Tuesday, March 22, 2011

Mau pegi bercuti....

Mana tempat mau ku pergi nih? DAlam otak ada macam-macam plan. Konon nak book AirAsia.com punya tiket... tp untuk tahun 2012 punya. Gila semangat! Hadoih... pastu bila pikir balik, kalau book sekarang, macam mana kalau tiba-tiba ada aral melintang? baiklah tunggu bila dah betul-betul dekat dengan tarikh yang di rancang, baru kita buat our vacation planning ok?

Tengah pikir mana tempat nak pergi ni. Bulan 5 ni nak pergi Terengganu, percutian syarikat. Bulan 6 patutnya nak pergi Melaka, tapi baru jer pegi Terengganu karang kering kontang poket aku n Syuk huhu... Jadi, insya allah bulan 9 atau 10 baru kita pergi Melaka... Kumpul duit dulu. Perancangan seterusnya nak ke Langkawi. Tiket flight dan hotel akan di sponsor oleh diriku. Lain-lain kita pow jer kat Syuk...ngeeee... :p





Melaka nampak macam best... hehe... Padahal aku 3 tahun kot duduk kat Melaka dulu.. Tapi dah lama sangat dah. Rasanya macam dah hampir 10 tahun yg lalu dah. Tahun 2002-2005 :D




Tu dia.... Letak dah gambar Langkawi. Tapi ni gambar lama ni sebab sekarang dia dah ada landmark kat depan burung helang tu siap tulis LANGKAWI... Nak pegi nak pegi....

30.4.2011 ni pulop kami semua akan ke Terengganu. Tempat stay ialah di Merang Suria Resort, Kuala Terengganu. Best ke? Tunggu dan lihat jer nanti.





Ni dia punya restauran. Macam cantik. Jom tengok bilik pulop. Ni semua credited to http://www.suriaresorts.com/merang/index.php

Ok la tu... :D