Saturday, August 27, 2011

Berbuka Puasa di THE ZENITH HOTEL....

Malam semalam join majlis Berbuka Puasa anjuran pejabat suami aku. berbuka di The Zenith Hotel. Ni first time lah aku yang jakun ni masuk hotel zenith ni. Suami aku dah berapa kali dah makan kat sini... (jeles i, tp dulu pernah bos dia tapaukan untuk aku chicken chop but rasanya sangat... errr.... 2/5 lah kalo aku bagi point huhu) So, semalam bertolak dari rumah pukul 6.30 petang. Anak? Uff tak kan nak bawak kot... Kami pergi berdua sudehhh... hohoho :D
 So, inilah hotelnya. Terletak betul-betul depan ECM atau East Coast Mall. Sape tak nampak tu memang lah dia. Ini Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (bos paling besar suami aku  :D kira bos paling besar aku jugak lah kan? boleh la... :p ngeee ) 

Kat bawah ni gambar-gambar sekitar majlis (sebenarnya sekitar lobi hotel dan dining room hotel huhuhu...) Ok la, cantik dan besar hotelnya. Cuma kamera aku jer cap ayam... Kamera handphone jer pon. Lupa nak pinjam kamera pejabat semalam... Tak apalah... Lupa dahulu pendapatan, lupa kemudian tiada gunanya lagi... huuu... Apa punya pepatah da..??








 Meja reserved untuk kitorang... Eceh.... (saje je gi pusing name mark atas tu ngadap aku semata-mata nak amik gambor... x leh blah tol! Tu je lah yang aku makan. Nasik pon amik sikit jer takut kang terus makan banyak, kenyang lak... huhuhu :p
 Licin selicin-licinnya cuma tinggal kulit ketam jer hohoho :p Makan mengalahkan orang puasa lak hehehe (opss.. kantoi.. :p)

Penat tau aku berdiri lama semata-mata nak tunggu cempedak goreng. Ramai gak la yang beratur tunggu giliran. Nasib baik i sampai dulu. Laku betul cempedak goreng dia ni. Padahal tak de la sedap sangat pun. Tawar jer... huhu... Padahal dah kenyang melantak nasik lauk gulai lemak ayam, ketam goreng, sotong goreng, pucuk ubi masak lemak, pastu apa tu yg celup celup tu .. alaa yang ada fish ball lah, isi ketam lah.. apa namanya tu? haaaa steamboat!! pastu melantak ais krim lagi... Perut da kenyang mula la cakap makanan tak sedap huhuu...
Duduk semeja dengan Dato' Zaaba. Very nice person and down to earth punya orang. Saya suka. Isterinya pun very lovely. Sebenarnya dato' selalu jer servis kereta kat tempat kerja aku ni, tapi biasanya dia deal dengan Madam Tee (da berenti da madam ni) jer or sekarang ni dengan cashier.  Sekarang ni da lama dia tak datang servis, rupanya kereta chevrolet dia anak dia pakai. Ooo patut la...





Nasiblah pejabat suami aku buat majlis berbuka puasa ni boleh bawak pasangan dan anak-anak. Kalau untuk pasangan kena bayar sendiri, memang x de de aku nak join. Satu kepala RM80, baik aku pergi beli ayam golek, baru RM24 sekor! (aku tak tahu apa kaitan ayam golek dan buffet ramadhan di atas... huhuuhu)

Kenyang perut suka hati... :D

Cukup

Wednesday, August 24, 2011

TV LCD lah pulopp!

Semalam TV umah mama rosak. Adehhh... Mama bukan boleh kalau tak ada TV. Kompom beliau akan bosan. Semalam siap nak suruh abah datang ambik aku kat opis suruh bawak gi tengok TV kat Courts Mammoth. Sabor je lah....

Petang tu wawa ngan aboh pergi dulu tengok-tengok, usha-usha tv kat situ. Adalah satu yang berkenan. 42 inchi tu. Harga RM1400 gitu lah tapi ansurannya cuma RM100++ jer sebulan. Ok lah kan. So, balik kerja petang tu aku ngan En. Suami pun merempit lah ke Courts Mammoth. Masuk jer dalam, salesman kat situ tanya nak carik barang apa? Aku pun cakaplah TV LCD. Pastu dia tanya keje apa n kat mana? Aku pon cakaplah kerani kat Proton. Terus dia cakap "oooo yang adik datang tadi kan. Mari ikut saya" cesss siap ajak aku ikut dia.

