Wednesday, July 22, 2020

My Car


Alhamdulillah... Akhirnya impian untuk memiliki kereta sendiri telah tercapai. Tak ada lah impian sangat pon tp sb terpaksa nak kena ada jugak kereta sendiri. Kalau ikut kedekut aku memang sampai tua la aku x beli beli kahkahkah. 

Bukan kereta baru pun. Kereta second hand jer tp boleh la setakat pergi kerja balik kerja. Nak bawak kat jalan yg aku x biasa mmg aku takuttt. Tp boleh la berani berani takut huhuhu.

Sebenarnya sebelum ni aku memang tak drive. Ye dulu2 zaman dgn ex aku selalu laa bawak sb dia paksa aku belajar bawak. Tp mmg sejuk la tgn sb aku nebes. Lps tu putus 😂

Lepas kapel n kawen dgn en sukri. Aku x pernah drive dah kecuali masa ambik  lesen. Rasanya tahun 2011 kot aku ambik lesen lepas tu langsung x drive. Pergi kerja n balik kerja semua suami aku hantar n ambik. Lagipon tempat kerja dekat dengan tempat kerja suami. Sehinggalah pada satu hari di bulan November pada tahun 2018. Suami aku ditugaskan di pejabat pekan. Dah la masa tu aku preggy (molar). So, nak x nak aku kena jugak drive sendiri. Masa tu xde kereta jd suami aku bagi bwk exora dia, dia pegi keje naik motor hahaha. Dah la baru belajar bwk kete, kena bwk exora pulak. Tp sempat beberapa hari ke x sempat eyh sb ada satu hari tu masa tu aku di sahkan molar pregnancy , direct kena pergi htaa. Masa pergi KKIA jalan gambut tu aku yg drive kete suami aku tp adik lelaki aku ada kt sebelah. Dia ikut sb takut xde parking. Lps tu kena terus ke htaa aku dah x blh drive dah sb takut. Lagipon x biasa jln ke sana.

So lepas tu aku dpt mc 2 minggu. Dalam mc ni lah aku terfikir nk guna proton saga kereta ateh (yg dibeli dgn nama along). So dlm tempoh 2 minggu mc tu la uruskan proses nak bwk saga ke kuantan. Ateh dah x drive masa tu. Dia naik LRT prgi kerja. Dengan kereta dah setahun tak servis, dgn xde roadtax. So, setel aku byr r.tax, wawa pergi ambik kereta kt kajang. Wawa dia ada wira masa tu. So svs aje dalam 500++, r.tax rasanya dkt 400 kot. Tp sb aku nk guna kan pejam mata je lah... Huhuhuuuu

So habis je mc 2 minggu, aku drive saga ke opis. Sampai bulan 3 jgk dari bulan 12 aku drive dgn saga tu togel xde tinted, kosong, xde rim 😂😂 lepas tu adik aku putus tunang so dia pon balas dendam dengan guna duit utk makeup kereta. Jadi cantik la saga tu dgn tinted nya, dengan rim nya, spoiler. Nampak mcm lelaki jadinya saga tersebut.

So di pendekkan cerita wira wawa buat hal. Kuat makan minyak. Jd kitorang bwk kereta secara bergilir. Aku blk kerja, dia bwk saga balik ke pekan (rumah mama) esok pagi2 dtg htr mama ke rumah aku, baru aku pergi kerja dgn saga tersebut. Bergilir lah mcm tu sampai lah tetiba pkp pada 18 march 2020. So, 2 bulan jgk la aku duduk kt rumah. Jadi saga tu sepenuhnya digunakan oleh adik aku. Kebetulan hujung bln 5 aku da stat keje, adik aku pon dpt keje kt balok. Mulanya mmg gilir la. Sampai rumah aku, adik aku naik motor. Tp sebab tiap ptg hujan, kesian dia balik basah kuyup so pagi2 dia htr aku kerja, ptg aku tumpang budak opis aku balik. Tp dah tiap ptg tumpang, segan jgk aku. Ada masa dia pon x bwk kete 😂😂 so laki masing2 lah dtg ambik. Sejak tu aku nekad. Kena beli jgk kereta. Susah la kongsi kongsi kete neh. Jadi nak x nak beli jgk la. Tak survey sgt pon. Jumpa je kt mudah yang nampak ok, aku pon terus pergi tgk, bwk dokumen siap2. Bayar booking 500 + 2500 deposit. Lulus je loan, pergi test drive (masa tgk x test drive sb hujan lebat) semua ok, kita onn.

Dah bertambah komitmen bulanan aku huhuhuuuu... Tapi ok lah bawah 400. Aku target bawah 350 tapi x dpt... Bulanan 370... 7 tahun... Huhuhu... Ok la kan habis kontrak kerja habis la hutang kete. Semoga kontrak di sambung lagi hendaknya....

Kena berjimat cermat lps ni... X boleh shopping sakan... Huuuu

Ok, tu je. Byeee

😁

Saturday, March 28, 2020

Ajaibnya Sedekah

Allah Maha Besar

Bulan March adalah bulan yang agak sukar untuk aku. Duit tinggal dalam 100 lebih jer lepas bagi pinjam 200 kat adik aku awal bulan aritu.  Tapi x kesah sgt sebab bila adik aku dpt duit asb dia, dia akan bayar balik (dah bayar baru2 ni alhamdulillah).  Dengan duit yg tinggal aku tahu x mungkin sempat sampai hujung bulan nnt.  Aku pun keluarkan lah duit asb utk standby. Ada la sikit blh cover sampai hujung bln. Lepastu tiba2 18hb March, perintah kawalan pergerakan bermula. Lega sgt sb duduk rumah so duit x keluar. Semua barang daipur suami yg beli. Kalau aku kerja,  balik kerja suka singgah TMG mall beli mcm2. Duit pon mengalir laju.  Tapi silap aku hari tu sebab beli tudung ariani sampai rm200. Kat situ la duit aku short. Lepas tu hp aku pulak buat gila. Tak nak onn. Bodo betol. Bila aku dah tukar hp baru eh elok pulak dia onn je sampai ke hari ni. Mulanya aku nk ambik hp oppo rm1 kontrak 2 tahun.  Tapi bila fikir balik, baik aku ambik hp yg elok sikit alang2 nk kontrak 2 tahun. So, ni lah dia...  Vivo s1 pro dengan harga rm499 😭 aku bayar dgn cc wehhh 😭😭 aku tahu ni bukan keperluan tapi masa tu hp aku buat giler. Lepas tu aku fikir tak apa lah kan bulan 3 dapat bonus so aku pun proceed je lah (tapi xde bonus sebab ekonomi teruk kesan covid19 ni) 😭😭 nampaknya aku tak mampu nak habiskn hutang cc lump sum.  Aku ingat kalau dapat bonus  boleh la aku bayar habis terus cc. Tak banyak pun.. 1k lebih jer. Tapi bonus xde ni xpe lah bayar je lah sikit2. Dan aku pun sebenarnya menyesal dgn keputusan aku ambik insurans medical card yg baru (sedangkan aku dah ada insurans med card aia). Tengok la kalau bulan depan ekonomi teruk, masih pkp, gaji kena potong, mungkin aku terpaksa burn satu kot.  Tengok dulu mcm mana. Cuma yang lega sikit sebab PM umumkan boleh keluarkan epf akaun 2, ptptn boleh tangguh bayar 6 bulan, personal loan (asb) boleh cuti bayar 6 Bulan, car loan pun cuti 6 bulan,  pendapatan isi rumah 4k-8k boleh mohon brim (dapat 1k satu family) alhamdulillah...  At least makcik kiah (finie) akan ada extra lebih kurang 1000 (tak termasuk brim sb dia one off). Jadi utk tempoh 6 bulan aku patutnya boleh saving 6000. Ya Allah semoga krisis ini berakhir dengan cepat. Semoga negar dapat membangunkan semula ekonominya dan seterusnya syarikat majikan aku dapat menjana pendapatan semula... Insy Allah...  This too shall pass...  Semua ini pasti berlalu.

