Tuesday, June 28, 2011

Bawak Sharhan Pergi Kenduri Kahwin... :D

Ahad lepas kenduri kahwin ayah saudara aku kat Batang Berjuntai @ Bestari Jaya, Selangor. Rasanya kat Hulu Selangor. Atas sikit dari Rawang. Non stop aku berjalan minggu lepas. Hari Khamis pergi Kuala Terengganu, Jumaat balik Kuantan, Sabtu bertolak ke Bangi, Ahad bertolak ke kenduri. Habis kenduri lepak rumah Pak Imas (ayah saudara ) kat Country Homes Rawang, kul 5 pergi Nilai 3, pastu gi bandar Nilai. Waduhhhhh....

Ikut perancangan, nak pergi Zoo Negara hari Isnin. Last-last pergi shopping kat Nilai 3 ajer huhu... Tapi sangat merambangkan mata lorrr. Aku memang suka set cadar siap comforter. Diorang lelong 3 RM100 . Apa lagi.. borong lah... Mama pow 1 set.Dari rumah along ke Nilai 3 cuma 10 minit ajer. Gila dekat ah.... Next time boleh datang lagi.

Sharhan sangat behave. Sangat senang bawak dia jalan. Cuma mengamuk masa nak tidur je lah. Tapi sekejap aje ngamuknya. Pujuk-pujuk lepas tu senyap tidur. I LOVE U lah ....

 Masa ni tengah tunggu rombongan pengantin lelaki sampai. Ingatkan kitorang yang paling lambat sampai. Sekalinya, paling awal. Da la sesat kat KL huhu. Lepak-lepak dulu pekena cendol depan UNISEL









Lenkali ada rezeki nak pergi Zoo... huhu :p

Wednesday, June 22, 2011

Rindu....

Esok aku akan ke Kuala Terengganu untuk konvensyen. Sepatutnya memang bukan aku yang pergi, tapi aku terpaksa jadi bidan terjun menggantikan staff yang tak boleh pergi. Disebabkan aku seorang yang sangat bertanggungjawab kepada kompeni, maka aku pon menggantikan tempat dia. Terima kasih kepada En. Suami sebab mengizinkan dan memahami. 

Esok juga kali pertama meninggalkan sharhan dan suami.... huuu... sedih.... Aku akan merindui mereka secara banyak... Secara sangat banyak... T_T

I LOVE U BOTH.....  T_T

 membersihkan rumah... vacum cleaner ibu juga pengemop lantai...
Ini cara tidur ala-ala akrobatik
 Sikit lagi nak tertutup lobang idung
 Hiyarghhh..! Aksi terlampau
 Akhirnya... tidur lena sampai pagi....

Jadi anak yang soleh dan bertakwa ye sayang.... Doakan ibu dan ayah selalu.....

Wednesday, June 15, 2011

Hambik Lesen P Kereta

Hari ni kira dah genap seminggu aku pegi test JPJ untuk amik lesen memandu...Selepas berusia hampir 17 tahun barulah aku amik lesen kah kah kah. Gila tak bleh blah. Muda-muda baru terpikir nak amik lesen. Dulu dah aku nak amik lesen. Siap bagi RM1,500 kat sorang mamat brengset nih. Dia gi bawak lari duit aku. Memang brengset lah. Aku tak halal duit aku yang ko pakai tu. Uff abaikan. Kalau aku ingat, boleh bikin my blood go upstair jer.

Rabu lepas gi test JPJ kat PMC. Tak ramai sangat orang. Aku sesi kedua. Ramai gila yang amik special punya. Aku tak ambik pon. Bukanlah sebab aku kompiden boleh lulus, tapi cikgu aku pesan jangan ambik. Dia cakap...

" Tu rasuah.... Tahu tak apa hukum orang yang memberi dan menerima rasuah..?"

Gila menusuk ke hati beb pesanan cikgu aku tu. Bukan cikgu Pendidikan Islam... Cikgu memandu aku lah.... Terus aku nekad tak nak ambik special punya. Biarlah gagal asalkan halal. Pehh gila x bleh blah ayat aku.

Dipendekkan cerita, maka tibalah hari yang mendebarkan itu. Aku punya kan sesi kedua (tadi dah cakap lagi mau ulang ka?) kena tunggu pukul 11 baru boleh daftar. Aku dengan 3 orang lagi calon dari Keratong pun duk menunggu lah sambil usha orang belajar bawak motor. Tunggu punya tunggu punya tunggu dah pukul 11, tapi kaunter tak bukak lagi. Hadoih.. Kitorang pun tunggu lagi. Tetiba cikgu bebudak Keratong ni bitau kena daftar kat atas lah bukan kat sini. Waduh waduh tadi tak kabor. Nasib baik aku lepak dengan diorang. Kalau aku sensorang, mau sampai ke petang aku duk tercongok menunggu buah yang tak gugur cesss!

