Monday, April 16, 2012

Harapan....

Hari-hari aku tidur pukul 2 pagi, bangun pukul 6 pagi lah sejak akhir-akhir ini. Tapi tak mengantuk pun. Seriusly rasa bertenaga ajer. Mungkin sebab pekena jamu member aku tu kot. Alhamdulillah lah tak penat sangat badan neh. Tau je lah sebagai seorang wanita, isteri dan ibu yang bekerjaya, kesibukan saya seperti tiada batasnya.. Eceh! Siap aku buat iklan pulop!

Akhirnya... siap pun pemberian markah appraisal aku kat bebudak ni. Wah wah bos cakap aku tak kedekut markah eyh... Tu pon aku rasa dah kedekut sangat dah tuewww hakhakhak. So tunggu je lah berapa banyak kenaikan yer memasing. Aku pon ni tengah tunggu giliran untuk di interview jugak. Bos kalo naikkan gaji aku sikit jer meme la! hikhikhik.... Tak adalah... saya tak kesah... Yang penting, ada rezeki, gaji naik... Sikit pon tak apa asalkan ada. kalau sebelum-sebelum ni mana ada increment semua ni. Aku pon tak tahu increment tu wajib ada ke tak. Tapi kawan aku pernah cakap, kalau kerja kat kompeni yang tak bagi increment, baik blah ajer.... Maknanya increment tu wajib lah kan. Meh google sket...

Dah google tapi asyik keluar SBPA ajer. Ces! Tak apalah.... Oh ya, tajuk entry saya pada kali ini ialah mengenai harapan..... Tadi bukak laman web SPA. Tengok tarikh untuk next exam PTD akan jatuh pada 12.05.2012. Harap-harap nama aku dah tersenarai untuk ambik exam tu  lagi sekali. Kali ni aku tak mo skip lagi. Aku akan tetap datang exam walau apa pon halangan yang melanda. Menyesal sangat tahun lepas aku skip exam tu. Huhuhu... Dah lah tahun sebelumnya skip PAC. PAC tu OK!!! Alhamdulillah sampai setakat ni aku belum pernah gagal lagi dalam exam PTD atau exam gred 41. Aku harap sangat kali ni pun aku akan berjaya melepasi peringkat exam dan kemudian berjaya melepasi PAC dan seterusnya berjaya temuduga. Aku betul betul berharap akan berjaya memperoleh kerjaya idaman ini. Insya allah semoga ada rezeki yang telah Allah tuliskan buat diriku ini..... Tapi aku redha dan yakin dengan perancangan Allah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.....

Semoga ada sinar harapan di hujung sana....

Aminnn.....

^_^

No comments:

Post a Comment