Sunday, October 27, 2013

Lara Jiwaku.... gituewwww

Hari ni baiki sinki dan tangki kat rumah. Kos semua RM120. So aku pon dengan senanghati sms tuan rumah bitau kos baiki tangki sebanyak itu. Biasanya kalau baiki apa2 kat rumah ni, kos nya akan di tanggung oleh tuan rumah. Maknanya tolak je dari sewa rumah. Tiba2 tuan rumah reply bitau kami kena tanggung kos tu sebab sewa rumah dorang belum naikkan sedangkan suami dia kena bayar rumah ni rm600. Sedih sungguh di dalam hatiku. Duit da la  kurang neh. Rasanya tahun depan kompom naik pulak sewa rumah ni T_T 

Begitulah nasib menumpang di rumah orang. Sedih betul! Bila la rumah yang kami beli nak siap nehhh???? aku rasa kalau naik sewa sampai 600, aku nak menumpang berteduh kat pondok kat tanah along lah... Nak duduk sekali dalam banglo tu suami aku segan pulop. At least jimat duit sewa, byr duit rumah beli ajer. Api, air je lah tolong byr... Sementara tunggu rumah siap je. Mungkin 5 tahun lagi kot baru siap. Boleh long? aku renovate sikit pondok tu buat dinding bata. huhuhu.... Beginilah nasib kami T_T

Menyesal betul dulu tak proceed dengan rumah Taman Jack tu. Kalau lah aku x gatal2 pegi carik rumah lain kompom dah selamat dah duduk situ. hmmmm T_T. 

Dah la. Malas nak pikir lg. Buat serabut otak jer.... T_T


Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Khamis lepas dapat email inform tentang panggilan temuduga M41. Ok ni dah masuk kali ke dua aku dapat temuduga PTD. First time dulu tahun 2009 yang lalu. Kalau ikutkan memang aku dah malas nak bersungguh. Masa panggilan exam bln 3 hari tu pon aku memang da niat tak nak dah pegi exam. Susah kottt. Dah tua2 ni otak pon da tepu nk memikir. Tapi nak di jadikan cerita, dapat pengecualian pulop exam kali ni. Leas tu dah tak ada PAC macam dulu, alhamdulillah.... hehe

So, persediaan saya bagi menghadapi temuduga nanti ialah.... baca surat kabor tiap hari lorrr. Lagi satu kena mantapkan communication skill. Tak boleh nak gedik2 manja masa jawab soalan nanti. Kena yakin... gituewww kononnya.... Malas tol nak melalui debaran sebelum dan semasa temuduga... Seram sejuk.

Semoga ada rezeki aku di situ. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.... Perancangan Dia sudah tentu yang terbaik :)

Selamat berjaya semua. Guana nak apply cuti nanti neh? nak jujur bitau attending interview ke nak menipu? huhuhu jujur jer lah.... interview ajer pown x semestinya dapat... bos jgn risau sgt ye hehehe :p