Saturday, March 28, 2020

Ajaibnya Sedekah

Allah Maha Besar

Bulan March adalah bulan yang agak sukar untuk aku. Duit tinggal dalam 100 lebih jer lepas bagi pinjam 200 kat adik aku awal bulan aritu.  Tapi x kesah sgt sebab bila adik aku dpt duit asb dia, dia akan bayar balik (dah bayar baru2 ni alhamdulillah).  Dengan duit yg tinggal aku tahu x mungkin sempat sampai hujung bulan nnt.  Aku pun keluarkan lah duit asb utk standby. Ada la sikit blh cover sampai hujung bln. Lepastu tiba2 18hb March, perintah kawalan pergerakan bermula. Lega sgt sb duduk rumah so duit x keluar. Semua barang daipur suami yg beli. Kalau aku kerja,  balik kerja suka singgah TMG mall beli mcm2. Duit pon mengalir laju.  Tapi silap aku hari tu sebab beli tudung ariani sampai rm200. Kat situ la duit aku short. Lepas tu hp aku pulak buat gila. Tak nak onn. Bodo betol. Bila aku dah tukar hp baru eh elok pulak dia onn je sampai ke hari ni. Mulanya aku nk ambik hp oppo rm1 kontrak 2 tahun.  Tapi bila fikir balik, baik aku ambik hp yg elok sikit alang2 nk kontrak 2 tahun. So, ni lah dia...  Vivo s1 pro dengan harga rm499 😭 aku bayar dgn cc wehhh 😭😭 aku tahu ni bukan keperluan tapi masa tu hp aku buat giler. Lepas tu aku fikir tak apa lah kan bulan 3 dapat bonus so aku pun proceed je lah (tapi xde bonus sebab ekonomi teruk kesan covid19 ni) 😭😭 nampaknya aku tak mampu nak habiskn hutang cc lump sum.  Aku ingat kalau dapat bonus  boleh la aku bayar habis terus cc. Tak banyak pun.. 1k lebih jer. Tapi bonus xde ni xpe lah bayar je lah sikit2. Dan aku pun sebenarnya menyesal dgn keputusan aku ambik insurans medical card yg baru (sedangkan aku dah ada insurans med card aia). Tengok la kalau bulan depan ekonomi teruk, masih pkp, gaji kena potong, mungkin aku terpaksa burn satu kot.  Tengok dulu mcm mana. Cuma yang lega sikit sebab PM umumkan boleh keluarkan epf akaun 2, ptptn boleh tangguh bayar 6 bulan, personal loan (asb) boleh cuti bayar 6 Bulan, car loan pun cuti 6 bulan,  pendapatan isi rumah 4k-8k boleh mohon brim (dapat 1k satu family) alhamdulillah...  At least makcik kiah (finie) akan ada extra lebih kurang 1000 (tak termasuk brim sb dia one off). Jadi utk tempoh 6 bulan aku patutnya boleh saving 6000. Ya Allah semoga krisis ini berakhir dengan cepat. Semoga negar dapat membangunkan semula ekonominya dan seterusnya syarikat majikan aku dapat menjana pendapatan semula... Insy Allah...  This too shall pass...  Semua ini pasti berlalu.

Hari ni hari gaji aku. Setel semua hutang piutang (kecuali cc aku x dpt nk byr lump sum dan asb loan belum bayar sb nk tgk dia auto deduct x 1st april nnt) aku pon melayari fb. Scroll dan scroll terbaca kesusahan insan lain. Aku pun bukak maybank2u aku dengan niat nk sedekah. Dalam hati biasalah kan bisikan syaiton akan menghasut kita. Dia akan cakap, ko pun xde duit utk diri sendiri masih nak sedekah pada org? Tapi hati aku lawan... Hati aku cakap, sifir Allah bukan mcm ni. Sifir Allah 1 kita bagi, 10 kita dapat. Dan akhirnya aku transfer jugak. Nak dijadikan cerita, suami aku transfer duit utk bayar loan rumah pada aku. Aku pun bukak akaun cimb aku. Masa tu aku fikir, suami aku da la transfer cukup2 duit tu. Dalam cimb aku cuma ada rm20 something jer. Harap2 lepas nk transfer sb cimb kena tinggal min balance. Tak mcm mbb boleh tinggal wpon sehinggit. Aku pon masuk id n pw. Tengok2 ada 900 something. Aku pon cek duit apa ni rasanya suami aku transfer dlm 500 lebih jer. Cari2 x jumpa rekod transfer dari suami aku. Lepas tu baru aku terfikir, eh suami aku transfer kt mbb lah bkn cimb. Aku x sure duit dlm cimb tu duit apa tp kemungkinan besar duit asb loan yg aku terminate bln sebelum tu. Dia creditkn 4 march yg lalu guys. Dia kredit masa aku tgh betol2 xde duit tp aku x tahu. Klu x sb pkp ni rasanya sampai bila2 aku x tau ada duit dlm tu (sb biasanya suami byr sendiri loan rumah kt bank). Alhamdulillah rezki. Ingat nk transfer asb tapi takut nnt susah pulak nak keluarkn bila time betol2 perlu cash. So biar kan sahaja dia di situ....

Alhamdulillah... Terima kasih Allah 😭

Semoga cepat berakhir ujian ini...

FN

Saturday, March 21, 2020

Covid19 - Arahan Kawalan Pergerakan day 5

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Hari ni dah hari ke 4 Arahan Kawalan Pergerak (RMO) di kuatkuasa di Malaysia. Pengalaman pertama rakyat Malaysia menghadapi situasi pandemik ni. Kita fikir kita tak akan kena tapi akhirnya ia sampai juga ke Malaysia. Gelombang yang pada ketika ini telah meragut 8 nyawa dan kes meningkat kepada 1183 di bandingkn dengan gelombang pertama februari yang lalu hanya 22 kes.

Semoga wabak ini cepat berakhir dan tiada lagi korban nyawa. Sedih sangat bila ahli keluarga tidak dapat menatap wajah buat kali terakhir melihat dan mencium jenazah.... Allah sebaik2 perancang...

Dari last week lagi bos aku sangat bimbang dengan penularan wabak ni. Tak sangka minggu ni dapat arahan partial lockdown. Wfh (working from home) lah kami semua. Tak ada lah wfh sangat just standby kalau ada staff atau org lain contact tanya apa2. Kerja aku dari pagi sampai malam masak aje. Lagi selamat dari keluar tapau. Suami aku je la keluar beli brg dapur. Aku ni memang jenis suka duduk rumah pon. Merasa la full time housewife melayan kerenah anak2.

Harap2 x bersambung lah RMO ni. Banyak kerja pending nnt. Tapi sebab semua org pon RMO so xde la risau sgt dgn kerja2 yg pending tu hehe.

Semoga selamat semuanya...