Dia mintak IC dengan kad nikah untuk semak kelayakan. Perlu ke kad nikah? Ooo dia nak IC suami siap nak tahu kerja apa, kat mana, gaji berapa. Sebokk ajer.... Pastu mintak RM10 kat aku untuk buat Home Club kad. Gila! aku pon pinjam duit laki aku belum bayar lagi, ko pulak mengepow aku... Tapi aku pun bagi la jugak... huhuhu... Pastu da semak-semak semua berapa kelayakan aku, so in the end tahu lah berapa tahun installment nak buat. Tahu berapa? Beli TV ajer ok!!??? Installment sampai 4 tahun! At the end kita bayar kat Court Momok tu RM5k OK!! Terus aku cakap "4 tahun?! sampai 5 ribu??!! Baik saya beli TV cash ajer!" Apa lagi terus cancel la nak buat installment tu. Gila! Baik aku beli cash, mama bayar kat aku jer installment bulanan, tanpa faedah lagi.... huhu...

So, last sekali kensel, tp still da apply home club card tu lah (melayang RM10). Baik aku beli TV cash. Kat Giant tu LCD TV 32 inchi ada jer yang tak sampai seribu. 

Mungkinlah bagi orang yang tak mampu beli cash, installment adalah jalan terbaik untuk jimat kos. Tapi kalau korang mampu beli barang secara cash, lagi la jimat berganda-ganda. Tapi tengok kemampuan jugak lah kan. Tapi bagi aku untuk setakat beli TV sampai nak kena bayar 4 tahun tu bukan dia tu. Mencecah 5 riban plop tu! 

Moral of the story... Aku pon tak tahu story aku ni ada moral ke tak... huhuhu :p

cukup!

Friday, August 19, 2011

4 Bulan Lagi

Hehehe... 4 bulan lagi.... 4 bulan untuk apa meh? Untuk... jeng jeng jeng :p untuk bawak Sharhan n ayahnya naik kapal terobang la... Wah! Kemain excited. Aku tengok Sukri cool jer (oh lupa, suami aku memang paling terer buat muka cool) HAHAHA :p (sebut pasal cool, tetiba aku teringat cool blog.... adehhh... sodapnya yummy yummy)

First step, booking flight done. Langkah seterusnya accomodation and kereta sewa. Accomodation kita pilih yang biasa-biasa sahaja sudehh. Tapi janganlah sampai biasa sangat sampai nak tido pun tak selesa. Hotel 2 atau 3 bintang yang harga satu malam bawah RM100 pun dah ok asalkan ada coffee & tea making set dan hot & cold shower. Kereta pulop En. Sukri nak kereta wira yer. Kete kancil sempit bangat. Ewah ewah bukan main demand lagi eyh sayang..? Baiklah... Akan di usahakan.... :D

Semalam surfing surfing internet, jumpalah beberapa pakej yang agak menarik. Teruslah hantar email untuk tempah. Yang first aku tengok tu murah lah jugak pakej dia sekali accomodation for 3D 2N sekali dengan car rental cuma RM319. Tapi duduk kat motel aje lah. Tak ada breakfast dan tak ada lif juga T_T. Tengok pakej berikutnya (tour agent yang sama), agak ok jugak lah RM408 untuk 3H 2M sekali kereta dan sarapan pagi. Ok yang ni pun dah email. Tak puas hati lagi ni. Surf lagi pakej-pakej yang ada. Sekali jumpa satu pakej yang amat menarik dan berpatutan. Pakej untuk 3H 2M di hotel yang sama seperti yang berharga RM408, beserta sarapan dan kereta WIRA untuk 48 jam (diulangi... WIRA ya) hanya RM300!! WOW!! Biar betik! Ini memang murah! Tak kesah lah hotel 2 bintang pon yang penting ada lif, ada breakfast dan penjimatan tahap maksima hehehe :p So, semalam dah bagi nama dan IC diorang kata diorang akan cek dulu kekosongan dan akan kontek aku kemudian. Ok ok. Saya tunggu, kalau tak kontek i will contact you yer...