Hari ni hari gaji aku. Setel semua hutang piutang (kecuali cc aku x dpt nk byr lump sum dan asb loan belum bayar sb nk tgk dia auto deduct x 1st april nnt) aku pon melayari fb. Scroll dan scroll terbaca kesusahan insan lain. Aku pun bukak maybank2u aku dengan niat nk sedekah. Dalam hati biasalah kan bisikan syaiton akan menghasut kita. Dia akan cakap, ko pun xde duit utk diri sendiri masih nak sedekah pada org? Tapi hati aku lawan... Hati aku cakap, sifir Allah bukan mcm ni. Sifir Allah 1 kita bagi, 10 kita dapat. Dan akhirnya aku transfer jugak. Nak dijadikan cerita, suami aku transfer duit utk bayar loan rumah pada aku. Aku pun bukak akaun cimb aku. Masa tu aku fikir, suami aku da la transfer cukup2 duit tu. Dalam cimb aku cuma ada rm20 something jer. Harap2 lepas nk transfer sb cimb kena tinggal min balance. Tak mcm mbb boleh tinggal wpon sehinggit. Aku pon masuk id n pw. Tengok2 ada 900 something. Aku pon cek duit apa ni rasanya suami aku transfer dlm 500 lebih jer. Cari2 x jumpa rekod transfer dari suami aku. Lepas tu baru aku terfikir, eh suami aku transfer kt mbb lah bkn cimb. Aku x sure duit dlm cimb tu duit apa tp kemungkinan besar duit asb loan yg aku terminate bln sebelum tu. Dia creditkn 4 march yg lalu guys. Dia kredit masa aku tgh betol2 xde duit tp aku x tahu. Klu x sb pkp ni rasanya sampai bila2 aku x tau ada duit dlm tu (sb biasanya suami byr sendiri loan rumah kt bank). Alhamdulillah rezki. Ingat nk transfer asb tapi takut nnt susah pulak nak keluarkn bila time betol2 perlu cash. So biar kan sahaja dia di situ....

Alhamdulillah... Terima kasih Allah 😭

Semoga cepat berakhir ujian ini...

FN

Saturday, March 21, 2020

Covid19 - Arahan Kawalan Pergerakan day 5

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Hari ni dah hari ke 4 Arahan Kawalan Pergerak (RMO) di kuatkuasa di Malaysia. Pengalaman pertama rakyat Malaysia menghadapi situasi pandemik ni. Kita fikir kita tak akan kena tapi akhirnya ia sampai juga ke Malaysia. Gelombang yang pada ketika ini telah meragut 8 nyawa dan kes meningkat kepada 1183 di bandingkn dengan gelombang pertama februari yang lalu hanya 22 kes.

Semoga wabak ini cepat berakhir dan tiada lagi korban nyawa. Sedih sangat bila ahli keluarga tidak dapat menatap wajah buat kali terakhir melihat dan mencium jenazah.... Allah sebaik2 perancang...

Dari last week lagi bos aku sangat bimbang dengan penularan wabak ni. Tak sangka minggu ni dapat arahan partial lockdown. Wfh (working from home) lah kami semua. Tak ada lah wfh sangat just standby kalau ada staff atau org lain contact tanya apa2. Kerja aku dari pagi sampai malam masak aje. Lagi selamat dari keluar tapau. Suami aku je la keluar beli brg dapur. Aku ni memang jenis suka duduk rumah pon. Merasa la full time housewife melayan kerenah anak2.

Harap2 x bersambung lah RMO ni. Banyak kerja pending nnt. Tapi sebab semua org pon RMO so xde la risau sgt dgn kerja2 yg pending tu hehe.

Semoga selamat semuanya...


Friday, February 7, 2020

Tersedak Air Masak

Hari ni hari yg haru. Bahaya betol tersedak air. Biasa la budak2 opis aku memang jenis kaki buat lawak. Aku tengah minum air lepas tu dorang buat lawak tersedak aku. Biasa nya aku boleh je tahan lps tu telan je air tu tapi yg kali ni lain macam dia punya tersedak. Air tu macam tersangkut nak telan x lepas nak keluarkn pun x lepas. Giler ah macam lemas aku rasa. Terus terbatuk batuk. Berlari aku masuk stor sebab teruk sangat tersedak kali ni. Sampai aku x boleh bernafas.

