Friday, February 24, 2012

Jatuh Katil Pulop!

He he.... Anak aku la tuewww.... Takkan aku lak yang jatuh katil walaupon tido dah sipi-sipi hujung katil. Pagi tadi la dalam pukul 3.30 pagi gitu, dengar bunyik Sharhan nangis. Kelam kabut kitorang bangun tengok-tengok dia tak ada atas katil. Pastu nampak duduk kat lantai kat hujung katil. Ya Allah! Anak aku jatuh katil pulop! Tido buas sangat. Pastu ayah pun angkat dia naik, muka macam terkejut jer. Kesian sangat aku tengok. Tapi budak kecik tu memang tido nyer sangat lah membuas... Main pusing ajer sampai la ke kaki aku n syuk last-last kitorang biar ajer. Tak sangka pulop boleh tergolek sampai bawah. Lepas tu lama jugak la baru dia boleh tido balik. Siap mintak susu dulu. Adehhh.. Aku baru plan nak tido lama sikit huhuhu....

Agaknya kitorang dah kena tido kat bawah kot? Tak payah pakai katil... Tak pon, Sharhan, sila lah tido dalam katil awak semula ya. Lantok la nak nangis pon... hehe... Macam la aku sanggup dengar dia melalak kuikuikui :p


Ibu cinta kamu selamanya wahai anakku..... Semoga Allah memelihara kesihatan dan keselamatan kamu... 

Habis....

Wednesday, February 22, 2012

MC MC....

Lepas aku up entry lepas, memang sah aku demam teruk. Balik kerja terus singgah klinik.... Suhu sampai 39 darjah celcius tu. Doktor suspek demam denggi tapi rasanya bukan sebab tekanan darah aku masa tu tinggi. Dia kata kalo demam denggi tekanan darah rendah kebiasaannya. Tapi dia cakap if aku ada rasa sakit-sakit badan esok, terus lah pergi buat blood test. Dapatlah MC 2 hari hehehe...

Balik rumah tu memang dah tak larat habis dah. Pengsan terus sampai pukul 10 malam. Aku memang tak suka demam teruk sebab perasaannya sungguh susah sekali. Huuuu.... Sebab tu lah kita kena bersyukur dengan nikmat kesihatan sebelum sakit..... hukhukhuk

Esoknya baru lah rasa lega sikit walaupon masih x sedap badan. Tapi sampai hari ni masih ada effect dari demam tersebut di mana aku selalu rasa macam mabuk-mabuk, nak muntah, loya... Adehhhh... Ingatkan pregnant dah tadi huhuhu.... Selera makan pun makin merudum. Baju kerja yang dulu nya ketat nak kancing kat perut, kini tidak lagi wakaka! Kiranya ada hikmah jugak lah demam aritu. 2 hari tu tak makan nasik. Gila lapo tapi langsung tak ada selera. huhuhu.... 

Tak ada mood la pulop nak taip nih. Tak ada cerita menarik nak taip. Nak bercuti-cuti malaysia pun lambat nor lagi. Maybe tahun depan nak pergi bukittinggi lawat ayah sedara kat sana. Insya allah... Tunggu Air Asia buat promosi dulu huhuhu....

ok 

Habis


Wednesday, February 15, 2012

Fever Symptom

Rasanya ni gara-gara makan steamboat semalam neh... huuuu.... Balik jer dari rumah mama lepas pekena steamboat, start dah tekak aku gatal-gatal.. Kompem! Alergik makanan laut yang diproses jadik bebola macam tu. Pastu dalam kul brapa tah air idung aku keluar secara otomatik waktu aku tengah tidur mengiring (eiii yek! sowi pada sesiapa yang tengah makan tu hahaha) sampai aku terpaksa ambik tuala untuk buat proses penyerapan mukus tersebut (gila intelektual tak istilah aku?) 

Pagi tadi suami aku tanya nak gi klinik dop? Memandangkan yang office mate aku dah sms pagi tadi cakap dia x sehat, so x sampai ati lah pulop nak tinggal office mate aku yang lagi sorang tu sensorang. So, datang jugak la kerja... 

Sekalinya office mate aku yang cakap dia demam tu datang gak kerja sebab kesian kat office mate satu lagi tu jugak kang sorang-sorang kang bosang plop hehehe. So, dipendekkan cerita, daripada aku cuma selsema secara kronik, sekarang ni aku dah rasa ada symptom-symptom demam akan melanda.... adehhhh....

Biasanya kalau aku nak demam, tanda utama of course la rasa macam x larat jer... Pastu sekarang ni pinggang aku rasa lenguh-lenguh.. sah! tu tanda nak demam teruk la tu... Adehhh.... Huuuu... kerja banyak neh... Nak MC ke apa kena setel kerja dulu. Orang lain rasanya tak boleh kot nak buat kerja aku huhu (biasalah, crisis of trustworthy hehe) Aku tak suka kalau orang buat kerja aku x seperti yang aku harapkan... Kang aku hangin satu badan pulop. Dan masalahnya aku dop reti marah orang, so, x dpt la nak melepaskan angin tersebut nanti wakakaka!

Balik kerja karang lah baru singgah klinik. Aku nak mintak MC 2 hari... Esok and lusa. Agak-agak boleh dapat dop? hehe... Suami aku pun apply cuti esok n lusa, kang ada pulop orang cakap aku saje amik MC sebab Syuk cuti.... BAHA** la sape yang pikir gitu. Orang demam nak tuduh-tuduh pulop! (belum berlaku lagi aku da hangin)

Ok lah, setel semua kerja yang patut, karang boleh lah ber MC dengan tenang... huhuhu

HABIS

Saturday, February 11, 2012

Misi Berjaya... Alhamdulillah....