Hampir setel step ke dua. So sekarang aku tengah berpikir-pikir nak beli kamera ke tak? Agak-agak perlu kamera dop? Ingat nak pinjam yang along punya. Tapi along dekut huhuhu :p Kalau nak beli pun mungkin dalam bulan 11 macam tu la kot. Aritu ada aku tengok kat Mega Mall RM368 dapat free tripod, casing dan memori 4gb. Tak apalah. Kamera boleh hold lagi. Tunggu dapat bonus ASB baru beli kahkahkah :D ngeeee

Next! BEG AF!! Perlu ke aku beli beg ni semata-mata untuk pakai pergi LGK ajer. Kang beli beli tapi untuk sekali pakai jer pun macam membazir jugak. Pinjam yang along lah kalo dia bagi hukhukhuk (along lagi! ngeee :p dah tu nak pow sape lagi, Takkan ateh kot hehehe :p pinjam je pon huhuhu)

Next entry kompom aku akan cerita pasal aktiviti pulop... Gila excited HAHAHA. Padahal lambat bangat lagi... Tapi 4 bulan akan berlalu dengan cepat lorrr. Adik aku pun bulan 12 ni da nak kawen.... 3 bulan jer lagi. huhu...
Cukup




Tuesday, August 16, 2011

Vacation...

Alhamdulillah dah selesai.... Walaupon rasa macam agak rugi sebab pergi bayar beg masa hala pergi. Rugi RM25.. Tak apalah, yang penting dah selesai.... Sudah confirm pun akan terbang ke Langkawi pada tarikh yang dirahsiakan.... HAHAHA :D Aku nak anggap percutian ini sebagai hadiah hari lahir sharhan dan juga hadiah ulang tahun perkahwinan kami..... Boleh la walaupon bukan pada tarikhnya pun.... hehe. Tarikh Ulang tahun perkahwinan kami ialah pada 12.2.2010 manakala hari kelahiran Muhammad Sharhan Sufi jatuh pada 2.12.2010. Cantik lah tarikh :D

Dah lama aku teringin nak pergi Langkawi. Paling aku ingat aku pernah berazam yang aku akan ke Langkawi once bila aku dah dapat lesen kereta. Sebab apa tau, sebab aku nak drive sendiri (lah kononnya). Tapi komfem suami aku tak bagi punya aku. Aku pernah menjejakkan kaki ke LGK ni pada tahun 2004. First sekali masa trip UiTM Melaka dulu. Tapi tak tahulah sape yang organise dulu tu, memang agak teruk lah sebab bukan duduk hotel, tapi hostel, tengah kampung pulop tu. Apa da.... Dah dah tak yah ingat. Sejak hari itu aku berazam akan kembali lagi ke sini (eceh). 

Masa aku Diploma dulu (Diploma in Tourism Management) kena keluar praktikal tau lebih kurang 4 bulan. Kitorang kena praktikal dua tempat maksudnya 2 bulan 2 bulan lah. First praktikal aku dapat kat Avillion Port Dickson. Tempat ni memang best lah. 2 bulan aku buat kerja free kat sini huhu.... 2 bulan seterusnya aku dapat kat Langkawi Village Resort, sekarang dikenali sebagai Frangipani Resort kalau tak silap. Dekat sini best la sebab rumah pekerja dalam resort. Petang-petang kitorang gi lepak tepi pantai dengan staff2 lain. Bilik pun siap ada aircond beb. Kebetulan masa tu duit PTPTPU aku da masuk. Apa lagi! Shopping sakan lorrrr... Masa kat PD gila makan megi ajer. Nasib baik keje hotel makan di sediakan di hotel hahaha.... :D Dekat Langkawi ni lagi best! Makan 3 kali sehari tu. Kalau kat PD dulu, ada ke patut akak tu ckp sekali jer boleh makan. Gilo apo? Tp paling best masa kat Avillion tu, kalo aku shift malam, kul 10 ke atas tu gi lah cafe staff makan2 sebab diorang akan htr ke sana semua makanan buffet yang tak habis hohoho! (aku nk citer pasal ni meh tadi?)

