Wednesday, July 22, 2020

My Car


Alhamdulillah... Akhirnya impian untuk memiliki kereta sendiri telah tercapai. Tak ada lah impian sangat pon tp sb terpaksa nak kena ada jugak kereta sendiri. Kalau ikut kedekut aku memang sampai tua la aku x beli beli kahkahkah. 

Bukan kereta baru pun. Kereta second hand jer tp boleh la setakat pergi kerja balik kerja. Nak bawak kat jalan yg aku x biasa mmg aku takuttt. Tp boleh la berani berani takut huhuhu.

Sebenarnya sebelum ni aku memang tak drive. Ye dulu2 zaman dgn ex aku selalu laa bawak sb dia paksa aku belajar bawak. Tp mmg sejuk la tgn sb aku nebes. Lps tu putus 😂

Lepas kapel n kawen dgn en sukri. Aku x pernah drive dah kecuali masa ambik  lesen. Rasanya tahun 2011 kot aku ambik lesen lepas tu langsung x drive. Pergi kerja n balik kerja semua suami aku hantar n ambik. Lagipon tempat kerja dekat dengan tempat kerja suami. Sehinggalah pada satu hari di bulan November pada tahun 2018. Suami aku ditugaskan di pejabat pekan. Dah la masa tu aku preggy (molar). So, nak x nak aku kena jugak drive sendiri. Masa tu xde kereta jd suami aku bagi bwk exora dia, dia pegi keje naik motor hahaha. Dah la baru belajar bwk kete, kena bwk exora pulak. Tp sempat beberapa hari ke x sempat eyh sb ada satu hari tu masa tu aku di sahkan molar pregnancy , direct kena pergi htaa. Masa pergi KKIA jalan gambut tu aku yg drive kete suami aku tp adik lelaki aku ada kt sebelah. Dia ikut sb takut xde parking. Lps tu kena terus ke htaa aku dah x blh drive dah sb takut. Lagipon x biasa jln ke sana.

So lepas tu aku dpt mc 2 minggu. Dalam mc ni lah aku terfikir nk guna proton saga kereta ateh (yg dibeli dgn nama along). So dlm tempoh 2 minggu mc tu la uruskan proses nak bwk saga ke kuantan. Ateh dah x drive masa tu. Dia naik LRT prgi kerja. Dengan kereta dah setahun tak servis, dgn xde roadtax. So, setel aku byr r.tax, wawa pergi ambik kereta kt kajang. Wawa dia ada wira masa tu. So svs aje dalam 500++, r.tax rasanya dkt 400 kot. Tp sb aku nk guna kan pejam mata je lah... Huhuhuuuu

So habis je mc 2 minggu, aku drive saga ke opis. Sampai bulan 3 jgk dari bulan 12 aku drive dgn saga tu togel xde tinted, kosong, xde rim 😂😂 lepas tu adik aku putus tunang so dia pon balas dendam dengan guna duit utk makeup kereta. Jadi cantik la saga tu dgn tinted nya, dengan rim nya, spoiler. Nampak mcm lelaki jadinya saga tersebut.

So di pendekkan cerita wira wawa buat hal. Kuat makan minyak. Jd kitorang bwk kereta secara bergilir. Aku blk kerja, dia bwk saga balik ke pekan (rumah mama) esok pagi2 dtg htr mama ke rumah aku, baru aku pergi kerja dgn saga tersebut. Bergilir lah mcm tu sampai lah tetiba pkp pada 18 march 2020. So, 2 bulan jgk la aku duduk kt rumah. Jadi saga tu sepenuhnya digunakan oleh adik aku. Kebetulan hujung bln 5 aku da stat keje, adik aku pon dpt keje kt balok. Mulanya mmg gilir la. Sampai rumah aku, adik aku naik motor. Tp sebab tiap ptg hujan, kesian dia balik basah kuyup so pagi2 dia htr aku kerja, ptg aku tumpang budak opis aku balik. Tp dah tiap ptg tumpang, segan jgk aku. Ada masa dia pon x bwk kete 😂😂 so laki masing2 lah dtg ambik. Sejak tu aku nekad. Kena beli jgk kereta. Susah la kongsi kongsi kete neh. Jadi nak x nak beli jgk la. Tak survey sgt pon. Jumpa je kt mudah yang nampak ok, aku pon terus pergi tgk, bwk dokumen siap2. Bayar booking 500 + 2500 deposit. Lulus je loan, pergi test drive (masa tgk x test drive sb hujan lebat) semua ok, kita onn.

Dah bertambah komitmen bulanan aku huhuhuuuu... Tapi ok lah bawah 400. Aku target bawah 350 tapi x dpt... Bulanan 370... 7 tahun... Huhuhu... Ok la kan habis kontrak kerja habis la hutang kete. Semoga kontrak di sambung lagi hendaknya....

Kena berjimat cermat lps ni... X boleh shopping sakan... Huuuu

Ok, tu je. Byeee

😁