Tuesday, April 10, 2012

Perutusan Puteri Sehari

11 April 1984 - 28 tahun yang lalu, lahirlah seorang puteri yang di beri nama Puteri Cantik Berseri Bijak Bestari ke dunia yang fana ini. Arakian, maka membesarlah sang puteri dengan penuh kesederhanaan bersama adik beradik nya seramai 6 orang hendaknya. 

Hoihhh! Menglipur lara la pulop. Tak de masa aku  nak layan citer tipu ko nih! hukhukhuk! OK, bersempena kedatangan ulang tahun kelahiran saya pada 11 April ini, saya dengan berbesar hati memberikan seluruh rakyat Malaysia cuti umum! Wakaka! Kebetulan lah kebetulan! hikhikhik.....

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mama saya kerana telah melahirkan saya 28 tahun yang lalu. Sesungguhnya itu lah hadiah yang paling besar buat diri ku ini. Uhuk uhuk.... (Sejak-sejak ada anak ni aku lebih sensitif pulop huuuuuu)

Esok cuti, apa aktiviti kita ye? Nak ajak suami berdating kah? hakhakhak... Duit x dok lorrr.. Tengah-tengah bulan ni. So, maybe kita akan bercandle light dinner di rumah sahaja. Itupon kalo black out  WAKAKA! Err.... Apa sebenarnya point aku neh? Oohhh patut la aku rasa otak aku sembab. Layan Cafe Latte Big Apple Donut tadi lah ni. Adehhhh RM8.50 tuewwwww! hukhukhuk pening kepala gue. Dah tahu x leh minum nescafe minum jugak adehhhh! Nescafe ke big apple donut nehhh? Pening!

Ok, Selamat bercuti semua. Esok tak adalah hari yang istimewa sangat pun. Ia hanyalah hari-hari biasa yang di lalui seperti biasa. Rasanya memang tak ada apa-apa pun. Umur tetap bertambah... Waaaa sekejapan sahaja aku dah berumur 28 tahun... Mama dulu umur-umur aku neh dah ada 4 orang anak okehhhh!! Uff... Saya belum mahu menambahkan anak lah hukhukhuk :p Besarkan yang seorang itu dulu...

Harapan saya:

1. Semoga rumah saya cepat siap.
2. Semoga saya mendapat kerjaan yang lebih baik
3. Semoga saya mendapat rezeki yang lebih murah
4. Semoga dipermudahkan segala urusan saya
5. Semoga sentiasa di berikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat
6.Semoga anak saya menjadi anak yang soleh yang akan mendoakan kebaikan buat kami

Semoga tahun ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik buat kami sekeluarga... aminnnn :)

Habis.....




1 comment: