Monday, May 23, 2011

Jatuh Katil

Waduh.... Kebuasan Muhammad Sharhan Sufi Bin Sukri akhirnya terserlah jua... Jumaat lepas balik kampung kat Chini 2. Biasalah balik kampung memang tak angkut buai-buai, katil Sharhan semua. Memang sengaja tak nak ajar dia manja dengan buai. Biar balikkampung tidur atas tilam jer. Senang jer nak tidurkan dia. Lagi-lagi dia penat sangat main siang tu tak mo tidur. malam memang dia tidur lena. 

Alkisahnya, kalau balik kampung memang kitorang tidur atas katil Sharhan akan tidur paling tepi menghadap dinding.Tapi kitorang memang tidur melintang lah sebab kalau tak, kompom tak muat. Aku letak bantal katbahagian kaki Sharhan kononnya supaya tak jatuh lah dia. Lagipun biasanya kalau dia meniarap pon, bila ada halangan dia x boleh lepas. Tu yang aku kompiden.

Aku macam biasa akan duduk di bahagian tengah, Syuk kat hujung katil. Bahaya letak Sharhan kat tengah sebab takut ayah dia lupa pulop ada anak kat sebelah. Lepas Sharhan dah tidur lena, aku pun tidurlah sebelah Sharhan sambil mengadap budak kecik tu. Penat mengiring, aku pun pusing mengadap syuk. Tak ingat pukul berapa aku paling belakang, tengok anak aku molek tidur mengiring hadap ke kanan. Dalam hati aku cakap, 'tidur mengiring anak aku ish ish ish...' Pastu aku pon tidur je lah....

Dalam pukul berapa tah, aku lupa nak tengok jam... dengar anak aku ehek ehek ehek.... Aku ni memang sensitip telinga. kalau dengar anak aku ehek ehek ehek tu mesti otomatik terbangun. Biasanya anak aku bunyi macam tu kalau nak susu la tu. Da tau dah.... 

Aku pun terus bangun tengok kat tempat tidur dia.... ALAMAK!!! Anak aku tak ada... Rasanya pucat gak muka aku masa tu. Rasa macam mimpi.... Dalam hati aku cakap, jangan lah anak aku jatuh... Dengan bingkasnya aku tengok.... MASYAALLAH!! memang dah jatuh pun.... waduh....!! Sepantas kilat aku angkat anak aku tergolek.... Comel bangat bentuknya... Yang kelakarnya, elok pulak dia jatuh atas bantal, dan kebetulan aku letak paper bag yang ada telekung kt dalam, betul-betul bawah tu. Aku tak tahu macam mana bantal tu boleh jatuh. Adakah anak aku tolak? adakah aku yang tertolak dengan kaki??? Tapi rasanya sebelum aku pusing tu, bantal tu masih ada. Waduhhh...! Kussss Semangat....Aku angkat anak aku letak atas katil, ayahnya pun kemain bingkas bangun. 

Tak menangis pulak tu dia. Aku tak tahu da berapa lama dia jatuh tu. Mungkin baru kot. Alhamdulillah tak ada apa-apa. Kalau sakit mestilah dia nangis kan? ni elok ajer ha. Lasak betol la anak aku yang sorang ni. Tau la anak jantan. NAk marah pun ada, nak ketawa pun ada.... aduhhhh...

Agaknya dia nak susu, tp x nak kejut ibunya suruh buatkan.. Tu yang dia terjun tu, nak buat sendiri... HAHAHA! Moral of the story, lepas ni kompom balik kampung, kitorang akan bawak katil dia. Biarlah susah macam mana pun.... Tak nak jadi lagi sekali. Kali ni alhamdulillah Allah selamatkan anak aku dari bahaya. Lepas ni kena lebih hati-hati. Tak dapat bayangkan kalau anak aku jatuh atas mozek.... Ya Allah... Aku bersyukur kau selamatkan anak aku.... 

Muhammad Sharhan, please jangan nakal-nakal dah lepas ni.... I LOVE U :*


Thursday, May 12, 2011

Family Day di Kuala Terengganu

Dah dekat 2 minggu nak update pasal pergi family day di Kuala Terengganu. Tapi tak berkesempatan disebabkan kekangan masa. Balik jer dari family day, masuk kerja jer terus bz sampai la hari ni masih bz lagi. Maybe next week pun akan bz jugak untuk prepare accounting document submission yang dah tertangguh dari bulan Febuary lagi. Ni semua salah bos aku. Aritu dia cakap suruh hold. kalau x, dah setel dah. Uff!

Ok back to the point. Hari tu aku ada cakap tentang family day planning company kitorang kan dalam entry ni. Rancangannya adalah pada 30.4.2011 tapi di tunda ke 1.5.2011. 

Tak ramai pun yang pergi. Staff aje pun baru 6 org. Cuma bila kira sekali dengan pasangan barulah nampak ramai dan meriah sikit. Enjoy the pic ya.

 Kalau dengan ayahnya, kemain lagi suka ya budak kenit ni. Cium kang...

 "Yeay! Yeay! Ibu... Saya nak mandi swimming pool lepas ni boleh?" "CANNOT!"

 Mata Sharhan dah mengantuk bangat dah masa ni

 "Cantiknya ibu saya...." nge hehehe :D

 Alhamdulillah... Tuah ayam nampak di kaki, tuah aku siapa yang tahu kan.... Akhirnya periuk nasik elektrik idamanku itu telah selamat menjadi milikku... huhuhu.... Cabutan bertuah yang memang bertuah hehe :p

 Ayah pancit main bola sepak... hehe

 Tak sangka rupanya ayah terer main bola tampar

Ini sebenarnya gambar sebelum bertolak. Tunggu semua orang sampai di Taman Pertanian Indera Mahkota. Belum apa-apa lagi, Sharhan dah mengantuk. Kesian anak ibu....

Tak banyak sangat sebenarnya ambik gambar. Pantai pun kitorang tak pergi. Cuma hala balik ajer singgah makan tengah hari di Pantai Batu Burok. Kebetulan jumpa effa and the family (staff yg sama-sama pegi family day) so, kitorang pun konvoi balik. Thank you to his father yang sangat caring sebab asal kitorang jauh jer dari kereta dia, dia akan slow untuk pastikan kitorang memang belakang kereta dia hehe. Takut kitorang sesat kot.... 

Aku pun tak beli apa-apa sangat pun. Cuma beli keropok lekor ajer untuk souvenir family dengan kain batik untuk mama dan mak. Oh ya, untuk bos aku, aku belikan kaftan. Sebagai tanda ingatan huhu :p

Sampai-sampai rumah ajer Sharhan terus tidur. Sebenarnya sepanjang perjalanan dari Terengganu pun dia asyik tidur ajer. Bangun nak susu pun dalam 2 kali aje. Sampai rumah terus terbungkang. Kesian anak ibu....

Tidur dengan lena....