Friday, April 6, 2012

Brain Segmentation

Heh? Apakah? Biasanya dengar Market Segmentation ajer kan? Sekarang ada pulop istilah Brain Segmentation? Hebat lah! Wakaka! Istilah aku cipta sendiri tapi tak tau la kalau istilah ni wujud. Huhu....

Ada yang tertanya-tanya apa itu Brain Segmentation? Yaaa! Itulah dia pembahagian otak. Sama juga macam marketing... Market Segmentation tu maksudnya mengenal pasti bahagian bahagian yang sesuai untuk product positioning (WOW! Aku terer marketing ropenyaaa!!! uwaaaa!!!!! Terharuuu!!) Di dalam marketing, market segmentation ni merujuk kepada beberapa kumpulan target sasaran jualan seperti base on umur, keperluan, minat, gaya hidup, demographic, etc. (lebih kurang gitu lah maksudnya kot, aku pun dah lupa lorrr hahaha).

Brain segmentation saya pula ialah merujuk kepada pembahagian otak saya kepada beberapa department yang penting untuk menguruskan semua tugas yang penting. Setiap department akan menjalankan fungsi mereka tanpa bercampur dengan segment atau department yang lain bagi mengelakkan pepecahan otak berlaku (hoih! aku dah melalut apa neh). Saya telah mendapat idea untuk membuat brain segmentation ini ialah pada hari semalam selepas makan masak ketam lemak cili berapi dan saya juga telah mensasarkan otak saya sendiri sebagai subjek ujikaji. Ewahhhh dah ala-ala sains fiksyen pulop aku rasa brain segmentation issue kita pada hari ini.

Secara umumnya, brain segmentation ini akan di guna pakai untuk tugas-tugas di pejabat yang menimbun macam kan aku pengurus besar operasi syarikat sedangkan aku cuma kerani cabuk uwaaaa!!! Ia juga di guna pakai ketika aku menghadapi brain depress seperti sekarang hakhakhak :p BOS! UP GAJI SAYA 10K! wahhh ! tu diaaaa! Bukti-bukti ke depressan otak aku sedang berlaku. 

Berbalik kepada topik asal kita, saya akan membahagikan otak saya kepada 3 bahagian sasaran yang akan menguruskan: pertama: hal-hal Pentadbiran syarikat. Kedua: Hal-hal Kewangan syarikat. Ketiga: Issue-issue lain yang selalu datang tanpa di undang huuuuuuu. Buat masa sekarang otak saya akan lebih fokus pada hal-hal kewangan syarikat di mana didalam fragmantasi tersebut saya akan membahagikan pula kepada segment-segment kecil yang akan menguruskan hal-hal mereka secara individu seperti; issue outstanding, invoices, overhead, MPK, collection, following up, account statement tracing, recording cash flow, etc etc..... Di dalam kumpulan-kumpulan mereka pula saya perlu memastikan adanya monitor and follow up demi memastikan keberkesanan sistem brain segmentation saya ini. 

Selepas itu barulah saya akan fokus kepada Segmen yang terawal iaitu segmen Pentadbiran di mana di bawahnya beberapa department akan di kenal pasti iaitu yang akan meguruskan hal-hal pentadbiran secara keseluruhannya seperti; disiplin pekerja, HR, salary, business process, all matters regarding Proton, all matters regarding company internal and external, staff issue, communication, etc etc.....

Rombakan otak secara besar-besaran akan di lakukan!!

Uff!

Brain damage @#$%^&%$

Habis!

No comments:

Post a Comment