Monday, April 30, 2012

Makan-makan...

Semalam suami saya kena diarrea (cirit-birit). Kesian betol... Agaknya sebab lauk bendi goreng telur yang aku masak malam sebelum tu kot. Asyik pergi jamban ajer lah kerjanya. Last-last pergi klinik satu malaysia (nasib baik bukak hari ahad) dapat la ubat-ubatan untuk diarea nyer... So, semalam aku tak masak sebab takut kang sakit perut pulop.. Pagi jer aku masak nasik goreng tu pon tak laku. Last-last pukul 6.00 lebih pergi makan ini:




Untuk rekod, suami saya tak habis makan okeh... Ini memang satu rekod!!!! huhuhu... diarea punya pasal sampai hilang selera makan. Kesian betol.... Terpaksa la aku menghabiskan.... kuikuikui.... Ok lah. Boleh tahan la.... Sedap jugak lah.....

Habis....


Friday, April 20, 2012

Huhuhu.... ^_^


Hahaha! Apakah??? Hik hik hik... Semalam buat majlis sambutan hari jadi aku kat pejabat puan. Oh bukan aku sorang, dengan kak azie pfas properties jugak. Jugak sebagai majlis farewell aida (pun staff properties tapi dah dapat kerja lain... Untungnya dia...) 



Tadaaaa! Ianya adalah sebuah hand beg hadiah from my lovely boss.... Huhu... Macam tahu-tahu jer beg aku memang dah buruk bangat seperti gambar di bawah.... Hari ni datang kerja terus pakai beg baru. Nak harap aku beli beg baru rasanya selagi tak roboh beg yang ada tu memang tak de lah nak beg baru ke apa. Pakai jer apa yang ada. Jimat bajet lah sangat kan... Tahla, maybe sebab aku tak rasa handbag adalah satu keperluan sangat kot. Biasa-biasa jer. Pakai yang buruk pun okeh janji ada.. huhuhu... Tapi ni dah ada orang hadiahkan, so akan di gunakan sehabis-habis nya... Terima kasih...


Kesian pulop aku tengok beg buruk aku neh... 2 tahun gak kot pakai. Sejak Sharhan lahir sebab senang beg besar-besar ni. Mana nak letak pampers nya, susu lagi, sapu tangan dan berbagai lagi.... So, lepas ni boleh duduk diam-diam dalam bilik stor. Terima kasih untuk khidmat bakti mu selama ini. Hehehe....



Dari kiri, kak zie, aida, aku n my lovely boss..... 


Kek yang sedap. TQ bos sebab belanja. Rasanya kalau nak harap beli sendiri memang tak dapek lah hehehe. Mahal bangat. 

Sekian laporan saya untuk kali ini....

Habis....


Wednesday, April 18, 2012

Sedihnya Hatiku.....

Protected Entry

Please key in password to continue

_____________































































































Saya yang salah.... Memang saya. Saya tak tegas. Benda yang patut saya tolak saya tak tolak. BODOHNYA saya!!!! Kenapa mudah sangat???????? Kenapa saya di lahirkan macam ni? Tidak pandai menyuarakan hak saya sendiri? Kenapa saya asyik follow ajer? padahal saya boleh cakap TAK NAK!!! Bodohnya saya!!!! BENCI SANGAT-SANGAT DENGAN DIRI SENDIRI!!!! UFFFF!!! DARI ZAMAN MUDA SAMPAI SEKARANG MEMANG GITU LAH AKU. DUK FOLLOW ORANG X PANDAI MELAWAN! BAHABI PADA DIRI SENDIRI!!! UFF!!

Belum habis! Sumpah seranah diri sendiri dalam hati pulak!


Monday, April 16, 2012

Harapan....

Hari-hari aku tidur pukul 2 pagi, bangun pukul 6 pagi lah sejak akhir-akhir ini. Tapi tak mengantuk pun. Seriusly rasa bertenaga ajer. Mungkin sebab pekena jamu member aku tu kot. Alhamdulillah lah tak penat sangat badan neh. Tau je lah sebagai seorang wanita, isteri dan ibu yang bekerjaya, kesibukan saya seperti tiada batasnya.. Eceh! Siap aku buat iklan pulop!

