Friday, July 27, 2012

7 Ramadhan....

Ye kawan-kawan... Hari ini sudah 7 Ramadhan.... pejam kelip pejam kelip pejam kelip dah 7 hari kita berpuasa. Semalam baru ada peluang (ceh padahal banyak jer peluang kowt!) buka puasa rumah mama. Bersempena dengan hari gaji sedunia, semalam telah membelanjakan mereka dengan ayam golek seekor. Karipap pon nak jugak ayam golek tersebut. Sungguh pantas sekali beliau menyambar ayam yang berada di dalam pinggan di atas meja. Bahagian dada pulop tu, bapok besar.... Tak apalah... Rezeki ko karipap.... (Karipap merupakan sejenis kucing).

Owh, lupa nak ambik gambor lah. Semalam dah macam kenduri dah kat rumah mama. Lauk pauk beraneka jenis (eceh, sebenarnya 2 jenis lauk jer, dengan taugeh goreng yummy yummy!) Yang paling banyak semalam kuih muih lah. Beraneka jenis. Ada tepung pelita, ada ketupat daun palas, ada onde-onde (atau lebih dikenali dengan buah melaka), ada murtabak, popia basah, popia kering, dan berbagai lagi kuih muih yang menarik. Tidak di lupakan, mama telah membuat biskut batik dengan menggunakan coklat 1 MALAYSIA! hakhakhak... Biskut batik tersebut sangat enak di makan begitu sahaja. Kalau beli kat pasar ramadhan mahalnya adalah bangat!

Ok, itu sahaja.... bai!

habissssss

Tuesday, July 3, 2012

Bercinta Bersama....

Mood dah ok kah? OKKKKK.... Kalau tak menyentuh pasal kerja, mood aku sentiasa ok.... Sekarang sedang merancang masa depan. Fuh! Fuh! Beri aku kekuatan Ya Allah... Beri aku semangat yang membara dan muka yang tebal! wakaka! Ok, itu cerita lain. HAKHAKHAK!

Semalam...... Hari untuk bercinta bersama.... Biasa la, sebulan sekali jer bercinta bersama nih.... Tu pon time gaji ajer ok! KAHKAHKAH! Selain dari itu sila lah memepeh bersama (mepeh = kering) hehehe. Makan petang kat mega mall. Nama kedai ni apa pon aku x tau kuikuikui. 

En. suami minum air teh tarik special sejuk.... Aku punya honey lemon tea.... PEHHh! marveles! memang sedap! Aku yang biasanya x habis minum air pon boleh minum sampai licinnnnn.... yummy yummy!

En. suami order nasik dengan daging black pepper and soup... Aku punya cheese spageti with chicken chop. Lepas makan benda alah ni, tobat x mo makan dah. Muak pulop makan benda2 berkeju2 neh. huhuhu

OK, itu adalah daging black pepper. Sedapppp! Tapi rasa dia lebih kurang yang aku masak kt rumah ajer... hakhakhak!

This is mine. OK, tengok gambor pun aku dah rasa muak. Kalau ada orang nak belanja pon kompom aku da x nak! Kalo nak belanja chicken chop x pewwww! kuikuikui.....

Sekali sekala ubah selera kan. Lagipon saja nak try. Asyik sate zul, sate zul, sate zul, naik muak gok aku rasa... huhuhuhu...

Ok lah, nak gi rehat. Pekena cool blog satu pon sedap nehhhh!

Habis....