Thursday, April 21, 2011

Sharhan jumpa Makcik Laily

19 April lepas dapat ym dari Puan (bos aku). Dia nak jumpa Sharhan. Masa dapat ym tu dia tanya "is it your son?" haha of course la aku letak gambar anak aku kan.... kalau aku belum ada anak, aku letak la gambar anak orang lain. Dia ajak bawak Sharhan pegi opis dia malam tersebut. Lepas tu baru aku teringat yang syuk ada kelas mengaji malam tu. Mulanya macam malas nak bawak sebab takut sharhan ngamuk n macam segan jugak la kan. Tapi akhirnya, untuk tidak menghampakan harapan puan, aku pun bawak jugak lah. Meriah betul rupanya. Bibik ada, anis ada, wawa ada, kak dyna (ash'ari cheong) pun ada.

Dari kiri: Anis, wawa, Puan Dyna and his son, Sharhan dan Puan, paling kanan ialah gue :D

Bukan main lagi Sharhan bergambar sakan dengan diorang. Sebenarnya dalam pukul 9 kitorang sampai opis puan. Sharhan tidur dari pukul 7.30. Pukul 8.30 aku kejutkan dia, tukar baju n pampers. Kesian dia terpinga-pinga. But luckily he was very behave that night. Tak ngamuk-ngamuk. Kalau tak, biasanya kompem ngamuk sakan kalo dia ngantuk. Kemain lagi siap gelak-gelak and dia pun nak borak borak jugak. Anak ibu ni sangat clever lah.

Makan nasi lemak dan sate that night. Kenyang bangat gue. Borak-borak dengan puan dan kak dyna tentang pengalaman bersalin. All about anak and bersalin lah. Bertukar-tukar cerita tentang penjagaan anak dan macam-macam lah. 

Nasib baik syuk habis kelas kul 10.30 tepat and sempat sampai kat opis puan and sempat makan-makan. Lepas tu yang kelakarnya bila nak balik tu, da masuk kereta, biasanya memang aku suka dudukkan sharhan kat atas peha aku bagi dia tengok pemandangan luar. Aku nampak ikut cermin sisi rupanya anak aku dah tertidur sambil duduk. Penat sangat lah tu. Kesian anak ibu. Balik rumah pun terus tidur sampai pukul 2 lebih baru bangun nak susu. 

Kalau tiap kali bawak keluar sharhan behave macam ni, boleh la ibu n ayah bawak sharhan keluar lagi nanti... insya allah.... :D








Tuesday, April 19, 2011

Cakaran Anak Harimau

Kelmarin, iaitu hari sebelum semalam.... Ada tragedi berlaku... Haha.. Ayah kena cakaran harimau dengan anaknya.... Boleh la diberi nama cakaran anak harimau kan.... Kuku anak aku tu memang cepat bangat panjangnya.... Aku baru potong malam, malam esoknya dah panjang balik. Agaknya kuku baby memang macam tu kot.

Hobi ayah ialah mencium sharhan.... hari tu masa sharhan demam pun di ciumnya anaknya.. Demam selsema pulak tu. Terus menjangkit. Lepas tu menjangkit pulak pada ibu ish ish ish.. Nasib baik tak teruk. Tak berani jugak nak makan ubat selsema, takut tak terjaga malam and tak terdengar sharhan menangis.

Sharhan ni kalau dia geram memang dia cekar jer sape-sape. Lagi-lagi pulak kalau dia marah ayahnya gomol pipi dia, memang dia gigit (guna gusi) dan cakar muka. Aku hari tu pon dah hampir dah nak terkena. Dah dicakarnya pun, tapi aku tarik tangan dia. Kalau tak, berparut la muka ibu yang cun ni.... haha. Tapi aku pernah kena cakar kat tangan la... Sharhan suka tau pegang-pegang tangan orang. Tapi sambil pegang tu dia guna kuku. Sampai tersiat kulit dibuatnya. Sayang punya pasal, tak kisah lah....

Tapi teruk jugak muka ayah kena cakaran anak harimau ni....

Perhatikan kesan cakaran (jerawat2 semua sila abaikan... hahaha)
 
Anak kesayangan punya pasal, kena cakar pun, kena cakarlah ye ayah..... :D I LOVE U :* mmuaah


Budak Makan Gajah

Minggu lepas beli permainan untuk Sharhan dan botol susu yang baru. Botol susu sekarang tak dapat lagi menampung keperluan susu anak aku. Kuat menyusu betul sekarang. Aku belikan seekor elephant berwarna biru. Kalau tarik ekor gajah tu ada keluar bunyi budak ketawa. Kalau dengar malam-malam boleh naik bulu roma semua...

Hobi Sharhan sekarang ialah makan gajah. Huhu... anak aku tu, dapat apa jer mmang dia masuk mulut lah. Tak kira lah botol susu ke, baju ibu ke, tangan ayah ke, apa dia dapat semua kompom masuk mulut terus.