Akhirnya... siap pun pemberian markah appraisal aku kat bebudak ni. Wah wah bos cakap aku tak kedekut markah eyh... Tu pon aku rasa dah kedekut sangat dah tuewww hakhakhak. So tunggu je lah berapa banyak kenaikan yer memasing. Aku pon ni tengah tunggu giliran untuk di interview jugak. Bos kalo naikkan gaji aku sikit jer meme la! hikhikhik.... Tak adalah... saya tak kesah... Yang penting, ada rezeki, gaji naik... Sikit pon tak apa asalkan ada. kalau sebelum-sebelum ni mana ada increment semua ni. Aku pon tak tahu increment tu wajib ada ke tak. Tapi kawan aku pernah cakap, kalau kerja kat kompeni yang tak bagi increment, baik blah ajer.... Maknanya increment tu wajib lah kan. Meh google sket...

Dah google tapi asyik keluar SBPA ajer. Ces! Tak apalah.... Oh ya, tajuk entry saya pada kali ini ialah mengenai harapan..... Tadi bukak laman web SPA. Tengok tarikh untuk next exam PTD akan jatuh pada 12.05.2012. Harap-harap nama aku dah tersenarai untuk ambik exam tu  lagi sekali. Kali ni aku tak mo skip lagi. Aku akan tetap datang exam walau apa pon halangan yang melanda. Menyesal sangat tahun lepas aku skip exam tu. Huhuhu... Dah lah tahun sebelumnya skip PAC. PAC tu OK!!! Alhamdulillah sampai setakat ni aku belum pernah gagal lagi dalam exam PTD atau exam gred 41. Aku harap sangat kali ni pun aku akan berjaya melepasi peringkat exam dan kemudian berjaya melepasi PAC dan seterusnya berjaya temuduga. Aku betul betul berharap akan berjaya memperoleh kerjaya idaman ini. Insya allah semoga ada rezeki yang telah Allah tuliskan buat diriku ini..... Tapi aku redha dan yakin dengan perancangan Allah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.....

Semoga ada sinar harapan di hujung sana....

Aminnn.....

^_^

Wednesday, April 11, 2012

HAPPY BIRTHDAY

Happy Birthday To You!
Happy Birthday To You!
Happy Birthday To FINIE SABARI !!!
Happy Birthday To YOUUUU!!!

HOREAYYYYY!!! TUA DAH AKU hukhukhuk T_T


Tuesday, April 10, 2012

Perutusan Puteri Sehari

11 April 1984 - 28 tahun yang lalu, lahirlah seorang puteri yang di beri nama Puteri Cantik Berseri Bijak Bestari ke dunia yang fana ini. Arakian, maka membesarlah sang puteri dengan penuh kesederhanaan bersama adik beradik nya seramai 6 orang hendaknya. 

Hoihhh! Menglipur lara la pulop. Tak de masa aku  nak layan citer tipu ko nih! hukhukhuk! OK, bersempena kedatangan ulang tahun kelahiran saya pada 11 April ini, saya dengan berbesar hati memberikan seluruh rakyat Malaysia cuti umum! Wakaka! Kebetulan lah kebetulan! hikhikhik.....

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mama saya kerana telah melahirkan saya 28 tahun yang lalu. Sesungguhnya itu lah hadiah yang paling besar buat diri ku ini. Uhuk uhuk.... (Sejak-sejak ada anak ni aku lebih sensitif pulop huuuuuu)

Esok cuti, apa aktiviti kita ye? Nak ajak suami berdating kah? hakhakhak... Duit x dok lorrr.. Tengah-tengah bulan ni. So, maybe kita akan bercandle light dinner di rumah sahaja. Itupon kalo black out  WAKAKA! Err.... Apa sebenarnya point aku neh? Oohhh patut la aku rasa otak aku sembab. Layan Cafe Latte Big Apple Donut tadi lah ni. Adehhhh RM8.50 tuewwwww! hukhukhuk pening kepala gue. Dah tahu x leh minum nescafe minum jugak adehhhh! Nescafe ke big apple donut nehhh? Pening!

