Monday, December 30, 2019

Penutup 2019

2019 bakal melabuhkan tirai. Recap sikit peristiwa 2019 yang telah aku lalui. Lepas aboh meninggal bulan 3, kami sekeluarga terbang ke kota padang pada bulan april menziarah keluarga aboh yang masih ada. Jumpa dengan sepupu, ayah saudara, mak saudara yang tidak pernah bersua muka sebelum ini. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga jumpa keluarga sebelah aboh.... Insya Allah akan bertemu lagi dengan mereka bila ada rezki nanti.

Saja nak share memori 2019 sebelum tibanya 2020...


 Gambar terakhir dengan aboh... Bercuti di cameron highlands... Esoknya aboh pergi... Aku tak nak sesalkan apa2. Aku bersyukur Allah mudahkan perjalanan akhir aboh...

 Adik aboh... Tak dapat jumpa abang aboh sebab ada di pekanbaru.





Semoga ada rezki untuk berjumpa lagi... Selamat tahun 2020 ☺️

FS
30 december 2019 (isnin)

Thursday, March 7, 2019

Perginya Seorang Ayah

4 March 2019 - Isnin

Tarikh yang tak mungkin aku mahu ingati. Tarikh perginya aboh yang aku sayangi kembali ke pangkuan Illahi.

Sebenarnya banyak sangat perkara yabg aku rasa bersalah sangat. Aku cuba untuk sentiasa pikir positif supaya aku tidak terus menyalahkan diri sendiri atas pemergian aboh. Allahu.... Betapa seksanya aboh untuk menyedut udara, menarik nafas. Kalau lah aku tidak pentingkan diri sendiri. Tapi ajal maut itu kan tidak akan lambat tidak akan awal walau sesaat. Memang ini suratannya. 'Kalau' itu hanya petanda aku belum redha sedangkan janji Allah itu pasti. Tak mungkin tercapai dek akal manusia sepertiku.

Kami tiba dari Cameron Highlands lebih kurang pukul 1 pagi. Mama dan aboh tidur rumah aku sebab adik lelaki aku patah balik ke Bangi untuk ambik kereta dan bawa pulang ke Kuantan. Masa sampai depan gate rumah semput aboh memang agak teruk. Mungkin sebab kami lewat buat dialisis (capd) aboh hingga air mula masuk ke paru2. Aku tanya mama nak hantar ke hospital tak? Tapi mama cakap aboh memang selalu semput mcm tu. Kalau pergi hospital pun doktor tak layan sebab tak ada arahan dari unit nephro untuk ke hospital. Allah... Kalaulah aku tidak pentingkan diri dan fikir penat nak ke hospital pukul 1 pagi 😭

Aku fikir ok lah, tak apa lah, kalau teruk esok kita ke hospital. Aboh sempat mintak aku ketuk belakang badan dia dari dari pinggang ke atas dan belikat sebab dia rasa sakit dan tak selesa. Lepas tu aku masuk bilik. Suami aku dan mama sambung urut dan ketuk belakang aboh. Aboh muntah2 mungkin sebab angin. Aboh dah 2,3 hari tak lalu makan.

Bangun pagi tu masa aku nak solat subuh aku keluar dan tengok mama tidur kat sofa. Aboh tidur dalam keadaan duduk di lantai. Dalam hati aku cakap, ooo mama temankan aboh sampai tidur kat sofa. Lepas tu aku masuk bilik dan solat. Selesai solat, aku baring sambil main hp. Suami aku tengah bersiap nak pergi kerja. Suami aku keluar rumah dalam pukul 7.30 pagi. Suami aku tinggalkan kunci kereta kot2 kalau perlu hantar aboh ke hospital. Sebelum keluar, suami aku tanya aboh nak pergi hospital tak? Aboh tak nak. Aboh mintak air masak kat mama.

