Friday, June 29, 2012

SAYA PERLUKAN CUTI KUASA DUA ATAU RESIGN TERUS!

Wah! Nak marah kah?? Ok memang nak marah... Hangin tol aku! Aku memang paling sensitip kalo menyentuh bab kerja aku!. Lepas ni aku x akan lagi dengar nonsense advise dari orang yang tak sepatutnya bagi advise. Geram yang teramat sangat aku rasa! Aku dah cakap dah kompeni kita ni perlukanbantuan kewangan.. eh! dia x nakkk! dia cakap boleh go on lagi.. boleh survive lagi dengan daily collection n etc. Aku yang uruskan overhead and outstanding selama ni, aku tahulah status sebenar kewangan kompeni nih! Depan bos kot aku cakap! Masa tu bos tanya kenapa aku segregate cek-cek outstanding proton? kenapa aku wat payment kecik2? Aku pon jawablah kita ni ada masalah kewangan, tak mampu nak bayar banyak-banyak. Rasanya kompeni ni perlukan bantuan kewangan... Sekali si budak yang tunjuk pandai ni dengan kompiden nya cakap kt bos aku, ehhh... tak perlu puan.... Kita boleh go on lagi...! Si bos aku ni pon ikut jer lah cakap budak tu. Dah kata akauntan kan?

Sebenarnya dia tak nak buat loan sebab dia tak nak akaun dia x cantik nanti. HOTAK KO! ko nak akaun ko cantik, tapi kepala otak aku ni yang dah mcm nak pecah pikir mana nak bayar gaji staff, mana nak bayar overhead, mana nak bayar outstanding. Budak ni sebenarnya pandai ke dop akaun pon aku tak tahu lah! After tu kat opis pon aku still bitau dia yang kita perlu pinjam duit! Eh! tak nak! tak nak akaun dia tak cantik! BONGOS! Akaun cantik, tp management tunggang langgang terkangkang nak bayar utang!

Tup! tup! Rabu baru ni, budak tu gi tunjuk kat bos jumlah outstanding dengan Proton and bitau puan kita da tak boleh order barang. Bos aku yg mood tengah swing tu pon apa lagi? hangin satu badan lah! siap cakap kenapa aku tak beritahu dia kompeni ada masalah mcm ni? Masa aku jumpa dia pon dia cakap, saya tak tahu pulak kompeni kita ni da kritikal macam ni? DAAAA! Yang aku beritahu ko aritu yang kompeni kita ni ada masalah kewangan tu apa? baru lagi kot aku cakap! awal bulan 6 kot! Yang ko gi dengar nasihat nonsense tu sape suruh?

Aku pon bodo gak! Aku dah jaga outstanding n overhead ni dah 4 tahun. Yang aku gi ikut nonsense advise dari budak hingusan tu kenapa???

Fine! I'll take this as a lesson to me! Never listen to nonsense advise! Do what you think is the right thing to do!

Sekarang ni ko lah yang dapat nama kan? Nama aku lah yang buruk kan? Ambiklah!

Menyampah!

HUH!

HABIS!

Monday, June 25, 2012

SAYA PERLUKAN CUTI!

Gila stress kerja sejak akhir-akhir ni. Perasaan ketidak puasan hati aku terhadap pengurusan syarikat menyebabkan aku rasa stress gila walaupon tak patut di stress pown tapi aku nak stress jugak sebab selama ni aku kerja tak stress sangat kan, kali ni nak ambik kesempatan untuk stress habis-habisan...! Selama ni aku tak pernah berkira kerja ganti orang, ganti cashier lah, ganti S.A lah, kalau dorang cuti ke apa, memang tak kesah... Tapi sejak-sejak bos kemain lagi berkira dengan kos, aku pon apa lagi! Berkira la dengan tenaga yang di curahkan! HAHAHA! Lantak! 

Aku mintak elaun kerja ganti cashier n SA. Bos cakap just perlu ganti cashier, SA nanti mekanik yang akan ambik alih. OK! Aku pegang kata-kata ko ni bos! Ko jangan harap aku akan jadik SA yer. Macam mana ko suruh pon, NEVER WIL DO! Wahhh gituewwww! Nak marah punya pasal kan... Ni ha, jadik cashier pon aku dah tak mau dah lepas ni! Gila penat! Elaun ciput! Kerja aku pon dah bertimbun lagi mau pikir pasal kerja orang lain!  HUH! 

Tu dia! stress punya pasal! Sebelum ni aku tak pernah komplen pasal kerja, sekarang hamik..... huhuhu... Tak de mood langsung nak kerja, nak buat kerja... Rasa nak coti ajer.... ! 

JOM! MARI BERCUTI!!!

Habisss....


Thursday, June 21, 2012

Tak Larat

Adohhh.... Saya puasa hari ni. Sekarang sudah pukul 4.30, dah start tak larat dah... Apa nak jadi lah... Sebenarnya dari pagi tadi pon dah memang tak larat. Asal pose jer tak larat.. Dah tua-tua nih, kalo pose tak sahur meme gitu lah jadiknya. Aku rasa sebelum ni aku rilek jer puasa walaupon tak sempat sahur. Sejak dah semakin berumur nih, tenaga cepat betul berkurangan. Aku ni nak merempan tapi di sebabkan aku berpuasa pada hari ini, maka aku tangguhkan lah dulu niat aku untuk merempan ituewww.. hakhakhak!.

Lambat lagi nak balik.... Huuuu... Teruk betol! Kalah budak-budak. hukhukhuk

Habis....