Ok, Selamat bercuti semua. Esok tak adalah hari yang istimewa sangat pun. Ia hanyalah hari-hari biasa yang di lalui seperti biasa. Rasanya memang tak ada apa-apa pun. Umur tetap bertambah... Waaaa sekejapan sahaja aku dah berumur 28 tahun... Mama dulu umur-umur aku neh dah ada 4 orang anak okehhhh!! Uff... Saya belum mahu menambahkan anak lah hukhukhuk :p Besarkan yang seorang itu dulu...

Harapan saya:

1. Semoga rumah saya cepat siap.
2. Semoga saya mendapat kerjaan yang lebih baik
3. Semoga saya mendapat rezeki yang lebih murah
4. Semoga dipermudahkan segala urusan saya
5. Semoga sentiasa di berikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat
6.Semoga anak saya menjadi anak yang soleh yang akan mendoakan kebaikan buat kami

Semoga tahun ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik buat kami sekeluarga... aminnnn :)

Habis.....




Friday, April 6, 2012

Brain Segmentation

Heh? Apakah? Biasanya dengar Market Segmentation ajer kan? Sekarang ada pulop istilah Brain Segmentation? Hebat lah! Wakaka! Istilah aku cipta sendiri tapi tak tau la kalau istilah ni wujud. Huhu....

Ada yang tertanya-tanya apa itu Brain Segmentation? Yaaa! Itulah dia pembahagian otak. Sama juga macam marketing... Market Segmentation tu maksudnya mengenal pasti bahagian bahagian yang sesuai untuk product positioning (WOW! Aku terer marketing ropenyaaa!!! uwaaaa!!!!! Terharuuu!!) Di dalam marketing, market segmentation ni merujuk kepada beberapa kumpulan target sasaran jualan seperti base on umur, keperluan, minat, gaya hidup, demographic, etc. (lebih kurang gitu lah maksudnya kot, aku pun dah lupa lorrr hahaha).

Brain segmentation saya pula ialah merujuk kepada pembahagian otak saya kepada beberapa department yang penting untuk menguruskan semua tugas yang penting. Setiap department akan menjalankan fungsi mereka tanpa bercampur dengan segment atau department yang lain bagi mengelakkan pepecahan otak berlaku (hoih! aku dah melalut apa neh). Saya telah mendapat idea untuk membuat brain segmentation ini ialah pada hari semalam selepas makan masak ketam lemak cili berapi dan saya juga telah mensasarkan otak saya sendiri sebagai subjek ujikaji. Ewahhhh dah ala-ala sains fiksyen pulop aku rasa brain segmentation issue kita pada hari ini.

Secara umumnya, brain segmentation ini akan di guna pakai untuk tugas-tugas di pejabat yang menimbun macam kan aku pengurus besar operasi syarikat sedangkan aku cuma kerani cabuk uwaaaa!!! Ia juga di guna pakai ketika aku menghadapi brain depress seperti sekarang hakhakhak :p BOS! UP GAJI SAYA 10K! wahhh ! tu diaaaa! Bukti-bukti ke depressan otak aku sedang berlaku. 

Berbalik kepada topik asal kita, saya akan membahagikan otak saya kepada 3 bahagian sasaran yang akan menguruskan: pertama: hal-hal Pentadbiran syarikat. Kedua: Hal-hal Kewangan syarikat. Ketiga: Issue-issue lain yang selalu datang tanpa di undang huuuuuuu. Buat masa sekarang otak saya akan lebih fokus pada hal-hal kewangan syarikat di mana didalam fragmantasi tersebut saya akan membahagikan pula kepada segment-segment kecil yang akan menguruskan hal-hal mereka secara individu seperti; issue outstanding, invoices, overhead, MPK, collection, following up, account statement tracing, recording cash flow, etc etc..... Di dalam kumpulan-kumpulan mereka pula saya perlu memastikan adanya monitor and follow up demi memastikan keberkesanan sistem brain segmentation saya ini. 