Suami aku dah keluar pergi kerja naik motor. Aku dengar mama panggil abahhh abahhh abahhh abahhh abahhhhhh (suara mendayu² yg sangat aku takut nak dengar). Aku dari dalam bilik dah fikir mcm2. Aku baru je bangun nak keluar, mama dah panggil aku... "Kakakkkk tengok abah ni mama panggil tak nak bangun" dalam nada lirih yg takut untuk aku ingat kembali. Aku dah cemas tengok aboh dah terbaring mengiring dan tak ada nafas turun naik. Mama dgn suara lirih berkata "abah mintak air tadi, mama dah buatkan air kopi, tiba² je jadi mcm ni". Aku tak tahu nak buat apa. Aku tak berani nk gerakkan aboh. Aku panggil² abohh aabohhh. Instinct aku ckp aboh dah meninggal. Tapi badan aboh masih panas waktu tu. Aku tak terfikir langsung nk buat cpr masa tu. Bodohnya aku. Aku kelam kabut tukar baju, hantar wassap kat group keluarga... Aboh meninggal, aku tak tahu nak buat apa ni (7.47 pagi). Aku pon telefon suami aku tp x angkat. Aku call kak lin tanya aku nk kena buat apa ni sambil nangis2. Kak lin suruh call 999 dulu untuk sahkan kematian. Aku pon call 999.

Masa tu org yg angkat call tu tanya, awak pasti ke ayah awk dah meninggal? Aku ckp la da xde nafas turun naik. Masa tu baru aku terfikir nak buat cpr sedangkan dah 10 minit masa berlalu. Org tu tanya, awk nk cuba buat? Aku pun cuba sb aku x pernah buat. Tp dah lepas 30x tekan dada aku give up. Sebab tempoh masa dah terlalu lama dari awal aboh x bangun sampai ke saat aku buat cpr. Last2 aku keluar tunggu ambulans betul2 tepi jalan.

Landmark yg aku bg perumahan depan DIY. Aku dah agk ambulance akn pergi ke sana. Aku nampak ambulans dari jauh aku lambai tangan mcm org gile sambil nangis sambil aku cakap siniii!! Kat siniiii!! Sambil lambai tangan. Aku dah x peduli kereta lalu lalang tgk aku kt situ. Lama jgk baru org dlm ambulans tu perasan aku duk lambai2 kt tepi jln tu baru lah dorang pusing ke kiri. Aku pon ikut n bitau rumah mana. Sambil nangis2 aku berlari follow ambulans tu.

Aku duduk je kt luar sambil perati dorang. Aku x rasa nk masuk. Aku tgk ambulance tp aku x ambik gambar. Biar lah aku simpan dlm otak aku segala gambaran yg berlaku. Aku pergi basuh tangan kt paip luar. Aku tak tahu apa yg dorang explain kt mama. Cuma mama ckp buih udara@oksigen dari paru² dah x naik ke atas sebab tu aboh dah x boleh bernafas...

Aku masuk jgk ke dalam. Mereka semua bertiga. Diorang tanya ada lelaki tak kat dalam rumah ni? Aku ckp x ada sb masa tu hanya ada aku, mama dan baby (adik bongsu aku) aje. Dorang nak tolong alihkan aboh sementara dorang ada lagi kt sini. Dorang mintak ambikkan tilam, cadar dan bantal. Sorang dari mereka ambik kain dari dalam ambulans utk letak bawah bdn aboh supaya senang angkat. Sebelum dorang balik, dorang pesan pergi buat laporan polis dulu.

Aku puas duk telepon org sana sini utk dptkan khidmat pengurusan jenazah. Alhamdulillah utk liang, awal² dah setel sb tok pat nazri blh uruskan. Cuma dia mintak cari org utk mandi, kapan dan solat. Tak lama tu suami aku sampai. Aku dgn suami aku tukarkan seluar aboh kepada kain pelikat supaya senang nak mandi nanti. Masa angkat kaki aboh, masih panas lagi. Putih je kaki aboh. Mungkin kerana kerja terik sb tu kulit luar hitam gelap. Suami aku pesan angkat lembut² kaki aboh takut aboh sakit. Lepas da dpt tempat utk mandikan dan solatkn aboh, kitorang pergi buat report polis dulu. Dlm pukul 10 lebih siap buat report balik rumah tgk van jenazah dah sampai. Dalam pukul 10.20-10.30 dah di bawa ke masjid ppd soi.