Rasanya memang tak bertaip dah cerita Langkawi Day 3 tu. Cerita tu pon dah basi dah pon nyer huhuhu. So, lupakan cerita pasal Langkawi sebab ada cerita yang lebih menarik dari Langkawi lagi sekarang ni terjadi dalam kehidupan kami ececeh... Kami itu merujuk kepada keluarga aku.

Di pendekkan cerita.... Aboh aku berasal dari Indonesia. Merantau ke Malaysia sebatang kara ketika berusia 9 tahun (ikut orang) tapi kitorang satu family biasanya tak percaya kalau aboh cerita hehehe. Bak kata Mama 'dengar boleh, percaya jangan' haha. Ye lah, sape nak percaya umur 9 tahun dah pandai merantau kan. Ye dop? Tapi tak tahulah kalau apa yang aboh aku cakap tu betul huhuhu. Tinggal aboh sebatang kara di Malaysia tapi ada keluarga angkat yang jaga. Bila aboh besar sikit rasanya umur 18 kot aboh pergi belajar mewelding, kerja-kerja mekanik. Ketika berusia 27 tahun, aboh telah berkahwin dengan mama yang ketika itu berusia 19 tahun. Mama aku lahir kat Selangor tapi di besarkan di Perak. Maka, merantau pula mereka berdua ke Kuantan. Keluarga angkat aboh orang Kuantan. Pehhh ni bukan pendek dah ni, aku rasa panjang bangat. Ok lah di pendekkan lagi, dari kecik sampai lah ke besar kitorang adik beradik memang tak pernah kenal dan tak pernah jumpa adik beradik belah aboh. Dalam pikiran kitorang aboh sebatang kara dan tak ada saudara mara so, kitorang adik beradik tak adalah ambik tahu sangat contoh macam nak tanya nama adik beradik aboh ke, nak tanya umur ke semua tu memang takpernah nak ambik tahu. Aku pun tak komfem adik beradik aboh aku ada berapa huhuhu... Kejam betul. Tapi mak ayah aboh dah lama meninggal lah. Rasanya sebelum aboh merantau. Selepas itu aboh tidak pernah lagi pulang ke negara kelahirannya dan mendapat status Penduduk Tetap atau Permanent Resident di Malaysia.

Sehinggalah.....

Kakak and abang ipar aku book tiket Air Asia tahun lepas untuk bawak aboh aku balik kampung dan mencari susur galur dan waris yang mungkin masih ada di Bukittinggi, Padang, Indonesia. Tarikh tiket bulan Februari tahun ni lah. Tetapi malangnya proses buat pasport untuk PR rupanya tersangatlah rumit. Kena datang interview apa. Di pendekkan cerita, interview aboh adalah pada hujung bulan 2 sedangkan flight ke Padang awal bulan 2. Terpaksa lah kensel bawak aboh walaupon tiket dah beli. Nak buat macam mana. Tak ada rezeki huuuu.

Jadi, mengembaralah kakak aku and suaminya ke Padang selama 5 hari. Hari ketiga kot baru start carik. Alhamdulillah urusan di permudahkan dan akhirnya berjaya menjejak saudara mara di sana. Kakak aku cakap jumpa ayah sedara aboh dan adik aboh (kiranya atuk sedara n ayah sedara kitorang lah). Gembira dan bersyukur betul akhirnya di pertemukan dengan adik beradik aboh. Selama ni kitorang asyik fikir sampai bila-bila pun tak mungkin akan jumpa dengan saudara mara belah aboh tapi akhirnya..... T_T sob sob.... Kalau lah aboh dapat berada di sana bersama mesti lagi seronok, lagi terharu dan lagi dramatik.... Bayangkan lah at least 30 tahun dan sebenarnya lebih, aboh aku tak pernah dengar khabar berita diorang dan diorang pun tak pernah dengar khabar berita aboh. Diorang pun mesti tergezut tetiba ada saudara mara dari Malaysia datang carik diorang, diorang pun mungkin tak pernah terfikir kot. Aku mulanya pelik gak macam mana boleh senang sangat jumpa. Pastu tanya aboh rupanya aboh dah siap lukis plan, jalan ke rumah dia. Gila kuat ingatan aboh aku. Rupanya setiap jalan, setiap simpang semuanya masih kuat dalam ingatan beliau tinggal lagi nak carik sama ada masih ada waris di sana atau tidak. Dengarnya abang aboh ada di Pekan Baru dan adik perempuan aboh ada di Dumai. Insya allah, panjang umur, murah rezeki kita pasti ketemukan mereka dengan aboh. Semoga aboh selalu sihat dan di beri rezeki oleh Nya untuk bertemu mereka.

Lepas dah jumpa saudara mara barulah kakak aku boleh bershopping dengan tenang hehehe.... Kat Bukittinggi tu kain bersulam, telekung, dengarnya cantik-cantik dan murah-murah.... Insya allah ada rezeki nanti boleh la pergi shopping sana wakaka! Sambil menyelam minum air la beb.. huhu :p Nak kirim? hehe

Tak sabar nak tunggu along balik mesia. Flight petang ni kalau tak silap. Tak sabar nak tengok gambar dan juga nak tengok kain bersulam dan telekung yang aku kirim. Oh, dan nak makan buah avocado juga. Dengarnya ayah sedara kitorang kat sana nak bagi seguni, tapi along naik flight, bukan naik kereta... hehe... Oh ya, bahasa kat sana juga pure minang yer bukan macam bahasa indon yang drama dalam TV tu... ala-ala macam orang nogori lah dia punya bahasa tapi kompem lagi pekat.

Habis......