Selepas itu barulah saya akan fokus kepada Segmen yang terawal iaitu segmen Pentadbiran di mana di bawahnya beberapa department akan di kenal pasti iaitu yang akan meguruskan hal-hal pentadbiran secara keseluruhannya seperti; disiplin pekerja, HR, salary, business process, all matters regarding Proton, all matters regarding company internal and external, staff issue, communication, etc etc.....

Rombakan otak secara besar-besaran akan di lakukan!!

Uff!

Brain damage @#$%^&%$

Habis!

Ketam Masak Lemak Cili API hiuew hiuew hiuewww... :)

Semalam teringin nak makan McD. Tetiba balik kerja terbeli ketam huahuahua. Cadangnya nak masak berlada ajer tapi di sebabkan my encik suami sukakan masakan berkuah so terpaksa lah ketam masak berlada di tukarkan kepada ketam masak lemak cili api huuuu... 

Masak lemak cili api merupakan masakan yang paling mudah lah di dunia... Eceh! Berlagak konon. HEHE... Bukan masakan paling mudah tapi masakan untuk orang pemalas macam aku hiuew hiuew hiuew. Tak penting itu semua. Yang penting hasilnya haruslah sedap hingga menjilat pinggan hahaha. 

Di sini saya kongsikan resipi Ketam Masak Lemak Cili Api yang telah saya hasilkan semalam..

Bahan-bahan

1. 3 ekor ketam di potong potong
2. 20 ulas cili api (hambik ko! dalam resipi sebenar untuk setengah ekor ayam pon pakai 15 ajer hukhukhuk. (Meme berapi lah tangan aku pas makan tuhhh...) 
3. Kunyit hidup sebesar ibu jari i yg kiut nehhh
4. 3 batang serai di ketuk-ketuk
5. 2 keping asam keping
6. 2 biji kentang dipotong-potong
7. Santan secukup rasa (aku pakai yang paket kecik ajer. Santan original okeh)
8. Sedikit air lah kot

Cara-cara

1. Blender lada kecik n kunyit hidup beserta sedikit air
2. Panaskan periuk tak payah isi minyak
3. Tuang ajer bahan yang di blender tadi. Kemudian masukkan santan
4. Campak ajer ketam-ketam tersebut ke dalam periuk
5. Campakkan lagi bahan-bahan yang lain seperti kentang, serai, asam keping
6. Nampak macam pekat tambah ajer air huhu
7. Perasakan dengan garam dan aji
8. Sentiasa kacau kalau tak mo pecah santan huahuahua
9. Siap untuk di hidangkan...

TADAAAA!!!
(erk kantoi pecah santan HAHAHA)


Meme kepijaran lah jari jemari ku selepas ituewwww huhuhu..... Pedas bangat!

Ok, selamat mencuba! :)

Habis..... licin....


Thursday, April 5, 2012

Tadaaaaa!

HAKHAKHAK! Bertemu kembali!!! Yahooooo!!! Akhirnya dapat tukar balik ke interface lama. Baru lah hati aku rasa tenang sikit. Hukhukhuk. Rasa macam hilang beban yang di tanggung setelah berjaya tukar balik ke interface lama (tak bleh blah lah wehhh ko ni! drama lebeyyy!)

Ok, pasni tak mo kacau-kacau apa-apa dah. Kang tertukar balik mula lah aku nak stress. Aku pulop memang jenis kuat stress. Benda kecik pon nak stress. Wakawaka! Ohhh... Mungkin sebab dah hampir masa... PMS semakin ketara hakhakhak :p

Aku dah weng!

KBYE!

Habis...

Hampehhhh....

Adoh! TENSEN! Apsal blog nih dah tukar interface? Aku suka yang dulu lorrrr! Tak suka lah putih-putih suram ajer macam ni. Puas aku carik mana nak klik untuk new post... Adehhh... Nak tukar dengan yang dulu boleh dop? 

Kena belajar balik untuk menggunakan interface yang baru nih. (ceh kompiden jer aku guna perkataan interface sekali saloh!) hahaha.... No worries! I am a fast learner wakawaka!

