Wednesday, August 29, 2012

Panggilan Temuduga....

Sebelum raya yang lalu, aku telah mendapat email dari uitm. Panggilan temuduga untuk jawatan Penolong Pendaftar. Sebenarnya ini sudah kali kedua di panggil interview untuk jawatan ini (permohonan berlainan). First dulu tahun 2010. Masa tu aku tengah preggy and tengah bertongkat. Mulanya memang nak pergi, tapi memandangkan keuzuran aku masa tu, dengan bertongkat, dengan tengah pregnantnya, lepas tu kena buat presentation pulop, terus aku kensel. Tak jadi pergi. Tapi yang panggilan kali ni, aku tak mahu lagi lepaskan peluang. Tak mahu mengalah sebelum berjuang! Interview tu nanti akan di buat di Shah Alam. Kalau ikut surat panggilan temuduga, tak ada pulak kena buat presentation macam yang lepas... Tapi apa-apa pun kena sentiasa bukak laman web dia sebab diorang suka tukar-tukar surat pada last minute. Just like masa panggilan temuduga aku yang tahun 2010 tu lah.... Bukak balik email 2, 3 hari sebelum hari temuduga, tiba-tiba jer ada presentation kena buat. Tu yang buat aku malas nak pergi tu. Tengah mabuk pulak masa tu, dengan bertongkat apa, memang moral down betol! huhuhu...

Sekarang ni aku tengah study jawatan penolong pendaftar. Study punya study punya study rupanya penolon gpendaftar ini ialah jawatan yang agak besar di dalam uitm... Huuu... Aku ingatkan dah namanya penolong, kerja nya biasa-biasa sahaja, rupanya tidak ya... Kalau ikut gred kerajaan biasa, penolong pendaftar dah masuk gred N41 setaraf pegawai tadbir walaupon namanya cuma PENOLONG.... Huuu... Ini betol-betol buat saya kecut perut dan hampir-hampir mengalami sindrom moral down.... Ini memang mebuatkan aku terfikir, mesti ramai yang lebih berkaliber dan layak pon akan ada sama pada hari tersebut dan aku akan kelihatan sungguh kerdil... huuuu.... NO! mesti pergi jugak walaupon aku rasa peluang adalah amat tipis. Mesti pergi jugak! Cuba dulu! berjuang dulu! huhuhu.....

Aku rasa memang betol-betol dah tiba masa for my wake up call. Cukup-cukuplah sudah keselesaan yang sudah 4 tahun aku lalui ini. Selesa kah aku dengan tangga gaji yang hanya cukup-cukup makan? Anak makin membesar, kos semakin meningkat. Aku betul-betul perlukan perubahan, perlukan anjakan paradigma untuk diri sendiri dan keluarga. Aku perlukan kerjaya yang bisa menjamin masa depan aku dan yang mampu menawarkan keselesaan dari segi gaji. Mungkin kali ni aku perlu melakukan pengorbanan sekiranya berjaya mendapat pekerjaan ini. Tetapi sekiranya bukan rezeki aku, juga tidak mengapa... Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, insya allah..... 

Semoga.... Ya, semoga....

Habis


Monday, August 27, 2012

Aidilfitri 2012

Seperti biasa... Seperti tahun-tahun yang sudah, tempat wajib pergi tiap pagi aidilfitri sudah semestinya Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.... Rasanya macam sekali ajer tak ada rumah terbuka... tahun 2009 kot, time tu tengah kecoh dengan virus H1N1 ke gapo..... Cuma yang berbeza tahun ini ialah.... kekecohan pagi raya yang luar biasa dari biasa.... kuikuikui... Memang kecoh gila di pagi raya. Aku tido rumah mama malam raya tu. Bukak puasa hari terakhir Ramadhan di rumah mama. Esoknya 1 syawal, pagi-pagi lagi En. Suami dah kena bergerak ke Istana. Sempat jamah seketul jer ketupat (yang sudah di potong) dengan kuah rendang mama yang sungguh enak.. yummy yummy! (nanti nak belajar masak rendang lah dengan mama.... insya allah... hehe) 

Malam tu aku n along pergi giant beli kuih raya. orang punyalah ramai nasib baik ada parking kat belakang-belakang. Saya suka shopping ngan along sebab boleh amik jer nak apa, pastualong bayar HOHOHO! tapi saya amik guava ajer.... Tak mahal pownnn.... kuikuikui :p Lepas shopping kat giant, konon-kononnya nak singgah pasar ramadhan yang kat padang masjid tu. Sekali hambikkkk... jemmm gila jalan padahal masa tu dah nak pukul 11 pown. Kalo nak ikutkan idea kakak aku tue, siap nak parking kat sebelah sana tuew.. Kat area Shahzan inn... Pastu nak suruh akujalan kaki rentas padang... OH NO! Habislah lemak i! mana bulehhhh! wakaka! Tapi pada masa yang sama aku risau tinggal laki aku lama-lama sorang-sorang kat rumah.. Kuikuikui.... :p Padahal dia tak kesah pown, aku yang risau sangat. Tapi dalam nak balik cepat tu sempat lagi singgah 7E pekena aiskrim n air milo! fuhh! heaven betol! (jauhkanlah aku dari penyakit kencing manis ya Allah....) Sampai jer rumah, along sambung pulop dengan aktiviti menjahit langsir.. Gila ah! Esok nak raya, malam ni baru jahit... Gila semangat kakak aku tuewww. Kul berapa tah baru tido. Tak cukup dengan malam, pagi raya tu pon sambung lagi siapkan langsir. Gigih betol!

