Saya suka minum cool blog. Hari-hari saya minum cool blog. Lama-lama duit saya kering sebab hari-hari keluar buat beli cool blog. Harga cool blog bersamaan dengan harga sepinggan nasik. Tapi mungkin sepinggan nasik kosong ajer tanpa lauk. Tapi cool blog menyebabkan saya addicted. Bijik-bijik pearl nya betul betul meng addict kan....
Hoih... Aku bosanggggg..... Tak tau nak buat apa. Mood nak keje yilek. Esok lusa da start busy untuk payroll. Bulan ni aku akan main kejar-kejar dengan masa sebab Isnin cuti birthday Sultan Pahang, Rabu cuti Deepavali... Aku cuma ada masa hari Jumaat saja untuk setel gaji dan dokumen mesti sampai ke bank at least hari Selasa sebab Isnin cuti... Hadoihhh.... Kan bagus kalau aku kerja makan gaji jer.... Maksudnya aku cuma jadi penunggu gaji bukan pembuat gaji... Orang lain rilek jer tunggu gaji masuk... Otak aku yang pening nak main kejar-kejar dengan masa. Harap-harap mood big bos baik. Kalau tak, lu tunggu lah.... Hoih, mencik tau! Tension jugak otak aku nak bajet mood big bos nih. Saya berdoa semoga bos saya gembira pada hari Jumaat nanti T_T. Kang kalo lambat, gaji lambat masuk, semua pekerja pun merusuh... Amboi??!! Kemain sedap korang eyh nak merusuh.. (exaggerate jerrr...)
Berbalik kepada cerita cool blog tadi.. Hari ni beli cool blog lagik. Kirim kat office mate. RM3 hengget sahaja. Nafsu nafsu.... Very the addicted. Adoh lutut gatal.... T_T
Berbalik semula pada cerita gaji tadi... December nanti adik aku kawen. Kawen 24 hb pulop. 23 akad nikah. Mampus aku nak main kejar-kejar dengan masa again..... 21 close account, buat payroll, kira ot semua.22 da nak cuti, boleh ke bebudak ni handle kalo aku pass kat dorang... (conflict of untrustworthy). Mesti siapkan pagi 21 hb tu jugak. Tengah hari hantar kat big bos.... Saya harap mood beliau akan baik pada waktu-waktu kritikal saya nanti T_T. Jikalau tidak, bersiap siagalah untuk terima gaji lambat sekiranya aku ditewaskan oleh masa... ufff uhuk uhuk owhhh..... T_T
Ini ialah gambar cool blog.... Gambar ada kaitan dengan entry lintang pukang ini kuikuikui :p
ko mmg dah giler...weh blanja aku gok
ReplyDeletebelanja??? beli la sendirik.... :p nge hehehe
ReplyDelete