Aku nak book hotel tepi pantai. Suami aku nak dekat dengan bandar. Tapi rasanya yang kat bandar tu mcm jauh jer dari Airport. Tapi x salah kalau jauh sikit kan. Bukan jauh sangat pon. At least x la bosan sangat kalau duduk area bandar. Sebab apa? sebab boleh pergi bandar... (ceh, setakat nk pegi bandar, pegi bandar kuantan sudehhh) Hehe... Kalau tepi pantai pon bukannya kitorang nak mandi pantai pon. Tahu sangat dah. Tak apa tak apa. Kita carik hotel yang ada swimming pool lah gitu eyh.... hehe. Swimming pool nak pulak ko mandi eyh? :p

So apa aktiviti yang bakal kita lakukan di sana nanti ya? Bawak baby kecik ni so kena buat aktiviti ringan jer lah. Tak ada de aku nak bawak anak aku naik bot segala... cannot cannot. Paling lasak pun yang aku akan bawak anak aku nanti cumalah naik cable car sahaja dengan jambatan gantung tu. Tu saje. Agak2 muat lagi dop Sharhan dalam baby carrier dia masa tu eyh? jangan berat melebihi 10kg sudehhhh.

4 more month to go. Semoga dipermudahkanNya segala urusan... insya allah.... :D



Friday, August 12, 2011

Kecuaian Yang Tiada Kemaafan

Saya tak akan ulang lagi kesilapan yang sama. Tak dapat di bayangkan jika sesuatu yang buruk berlaku pada anakku. Alhamdulillah.... Lepas ni Sharhan tidur ajer atas katil ibu, terus ibu akan angkat sharhan masuk katil sharhan.... T_T maafkan ibu sayang.....

I LOVE U SO MUCH :*

Wednesday, August 10, 2011

Berjaya Membuat Kek Batik ^_^ HOREAAYYY!!

Berikut adalah cara-cara membuat Kek Batik. Ewahhh.. Dah macam cheff la pulop.. Ngeee..... Malam tadi lepas berjaya menidurkan Sharhan dalam pukul 10, akhirnya sempat jugak aku nak buat kek batik ni. Sangat mudah la rupanya. Hehehe... Sesiapa yang tak pandai buat, berikut adalah cara-caranya (ceh! padahal aku sorang jer yang x tahu buat kek batik nih... huhuhu....)

Bahan-bahan yang diperlukan amatlah simple, mudah dan murah... (tetapi kenapakah dijual dengan begitu mahal sekali di param @ Pasar Ramadhan??? )

1. Biskut Meri Cap Ping pong. Semalam aku pakai cap Munchysss kot. Aku rasa apa-apa biskut pon boleh jer. Biskut lemak pon boleh, biskut tiger pon boleh, ikut sukati la. Tapi disebabkan pencipta kek batik ini menggunakan biskut meri, jadi kita pon kena la ikut jugak guna biskut meri kalau tak, macam bukan biskut batik la kot. Ye ke? sesuka hati jer aku. Try guna biskut lemak plop tgk sedap ke dop... Lagipon biskut meri murah sikit.. (hoih! apsal panjang bangat penerangan aku?) Moral of the story @ pendek kata: bahan yang pertama ialah biskut meri lorrrr.... 

2. Butter / Planta pon boleh. Semalam aku guna buttercup yang kakak aku beli utk buat biskut raya. Pow dengan Mama sikit. nge he he he :p

3. Milo

4. Susu pekat Manis F&N... (Jenama lain pon boleh. Kawan aku cakap guna susu cair pon boleh. Ye dop? kang cair pulop kek nya)

5. Sebijik Telur ayam. Yang ni tak diberitahu la pulop sebijik untuk berapa banyak punya adunan. Agaknya banyak mana pon meme pakai sebijk je kot. Bedal aje lah labuuuu...

Cara-caranya ialah....

 



Panaskan periuk. Ikut suka lorr nak guna periuk ke, kuali ke, mangkuk ke. Kat rumah aku meme ada periuk ni ja... So, kita pakai apa yang ada. Panaskan periuk dan cairkan butter hingga menjadi cair...



Masukkan susu satu sudu ke dua sudu ke. Ikut suka hati lah... Kuikuikui... Semalam aku masuk 2 ke 3 sudu susu, gila manis... adehhhh... Kemudian masukkan Milo... Aku tak ingat berapa sudu aku masukkan...Adehhh susu dah la manis, milo pon manis meme berganda manis nya. Tak apa lah. di maafkan sebab cobaan pertama hehehe (memaafkan diri sendiri bunyiknya mcm comel kan ^_^ )



Kemudian masukkan telur dan kacau cepat-cepat supaya tak menjadi char kuey teow bak kata kawan aku. Adehhhh.. Kalau jadi char kuey teow, terpaksa la aku masuk udang barang seekor dua kasik lagi sedap huhuhu... LOL :p