Masuk dalam stor tu aku dah rasa macam nak pengsan sangat dah. Mata gelap, batuk, x boleh nafas, gelembung udara x boleh release keluar. Aku berpaut kat rak stor supaya tak jatuh. Giler ah! Macam nak putus nyawa. Aku punya batuk tu sampai tekan dada bunyi dia. Batuk batuk batuk sampai keluar air mata. Cuma yg buat aku takut sebab gelembung angin x nak keluar. Dia mcm halang aku nak bernafas. Giler panik aku. Budak2 opis semua sambung je buat lawak kat luar. Dorang tak tahu aku berperang kat dalam. Lepas tu aku terfikir nak minum air supaya angin tu boleh keluar. Aku pun panggil shida. Tu  pun puas kumpul suara nak panggil dia (sebab meja dia paling dkt dgn pintu stor). Sebenarnya aku nk mtk tlg dia ambikkan air lps tu aku lupa. Shida tolong tepuk2 belakang aku, x lama lepas tu baru la rasa lega walaupon tekak still sakit.

Da lega sikit tu baru aku keluar. Giler bahaya rupanya tersedak ni. Kawan aku cakap kalau rasa nk tersedak jangan batuk. Tahan je lepas tu berdehem. Nanti dia lega. Ok boleh cuba la nanti sebab dak2 opis aku memang kaki buat lawak. Aku rasa x mustahil kejadian mcm ni boleh berulang lagi. 😅

Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur aku.... T_T

Terima kasih Allah...

FN

Thursday, January 23, 2020

Appointment HTAA untuk tahun 2020

Hari ni appointment kat klinik o&g htaa follow up kes molar. Selagi tak cukup 2 tahun jangan harap boleh discharge. So minggu ni aku cuma kerja 3 hari je kat office walaupon sebenarnya 2 hari je sebab semalam miting sampai kul 3.30 petang start pukul 10 pagi without lunch break. Sikit lagi nak pitam sb aku memang x makan pape dari pagi. Minum air jer. Bos memang ada offer suruh tapau nasi kukus tapi jual mahal. X nak .. hambik kau kul 3.30 baru stop.  Habis je miting, naik solat dulu lepastu keluar ambik result darah aku dulu and then terus keluar lunch at 4.30. Actually aku memang dah gelap mata dah tapi tahan je lah. Kul 5 lebih balik opis n punch out.

So hari ni pergi htaa utk appointment. Again x makan apa2 pagi. Padan muka. Lupa bawak kuih klu x, blh mkn sambil tunggu turn. Memang plan nk diet tapi tetap berat aku 62kg jgk. Bila la nak 51kg entah. Daftar kul 9 lebih kul 11 baru jumpa doktor. So mcm biasa doktor tanya sehat ke x, aku cakap lah sehat tapi muka doktor mcm hmmm ye dop ni. Aku rasa mcm muka aku pucat sikit mungkin sb x pakai lipstik kottt hehe. Doktor ajak pergi scan rahim. Masa ni aku memang dah rasa mcm pening. Cepat2 aku pergi ke katil and terus mcm terduduk pitam kejap n cepat2 aku baring... Lega... Kalau tak, buat drama pulak aku dah la kat hospital. Tak masal jer. Dapat baring rasa lega giler. So habis scan, bangun slow2 turun n duduk dekat meja doktor. Ok lah next appointment 6 bulan lagi. Harap2 da boleh discharge nanti. Mintak MC dengan doktor sebab aku nak balik n rehat. Sampai kat kereta terus makan bekal kuih yg suami aku bagi. Terus balik rumah. Oh lupa, singgah tmg mall beli megi dulu hahaha.

Kena jaga makan lah. X boleh diet beriya sgt. Aku risau anemia semula nanti. Harap2 tak lah. Tapi aku kena kuruskan badan. Baju dah sendat T_T