 Makan belalai gajah...



 Perut anak aku dah lebih kurang dengan perut ayahnya... haha :p

Ini dia, kawan baru anak aku. Si Blue Elephant.... Dia ralik-ralikmain dengan gajah biru tu, boleh la ibu buat kerja-kerja lain. Kalau tak, terpaksa la mengadap muka Sharhan je. Sharhan ni pantang kalau bangun tidur tak nampak ibu n ayah. Kompom melalak kuat-kuat. Kalau bukak mata terus nampak ibu senyum kat tepi, startlah dia menyengih ajer keje nya....




 Asal usul Gajah Duduk

 Start dah makan gajah


Tengok gambar atas tu. Anak aku tengah pikir nak buat apa dengan gajah dia kot. hahaha :D

Friday, April 15, 2011

Suami saya demam...

Alahai... berjangkit dengan sharhan barangkali. Demam pula suami aku yang tercinta. Hari ini pergi klinik. Dapat MC satu hari. Demam, Batuk, Selsema dan sakit tekak. Tapi tonsil tak ada. Alhamdulillah.... Bersabarlah sayang... sakit itu kan penghapus dosa... I LOVE U :*

Thursday, April 14, 2011

Hari ini Sharhan sudah pandai meniarap

Tanggal 13 April 2011. Selepas genap 4 bulan 11 hari putera aku dilahirkan, akhirnya pandai pon meniarap sendiri. Kalau tak, sebelum ni mengamuk-ngamuk bila tak boleh nak meniarap. Ish anak ibu ni. Air liur nya kemain banyak menceceh kat tilam. Habis basah. Patut lah rambut ibu gugur sangat, banyak sangat air liur anak ibu nih huhu.


Hobi: Makan tangan

Hobi anak aku ialah makan tangan sampai muntah. Hadoih....

Berjaya meniarap sendiri

Semakin hari, anak ibu semakin membesar dan makin pandai.... Cepatnya masa berlalu... Setahun, dua tahun, sepuluh tahun.... (emosi plop rasa huuuu T_T )

Wednesday, April 13, 2011

Cerita pasal Sharhan

Sharhan tidur pakai selimut... dalam baby coat.... tapi selalu pagi-pagi buta pukul 4 pagi dengar bunyik ehek ehek ehek ehek... Nasib baik naluri keibuan aku boleh terdengar pulop kalau anak aku berbunyi ehek ehek ehek.. Tapi kalau aku mengantuk sangat, ayah dia pun senggung siku aku kejut aku... huuu...
Gambar atas tu bila pagi-pagi dia ehek ehek sebab dah penat baring dalam katil dia. Angkat letak kat katil ibu n ayah sengih-sengih macam kerang busuk... :D oh ya, sambung balik.. pukul 4 pagi aku dengar anak aku ehek ehek, ingatkan nape lah. Kalo ikut hati malas nak bangun. Tapi disebabkan aku adalah seorang ibu, secara automatiknya tetap akan bangun walaupon malas dan mengantuk. Rupa-rupanya ehek ehek ehek anak aku tu sebab selimut dah tutup muka dia. Atau dalam erti kata lain, dia tarik selimut dia sampai ke muka. Nasib baik la tak lemas.... Ish anak ibu ni

Tuesday, April 12, 2011

Anakku Muhammad Sharhan Sufi....

Kadangkala rasa tak percaya aku dah ada baby... Tak percaya? dah tu ni apa?
Muhammad Sharhan Sufi Bin Sukri (comel kan...)

Buat pertama kali dalam blog, aku memperkenalkan.... my sweet lil prince.... hensem dop? hahaha tak  malu, minta puji :p ngeee... Hari ini 12 April 2011 genap anakku berusia 4 bulan 10 hari dengan berat 6.6 kg (janganlah berat-berat sangat ye sayang, ibu tak larat nak dukung. Terpaksa la mintak tolong ayah dukung hehe :p) Tapi aku tetap akan menambahkan berat badan anak aku dengan memberinya susu dengan banyak (kemudian , muntah dengan banyak.. ish ish ish )

Nama anak aku ini sempena nama seorang ustaz yang selalu bagi ceramah di tv9. Tapi disebabkan kes apa ntah, da lama ustaz tu tak keluar. Ibu tak kisah anak ibu nak jadi ustaz ke, engineer ke, doktor ke, yang penting mesti jadi insan yang berguna dan bertakwa kepada Allah.

Anak aku dah pandai mengiring, tapi belum pandai meniarap lagi. Tak apa, perkembangan motor setiap bayi berbeza-beza. Tapi sekurang-kurangnya anak aku ni pandai membebel. Kadang kadang akan membebel sampai la beliau tertidur sendiri. Itu kelihatan sangat comel. Yang tak comel ialah apabila mengamuk bila rasa mengantuk. Sayang.... Kalau rasa mengantuk just close your eyes and you will be sleeping... jangan ngamuk-ngamuk ya.... ibu kurang sabar.... :D