Naik atas nak gi daftar, pakcik PMC cakap, ni da masuk sesi ketiga dah. Cessss!! Pastu kitorang pergi buat ujian bukit dan ujian parking. Gila senang bukit dengan parking. Lagi pulop dapat kete kancil mata bulat, lagi la senang bangat. Sekelip mata jer aku lulus bahagian ni nga ha ha ha. Alhamdulillah... Semuanya kerana Allah mempermudahkan segala urusan aku bukanlah sebab aku terer sangat huuuu (tetiba jer aku insaf....)

Setel parking dengan bukit, aku tunggu turn untuk buat ujian jalanraya. Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu tiba jua.., Tengok-tengok dapat kereta VIVA. Hadoihhh... Ni first time aku bawak nih... Tuan JPJ dah duk sebelah. Duduk jer terus aku cakap "Selamat Pagi Tuan". Aku mintak izin nak letak beg kt belakang. Gila bersopan santun calon yang nih HAHAHA. Lepas tu mintak izin untuk mula. Baiki side mirror, back mirror, free gear, start enjin, cek wiper and signal.... Halamak! Aku lupa baiki seat lah. Ni kan perkara pertama yang aku kena buat??? Waduh waduh gawat nih! Terus aku cakap kat Tuan JPJ, "ermm Tuan, saya rasa seat saya ni dah selesa dah..." Cesss.. padahal aku coverline beb... Supposely aku dapat Jalan A, tapi Tuan JPJ request buat jalan C. Wah! Ini sudah cantik! Jalan C la paling senang sekali..... Jadi tragedi pon bermula...

Sampai aje kat jalan nak keluar dari PMC (agak berbukit) Aku da siap-siap tarik handbrek, masuk gear satu. Ready dah ni. Sekali clutch ketat la pulop. Brengset! 3 kali beb kete mampus time nak keluar ajer. 3 kaliiii!! (perlu ke aku tekankan...oh memang perlu). Kali pertama mampus Tuan JPJ tu cakap.. " Tak apa, saya bagi awak peluang..." Cobaan kali kedua, MAMPUS LAGI! " Tak apa, saya masih lagi bagi awak peluang.." Cobaan kali ketiga... MAMPUSSS LAGI! " Selagi kita belum berada di jalanraya, saya masih bagi awak peluang, jangan sia-siakan peluang yang saya bagi" Huhuhu... Cobaan ke empat barulah berjaya itupon aku tak lepas habis handbreak... Waduh waduh.... Nasib baik belum di gagalkan....

Seterusnya selepas trafik lite ke Beserah, dari jalan kiri nak masuk ke kanan... Aku tengok tak ada kereta kat belakang, so aku pon terus la bagi signal ke kanan and masuk kanan (sebelum satu lorong di hadapan). JPJ tu pon tegur... " Jauh lagi jalan awak sebelum boleh masuk kanan ni" erkkk.... aku pon jawab" Tuan, masa saya ambil ujian kelayakan, Cik Mat cakap, kalau tak ada kereta kat belakang boleh jer terus masuk kanan sebab tu la saya masuk kanan terus" JPJ tu cakap " OK, yang ini saya tak kira kesalahan selagi tidak mengganggu lalulintas dan pengguna yang lain" Fuhhh selamat aku.....

Seterusnya lalu depan sekolah Beserah, Balai Polis dan perpustakaan.... Atas line kuning aku dah slow dah ni... 30km sejam.. Habis jer line kuning (speed breaker tu) aku pon tekan la minyak kasik 50-60km sejam hohoho... 

JPJ tegur... " Sekolah kat mana?" 
aku jawab "dalam sana rasanya" (sebab x nampak dari luar). 
" Had laju kat sekolah berapa?" 
"Erm... 30km..."
"Ni dah berapa KM awak pergi?"
"50km/h...."
"Lebih dah awak lari nih"  assudah dah.... (dalam hati aku)
"Ermm... cikgu saya cakap, habis jer line kuning tadi tu saya dah boleh tambah kelajuan Tuan"
".........."

