Friday, March 20, 2015

Kurus

Kurus kah aku? Mengkuruskan diri kah? Lepas bersalin Syahmi, aku x ada diet apa pown. Makan je ikut sukati aku. Tp kenapa aku kurus eyh? Tapi sbnrnya xde la kurus sgt. 54kg dlm kategori kuruskah? Mayb badan aku nk balik ke asal kot. Zaman habis SPM dedolu... masa bebaru masuk uitm melaka... masa tu berat aku paling berat pun 38kg ajer. Giler krempeng kan? Punya la aku nak sangat capai berat 45kg masa tu... sebab apa? Sebab aku nak derma darah. Syarat dia kan minimum 45kg.

Lepas bersalin sharhan, berat aku dalam 52kg mcm tu lah. Lepas tu aku amik pil perancang keluarga bahagia. Aku ambik pun sebab nurse suruh gap dlm 2 tahun setengah sebelum aku nk pregnant lagi. Masa bersalin sharhan, uri aku lekat. So mayb dorang punya prevention la kot sb x mo berulang kes yg sama. Mayb la kot. Lepas aku mkn pil tu, berat mmg naik tapi aku kontrol makan. Mulanya mmg blh kontrol lagi. Paling berat pon cuma 54kg... lama2 dah tak terkawal plop. Naik sampai 57-58kg. Masa tu pipi aku mmg mcm apam la dia punya kembang semangkuk tu... kuikuikui.

Lps bersalin syahmi ni mayb sb aku fully breastfeeding tu yg kurus kowt. Tp aku rasa x la kurus sangat. Mayb sb mereka kenal aku time aku berbadan besor n gemok pipi mcm apam kembang kowttt huhuhu.

Minggu lepas ada meeting dgn senior exec dept aku. Pastu dalam tgh duk miting2 di selang seli dgn gelak2 (kitorang meeting mmg style gitu. Kuat gelak) tetiba dia tanya aku. "Finie, awk ni kurus sgt, awk sakit ke?" Adehhh tersipu2 aku nk menjawab soalan beliau. Aku pun jwb la sambil gelak2 n pandang kt mimi, saya sehat jer... mayb sb saya susukan ank kowttt... hehehe... lps tu rabu baru ni aku beli lasagna dgn ex office mate aku. Pown dia cakap aku kurus. Cuma balik keje tu suami aku cerita kt aku, ex office mate aku tanya kenapa aku kurus kering sangat. Muka cengkung, finie sakit ke? Hmmm... 2 org dah pikir aku sakit. Huhu.

Jangan risau. Saya sehat ajer. Lagi pun saya ada doktor sendiri dan regular check up. Semalam baru je lepas jumpa doktor. Ambik darah 3 botol utk test renal, etc n urine test. Ok jer. Semua normal xde masalah. So pendek kata, alhamdulillah.... saya masih sehat...

Another 4 month plop jumpa doktor n ambik darah. Dia tegur sb aku suka skip ubat... hehehe. Baik doktor, saya akan makan ubt dgn rajin. Huhuhu...

Aik? Td kata x sakit? Hehehe... memang la... memang x sakit pun... ^_^




Friday, March 13, 2015

Tenanglah Kamu di sana..

Dia dah x ada... hanya tandatangan aku akan terus kekal atas nama nya. Kan bagus kalau sampai ke akhirnya pun aku tak tahu tentang dia... tak tahu tentang kemalangan dia dan tak tahu tentang pemergian dia. Kan bagus kalau selama-lamanya kekal misteri dan selama-lamanya aku tidak tahu tentang dia... seperti mana aku langsung tidak tahu dari selepas SPM 2001 hinggalah berita kemalangan itu pada Jan 2015... aku hanya tahu itu adalah dia pun selepas 3 hari kemalangan itu keluar di dada akhbar dan dalam fb rakan-rakan ex MRSM Kuantan.

Berita kemalangan di Bukit Tinggi... superbike dgn superbike. Video nya juga ada. Tapi aku tidak lah begitu peduli pada ketika itu. YA, aku bukak page fb nya tapi aku tak cam... langsung x cam. Jadi aku hanya tutup dan teruskan rutin kerja ku spt tiada apa yg berlaku. 3 hari kemudian, rakan fb memohon kpd rakan2 yang lain untuk mendoakan kesejahteraan rakan kami yg kemalangan tadi, hanya ketika itu nama penuhnya di sebut, aku tersentak, terkesima... DIA?? Selepas itu baru aku buka dan baca dengan teliti berita kemalangan, video, fb....

Aku hanya mengintai dari jauh... dulu... ketika zaman sekolah, sekadar memerhati... dia, yang tidak pernah sepatah pun aku berbicara, hingga hari dia pergi buat selama-lamanya...

Namanya... hanya akan kekal di dalam tandatanganku...

Betapa aku mengharapkan supaya sampai bila2 pun aku tidak tahu khabar tentang dia... tetapi tidak mungkin...

sayu...

Al fatihah buat mu....