat nya kahkahkah aku pon lupa da). Memandangkan kos hidup selepas kahwin yang makin meningkat dan duit adalah penting untuk meneruskan kehidupan selepas kahwin, maka selamat lah mesin basuh itu diterima di rumah sewa aku huhuhu. Dengan kepakaran yang serba kekurangan oleh en. suami, setelah di godeh-godeh maka boleh lah mesin basuh itu di gunakan.....

Begitulah sejarah serba sedikit tentang mesin basuh tersebut.... Baru-baru ini... Sebenarnya tak adalah baru sangat pon... Dah berbulan jugak rasanya mesin tu buat hal. Bahagian pengering dia tak nak berpusing. Nak kena tekan dulu, bila dah pusing laju baru nak mengering. Ok, fine, bersabar untuk bulan-bulan seterusnya. Tiba-tiba..... Pada satu hari yang hening, en. suami telah berkata " nak beli mesin basuh baru, otomatik punya " Hohoho horeaayyyyyy! (kata isteri di dalam hati hehe sebenarnya tak adalah dalam hati sangat pun :p)

Rasanya mesin ni kitorang nak derma kat Marul kot (adik suami) jadi tak yah lah dia datang umah kitorang untuk basuh baju atau pergi umah kak long kat Batu 10 tu. Boleh la membasuh beramai-ramai di rumah sewa beliau atau boleh juga membuat perkhidmatan dobi bagi menambah pendapatan :p ngeeeee....

 Kondisi sebenarnya masih baik lagi cuma bahagian pengering je lah.


Memperkenalkan...... Ahli baru kami.... jeng jeng jeng......
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.

Eceh! Nak buat saspen la konon... Tadaaaaaa...! 6.5kg jer.... Nak beli yang besar-besar kang tak mampu pulop.... huuuu... Boleh lah... Rezeki Allah bagi....

Sekian.... Terima kasih...

Cukup

3 comments:

  1. weh aku dah repair ek mesin tuh sebelum bagi ko ok, yg syuk wat rasanya tambah kepala plak yg ayang aku dah cabut huhuhuhuh....tapi mesin basuh auto sangat membantu huhuhuh

    ReplyDelete
  2. hehehe... masa tu air x mo bertakung dalam tab basuhan pastu godek2 benda tah kt bahagian bawah tu... (sambil kol abg po,g hehe)

    ReplyDelete