Bosangggg!!! Selagi tak siapkan appraisal bebudak neh selagi tu hidup aku tak tenteram! HUKHUKHUK! Ye, kompeni kami memang ajaib... Orang awal-awal tahun sebok dengan appraisal apa ke semua tuh, aku nih tengah-tengah tahun baru nak sebok. Masa ada sebulan lagi neh. Mana nak kejar benda lain lagi. Banyak tol benda nak buat sebenarnya, tp as usual, rilekkkkkk (lah sangat khennnn??)

Tak dek mood lah. Rasa macam nak buat sesuatu yang menarik contohnya seperti: SHOPPING! (erghh duit x dok plop). Mungkin saya perlukan tempat yang aman dari gangguan like a: VACATION??? (erghhh duit lagi!) Adoihhhh! Waiting n waiting for better career and better remuneration with highly secure job hukhukhuk :p 

Keep on waiting baby.... :)

Habis

Tuesday, April 3, 2012

PMS Syndrome

Very the gloomy... What feeling is this? maybe this is called "Pre Menstrual Syndrome" - Sindrom Pra Menstruasi... Adehhh rasa macam nak marah orang ajer. Tak suka betol lah.

Lepas tu karang nak buat appraisal pulop untuk bebudak neh. Kalau emosi terganggu gini kang tak pasal aku buat appraisal berdasarkan emosi bukannya fakta semata-mata. Ini menunjukkan tahap profesionalisma aku berada di tahap yang cukup rendah. Ecewahhhh.... Bila gloomy and moody aku datang memang aku main sound orang direct ajer. Tadi baru jer aku sound staff aku tak buat tugas dia. Berbuih dah mulut suruh buat tapi dia boleh buat dekkk ajer. Aku tak faham orang yang jenis macam ni. Buat kerja sambil lewa macamkan arahan kita tu main-main. Apa alasan dia tak nak buat tu pon aku tak tahu. Time mood aku baik memang aku buat senyap je lah... Time mood aku gila macam ni memang tak de de aku nak jaga menjaga hati orang neh.

Ermmm lagi apa ya yang membuatkan aku stress. Oh pasal budak baru tu. Tak adalah nak stress sangat sebab bukan bidang kuasa aku pun nak tegur budak tu sebab dia duduk kompeni lain. Cuma nya aku berharap aka ada orang menegur cara berpakaian dia. Mungkin dia tak tahu pakaian yang sesuai ke pejabat kannnn... Saya percayakan suami saya... (Waahhhhh tu yg aku riso sangat2 rupanya KAHKAHKAH)

Ok

Habis...

Monday, April 2, 2012

Keluarga Pakcik Sabari Akan Bertambah.... Hiuew Hiuew Hieuw :)

Alhamdulillah.... Berita baik buat keluarga pakcik Sabari... Walaupon dah dekat seminggu berita ni, tapi gue tak dek masa nak buat entry khas bersempena dengan kejayaan adik aku yang baru kahwin bulan 12 aritu mempregnantkan diri wakaka! Kira aku lagi terer ah teh sebab sebulan kawen terus lekat, tengah patah kaki pulop tu.. HAHAHA! ok abaikan!

TAHNIAH buat adikku Ateh.. Akhirnya usaha anda membuahkan hasil lumayan. Bersiap sedialah menghadapi kehidupan bersama baby tersayang.... Insya Allah... Tak ada la muda sangat pon nak beranak . Umur ko pon dah 24 tahun dah pon. Dah matang sangat dan umur-umur macam ni tengah kuat lagi nak meneran nanti wakaka!

Well, tapi bagi aku yang tak pernah berkesempatan untuk berbulan madu ketika baru berkahwin dulu dan terus dapat baby, ermmmm (ceh! padahal dulu aku ngan syuk yang mmg nak anak sangat wakaka!) Kira ok la tu ateh sempat gak la ber honeymoon dulu. Pasni ada anak ingat senang ke nak berjalan ala-ala orang baru kawen? hahaha.... Tapi yang bestnya ada anak, excited nak bawak anak gi jalan, explore dunia huhuhu :p 

Well, selamat menempuhi alam hamil dan kelahiran... Pejam kelip pejam kelip sekejap jer 9 bulan... Lepas tu bersalin, lepas tu rindu nak pregnant lagi wakaka! 

OK bye!

Habis....