Huhuhu..... Sampai lah kita ke simpang nak masuk ke Black Stone Beach Resort. Aku doa dalam hati jerlah jangan lah kete mampus kat sini.... Sebab kete tu problem bila dari berhenti, masuk gear satu n nak gerak tu sbb clutch ketat bangat.... Selamat.... Nak mampus jer aku terus tekan clutch. Kat jalan ni banyak gila bumper. Aku pon cakap kat JPJ tu... " Tuan, saya pakai gear dua ajerlah yer sebab banyak bumper" Aku kalo masuk bab slow slow ni aku x sure gear brapa.. 2 ke 3... Cikgu aku cakap gear 2 pon boleh, gear 3 pon boleh... Cikgu aku pon bukan nk kompemkan bebetul... haishhhhhhhhhh... (salahkan cikgu pulop, padahal aku yg x pick up huhuhu)

Selamat.... sampailah kat U-Turn lepas Klinik Komuniti Beserah tu... Yang kat atas bukit tu... Waduh kat sini problem pulop nak u-turn. Aku tak tarik handbrek habis rupanya, reverse sikit (sikit jer) ke belakang. JPJ tu siap tanya aku lulus tak bahagian bukit. Aku cakap la lulus... Bukit yang tinggi tu awak boleh lulus, takkan yang ni awak tak lepas.... Nak buat guana, saya nerbes tuan.... (dalam hati je lah) Lama gak tunggu situ.. Aku tunggu sampai bebetul tak ada kete baru U-turn.... Berjanggutlah kau.. hahaha

Akhirnya selamat sampai dekat jalan nak masuk PMC... Aku pon tanya JPJ tu.. 

"Tuan, saya boleh lulus tak?" tanya aku dengan innocentnya...
"Nanti saya bagi keputusan sekejap lagi. Kalau lulus, sebab apa, kalau gagal pun saya akan tulis sebab apa"
waduhhhh (dalam hati)

Dalam PMC tu ada signboard BERHENTI tau sebelum simpang (dalam litar latihan la) aku pun tanya JPJ...

"Tuan, nak kena berhenti tak kat sini"
"Terpulang pada awak nak berhenti atau tak... Saya tak nak beritahu...kalau rasa perlu berhenti, berhenti. Kalau rasa tak perlu, jangan berhenti"
"OK Tuan, saya berhenti je lah...." (aku malas berhenti bukan apa, karang problem pulop dengan clutch tu nge hehehe)

Dah cakap dah mesti problem punya.. kali ni problem gear dua... nge hehehe... Akhirnya kami sampai dimana tempat kami bermula....
Situasi: Dalam kereta

JPJ tak bagi aku mampuskan enjin lagi. Baiklah.... Aku pun tanya dia..

"Tuan, saya lulus ke gagal"
"Disebabkan saya dah bagi awak banyak peluang, tapi awak tak guna peluang yang saya bagi.... Jadi awak kurang bernasib baik lah pada hari ini" Dalam hati aku rasa kecewa dan down yang amat sangat. Itu  tandanya aku dah gagal lah tu huuuuu. "Disebabkan awak gagal sila sign di sini..." Sambil dia tutup kertas semak aku dengan kertas apa tah warna putih... Aku pon sign la dengan lesu sekali... huuuu.... gila sedih tak bleh blah....  Dia bagi aku kertas tu suh aku bagi kat cikgu. Aku pon hamik jer lah. Tak tengok pon benda dia tulis. Da gagal kan.. buat apa tengok lagi... JPJ tu pon cakap " Ada apa-apa yang awak nak komplen? Tak puas hati ke dengan keputusan ni" Aku pon cakaplah... Takde tuan.... (dengan suara kekecewaan) huuu... Lepas tu dia suh aku matikan enjin. Aku pon ambik beg kt belakang dan cakap kat dia... " Terima kasih Tuan"
cesss.. boleh plop dia cakap... " Bagus awak ni, dah gagal pon terima kasih lagi?" dengan nada kecewa aku pon cakap... " Nak buat macam mana Tuan... dah gagal..." sambil membuka pintu dan keluar dari VIVA tersebut sambil berjalan dengan lemah... (gila sebak beb)

Telepon En. Suami.... (dalam hati dah bercucuran air mata, banyak tol benda aku pikir.... Nak kena keluar duit lagi nak amik test semula, nak kena apply cuti pulop... hadoihhh) Tepon mengadu nasiblah apa lagi.... 

"Yangg... saya failed... huuuu"

Sambil tepon aku pon tengok pada kertas yang JPJ tu bagi.... Markah Lulus 16/20... Markah aku 17/20. AIKKKK??? BIAR BETIKKKK?? JPJ tadi cakap aku GAGAL!! Terus kol Nurul Sekolah Memandu... Dia tanya, JPJ tu tanda dekat lulus ke kandas? erkkk dekat LULUS LAHHHH!!! CESSS!!! Tak bleh blah.... aku kena panggilan hangit rupanya dengan JPJ tu.... Terus excited :D ngeeeeee... Tak jadi dah nak menangis hiba... huuuu....

Sampai jer stadium terus pergi ECM (tunggu En. Suami ambik) terus masuk parkson dan beli baju baru (Motip beli baju baru???) 

Yang penting... Alhamdulillah di atas segala urusan yang Kau permudahkan Ya Allah.... Alhamdulillah....

Sekian.....