Monday, June 18, 2012

GAGAL dan LULUS

Dukacita dimaklumkan saya telah GAGAL peperiksaan PTD....



tapi.....































Saya telah LULUS exam untuk menjadik seorang CIMB Wealth Advisor! ^_^







Sape nak jadik kaya, boleh kontek saya :)





Habis.... (akan bersambung! absolutely!)

Wednesday, June 6, 2012

Saya sudah malas.....

Huk huk huk huk... Walaupon ini sesuatu yang tak patut berlaku tapi sejujurnya saya sudah malas dan bosannnnn. Bila la nak dapat kerja lain neh? Harap-harap sangat lulus exam PTD tempoh hari, seterusnya berjaya melepasi PAC dan temuduga. Sejujurnya saya sudah bosan dengan tugas sekarang. Mungkin usia 4 tahun bekerja di sini dan masih di takuk lama menyebabkan saya menjadi seorang yang bosan lagi membosankan. Dengan rutin kerja yang sama, kadangkala datang rutin kerja luarbiasa yang perlu di siapkan membuatkan saya menjadi malas. Cukup malas. Lagi pula perlu menggantikan tugasan orang lain tanpa di bayar apa-apa juga menyebabkan saya menjadi seorang yang berkira. Zaman sekarang segala-galanya adalah uwang!!!! 

Semoga ada rezeki saya pada tahun ini. Semoga dapat saya keluar dari kepompong ini dan bertukar menjadi rerama yang indah berseri. Semoga dan semoga.... Saya perlu beranikan diri mencuba sesuatu yang baru. Buat masa sekarang saya perlu tinggalkan zon selesa yang memalaskan ini. I have to do something to myself and my career. Di sini bukan lagi tempatnya. Saya sudah bosan....... Harap-harap dapat kerja yang baru dengan gaji RM4k KAHKAHKAH! Aku x carik pon padahal! guana nak dapat?????

Habis???

Rezeki Semalam....

Semalam petang jumpa bos En.suami kat City Times Hotel, Indera Mahkota. Aku tak tahu pulop ada hotel baru dalam kawasan wisma belia tuh. Penat jer kitorang tunggu kat Hotel Sri Manja. Setahu aku hotel sri manja tu jer hotel baru kat area indera mahkota. Rupanya ada lagi hotel lain.

Lepas tu bos suami aku kol, beritahu dia ada kat hotel city times dekat area swimming pool tu. Kitorang pon patah balik la pergi sana. Dekat ajer rupanya. Betol-betol depan kolej shahputra and dalam kawasan wisma belia. Mulanya aku nak tunggu kat motor ajer. Suami aku pon masuk dalam hotel. Aku bajet kejap je la sebab nak kirim dokumen mintak pass kan pada puan. Tiba-tiba suami aku kol ajak masuk sekali. Aku pon naik atas, rupanya bos dia ajak join makan sekali. Sabor je lah.. Aku pon berbasa basi jer lah... tanya khabar dato'. Biasalah aku bukan pandai sangat bersosial lagi-lagi dengan orang besar-besar nih huhu. Makan pon kemain lagi kontrol takut sudu aku kena pinggan kang bunyi pulop ketung ketang! Malu wehhh! Bos suami aku tu dah lah mementingkan protokol diraja... wat malu jer kalo makan bising2. Kemain lagi aku kontrol kuikuikui. Lepas dah 2 sajian makan rupanya baru sampai main course nya.... CHICKEN CHOPPP!!! Lorrr aku ingatkan yg 2 pinggan tadi tu jer makan-makan nya rupanya ada lagi. Adehhhh.... ! Menyesal aku makan banyak. Sampai nak termuntah nk habiskan chicken chop tu hukhukhuk. Tapi habiskan jugak lah kan. Cuma french fries jer x sempat. Dah x larat dah. 

Nak balik tu, suami aku tolong hantarkan barang kt kereta beliau. Pastu aku tunggu kat motor. Tetiba beliau datang n hulurkan RM RM kat aku. Segan i... Segan-segan pon hambikkkkk... Rezeki jangan di tolak hehehe :) Lepas tu dia bagi 2 kotak kecik kat suami aku sebelum dia naik balik ke hotel jumpa kawan dia. Aku ingatkan kurma, rupanya pen logo jata negeri pahang. Maybe untuk hadiah birthday tuanku tahun ni kot. Dengar kata tahun lepas dapat jam. Tapi suami aku x dapat pownnnn.... Sape lah yang rembat tu eyh??? 

Itu sahaja kisahnya rezeki semalam.... hakhakhak :p Bos suami aku ni memang pemurah. Semoga Allah memurahkan lagi rezeki mereka yang memang dah sedia murah dan memurahkan rezeki kami setiap hari.... aminnnn....

Habis....

Friday, June 1, 2012

Mari merempan...

Dah lama gila aku tak update blog, tetiba update nak merempan plop eyh??? x mo lah.... x baik merempan di hari jumaat yang mulia ini. Mari bercerita tentang perkembangan diri masing-masing yer kahkahkah! Nak cakap pasal berkembang, memang dah sah-sah la aku mmg makin mengembang pownnnn!! kuikuikui.... Hari tu jalan kaki dari office ke office yang dekat area ECM tuh, pehhh esoknya bangun tido x leh nak pijak kaki. Bapok la sakitnya. Ke aku nak kena pakai tongkat balik neh? hadoiii... Di tambah pulop dengan beban berat badan yang makin meningkat, x larat kaki aku nak membawaknya....

Tetiba rindu plop kat sharhan. Dah la makin kurang makan sekarang. Beli kfc pun tak nak. Adehhh! 

Habis