Kemudian masukkan biskut meri ke dalam adunan. Ni orang panggil adunan ke? hehe sukati jer lah. Sepatutnya biskut tu repih-repih kan siap-siap (repih??? repih tu maksudnya patah-patahkan lorrrr) pastu terus masukkan ke dalam adunan. Tapi nak repih on the spot pon boleh. Macam aku. Gila terer. Pastu mula la kelam kabut takut hangus coklatnya huhuhu :p 

Kemudian apa lagi. Godeh-godeh  la sampai biskut itu sebati dengan coklat. Godeh-godeh tu maksudnya kacau-kacaukan dia sehingga sebati. Kawan aku tak bitau la pulop kena repih kasar ke halus. Last-last beginilah bentuknya. Tak kesah la halus ke kasar, janji boleh makan... ngap!


Selepas itu, angkat dan masukkan ke dalam bekas. Dan jangan lupa untuk memampatkannya supaya daya tujahan ke atas kek tersebut menjadikan kek tersebut lebih enak dan  mampat. Ini lah bentuknya. Alamak hai... Cair lagi tu. Patut nya aku boleh tambah lagi biskut meri tu.... Tak apa lah... cobaan..... Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk. Nak cepat sejuk, masukkan jer dalam peti sejuk beku. Habis cerita.


Ini lah bentuknya sebelum di keluarkan dari bekas dan di potong-potong. Tu atas tu saje je aku taburkan biskut meri supaya ia boleh menyedut kecairan adunan kek tersebut. heh heh heh.. sedut lah sangat. Padahal sama jer. Lembik jugekkkk ngeee :p

Inilah bentuknya setelah di potong-potong pada waktu sahur pagi tadi. Hehehe... aiyakkk! Dah berlobang tu. Ada tikus dah makan... ngeeee :p Ok la. Agak manis tapi tak la manis mekok bak kata org ganu (weh! bukan masin ke mekok??? huhu boleh je la) 

Cobaan pertama. Lepas ni kita belajar dari kesilapan... Hehehe :p Entah bila aku nak buat lagi kek batik nih. Lepas ni nak potong kain pulop. Projek baju raya... Adehhh... Tapi mood belum mari. Habislah kalau tak siap baju raya kakak aku... huuuuu T_T

Saturday, August 6, 2011

Kereta

Saya rasa saya perlu beli kereta sendiri lah. Senang sikit nak bergerak. En. Suami dah nak pasang bodykit kat kereta dia, kompom dia takkan bagi punya budak baru belajar macam saya ni bawak kete dia yang semakin canggih tu. Kang kemek, sape nak tanggung? Jadi rasanya penyelesaian terbaik adalah dengan membeli kereta sendiri. Kalau kemek pon sendiri tanggung tanpa mengkemekkan kereta orang lain kan.

So sekarang aku pon tak tahu nak beli kereta second hand atau beli kereta baru. (tadi saya ni aku plop? ah lantak la) Rasa dalam hati nak beli kereta second ajer sebab lebih murah dan boleh bayar cash tanpa perlu berhutang piutang. Tapi bila pikir balik, macam rugi jugak beli kereta second hand sebab kita tak tahu kondisi kereta tu dan yang pasti dah tak ada warranti. So, kalau jadi apa2 memang kompom banyak duit yang akan bertaburan keluar. 

Apa kata if duit yang aku nak bayar cash kereta tu, kita buat jadi down payment? Lagi tinggi down payment lagi rendah bayaran balik kan? Aku bajet paling tinggi pun aku sanggup keluarkan untuk bayar kereta sebulan ialah bawah RM300. Viva ok la kot? Tapi kalau eksiden, memang kompom aku mati tersepit... Ya Allah mintak jauh... Nak selamat sikit beli kereta Proton lah, body keras sikit. Tapi tetap, aku cuma nak bayar RM300 sebulan... Agak-agak ada ke orang nak sponsor kalau lebih dari RM300?? Tak ada maknanya. 

Moral of the story sekarang, kumpullah duit dari zaman belajar supaya cerah masa depan. Aku da kena cari kerja lain yang lebih menjamin masa depan dengan gaji yang lebih lumayan ni. Tapi macam mana? Nak cari kat mana? Aku tak nak keluar dari sini. Aku ni asyik fikir pasal suami dan anak aje. Pasal diri sendiri selalu tolak tepi T_T

Cukup