Adik aku yg lelaki masih dlm perjalanan lagi. Plan asal nk kebumi lepas zohor. Dalam pukul 11.30-11.45 dah siap mandi. Aku paling untung sekali sebab dapat cium aboh banyak kali. Dari kt rumah sampai lepas mandi. Mata aboh terpejam elok... Mulut aboh tertutup elok. Masa kat rumah aku pikir nak kena ikat tp x perlu pun. Cuma yg membimbangkan aku bila pihak yg mengurus cakap perlu cepatkan pengkebumian sb luka kat perut aboh dah mula nak membusuk. Takut nnt kena mandi semula. Aboh mmg ada tiub khas yg di masukkan dalam perut terus keluar untuk kegunaan peritoneal dialisis. Aku risau sgt takut adik lelaki aku x sempat sampai. Siap solat dlm pukul 12 terus ke kubur. Masa tu wawa dah masuk tol gambang. Van jenazah dah gerak ke kubur. Aku dah risau takut dorang terus kebumi sedangkan wawa dah dekat. Mintak suami aku inform supaya bg masa setengah jam lagi sampai adik aku sampai. Alhamdulillah dorang boleh tunggu.

Dalam pukul 12.30 adik aku sampai dah. Lega sangat2 aku rasa. Dia lah satu² nya ank lelaki yg jaga aboh sakit dari aboh kencing manis sampai la buah pinggang. Yg sanggup kerja biasa2 aje asalkan boleh bawak aboh berulang hospital, yg garang tp sanggup je layan kerenah aboh. Satu² nya ank lelaki aboh yg boleh di harap. Adik lelaki aku yg sorang lagi special sikit... Autisme...

Alhamdulillah sempat wawa jumpa aboh, kucup aboh walaupon sekejap. Sempat sambut aboh dari dalam liang bersama wakil menantu (suami aku). Alhamdulillah budak2 opis aku pun banyak yg membantu. Encik akam pun dari pagi sampai siap kebumi dia tolong. Terima kasih yg tak terhingga pada mereka. Hanya Allah yg mampu membalasnya.

Tak lama lepas tu along dan ateh pon sampai. Aku mmg tunggu kt kubur jer sb dorang dah dkt. Pak apis dan pak iwan pon dtg sekali. Tak sangka pak iwan turun sama ke ktn sb ayh sedara aku yg ni pendiam org nya. Aku teringat masa jumpa kt rnr rawang hari yg nk pegi ipoh tu... Pak iwan salam aboh, lps tu aboh usik dia cakap "comel jugak adik aku ni"... Usikan yg pertama dan terakhir dari aboh utk dia. Kitorang pun x sangka dia nk join rombongan ke ipoh sb last minute sgt aku ajk dia.

Alhamdulillah.... Terima kasih Allah kerana mempermudahkan segala urusan. Sempat jugak anak lelaki aboh sambut aboh, drive fast n furious dari KL. Segala rasa terkilan kita buanglah jauh2 dari hati sebab kita pun tak tahu aboh akan pergi secepat ini. Terkilan tak buat itu, terkilan tak buat ini, kita buang jauh2. Kita dah berusaha sebaik mungkin utk jaga aboh, jadi anak2 yg baik utk aboh, cuba tunaikan permintaan aboh apa yg mampu. Sesungguhnya pengorbanan aboh membesarkan kita tak mungkin dpt kita balas. Sekurang-kurangnya penderitaan aboh, sakit aboh di dunia ini dah berakhir. Selepas ini giliran kita pula, yang kita sendiri pun tidak tahu bila dan bagaimana...

Al-fatihah

P/s: teringat hari jumaat tu sebelum dorang gerak ke bangi, aboh mintak aku potongkan kuku dia sb panjang sgt dan kaki aboh mudah luka. Aku pon ambik air letak dlm besen suruh aboh rendam kaki dulu supaya kuku lembut. Kuku aboh panjang, ada lemak2 bawah kuku. Mama cakap sebab kolesterol aboh berkumpul kt bawah kuku. Aboh x nak makan ubat kolesterol. Aku potong pendek kuku aboh tp aku bersihkan sikit2 je lemak yg bwh kuku aboh sb takut aboh sakit wpon aboh cakap tak sakit pun... Allah... Tu la kali terakhir aku potongkan kuku aboh...