Ok, sekarang masuk cerita pagi raya pulop. Sejak anak-anak dah besar nih, memang kelam kabut jadinya! Anak aku pulak bila sepupu ada, kemain lagi manjanya. Silap sikit nak guling-guling. Nak di jadikan cerita, lepas da siap-siap mandi, pakai baju hensem-hensem, tak tahulah dia merajuk apa, dia pun baring. Sambil menangis lah... Sekalinya dia pergi baring dekat atas cup cakes! OH NO! cup cakes cokelat pulak tu, habis baju melayu dia kat bahagian belakang kena coklat. Waduh waduh! Pagi-pagi raya dah bikin ibu panasssss! Tak hilang kesan coklat walaupon lap guna tisu basah. Last-last basuh terus kat bahagian belakang tu dengan air, pastu iron... Tapi memang still, nampak kesan bulat coklat tu. Tak apa lah... Boleh lah labu... Punyalah kecoh dengan anak-anak, lepas tu anak along pulop berak. Basuh berak apa dulu, last-last pukul 11 baru bertolak ke Pekan. Sampai kat sana, tak jumpa pulop jalan masuk. Rupanya kena masuk ikut belakang bukannya ikut gate yang kitorang biasa masuk dulu. Lepas tu nak di jadikan cerita...tahun ni kemain ketat lagi undang-undang nak masuk istana... Seluar jeans, selipar, baju seksi, semua tak dibenarkan masuk. Terpaksa la adik aku n the gang (pakai baju melayu tp seluar jeans and seliper) tunggu kitorang kat luar. Kesian betol... Kitorang pon kesian jugak sebab kekurangan baby sitter. Kalu dop, abg long boleh jadi tukang jaga anak buah huhuhu :p

Masuk jer dalam istana, terus jumpa bos aku! haiyakkk! huhuhu..... Lepas salam-salam semua, baru lah aku gi carik En. Suami. Makan pon x sempat okeh! Anak aku tak nak duduk diam. Tahun lepas ok la sikit sebab dia tak pandai membuas lagi. Tahun ni kemain lagi main lari-lari kat dalam istana tu siap dengan aku sekali join larik-larik! Adehhhh.....Lepas tu nampak Sultanah bagi duit raya. Tengok orang beratur pun dah tak panjang, konon-konon aku ngana long nak lah beratur neh... Sekali dia punya bodyguard kata dah habis da tak boleh beratur dah... Alah kedekut! setakat dapat cokelat dengan RM1 sorang budak, baik x yah.... :p kuikuikui. Malas nak tunggu lama-lama kat istana (bukan dapat makan pown, duk ngejar anak jer lebih) dalam pukul 12.30 tu dah gerak balik dah. Singgah rumah sendiri dulu makan ketupat and rendang sebelum pergi rumah ina. Tart nenas rumah ina sangat sedap lorrr!






Lepas beraya rumah ina, kita beraya di starbuck pula... HOHOHO! Oh ya, kebetulan afzan ada di Kuantan, ala-ala reunion gituewww berjumpa kat rumah ina hehehe :p

Habis.... (sambung kendian)




Friday, August 17, 2012

Mood Raya Sila DATANG!!!

Seriously, tak ada mood nak raya... Tak terasa pun kegembiraan menyambut Aidilfitri.... Kenapa eyh? kenapa? Apa masalah otak aku kali ni? Baju raya along dah nak siap. Baju dah siap tapi keadaannya amatlah mendukacitakan. Next time sila ya along jangan guna kain jersey untuk lining. Really the tak seswaiiii... Gila berat jadik baju mu tu. Kain chiffon tu ringan jer mcm kapas, kain jersey kat dalam tu yg berat bangat, bila siap jahit, tersedut-sedut jadiknya... Memang sangat buruk tapi tak tahu lah kalau bila pakai jadik ok... Huhuhu... Gila ah! Amik masa 2 hari untuk siapkan baju ajer... baju MAMA cuma memerlukan masa selama satu jam setel! Tinggal kain jer x siap lagi. So, moral of the story, kalau nak aku jahit lagi, sila bagi kain biasa-biasa ajer yer... no more lining-lining... Kalau nak lining pon, lining kan ajer dengan kain biasa... huhuhu....

Alhamdulillah, rezeki raya tahun ni kelihatannya agak murah. Mungkin sebab aku dah dapat advance, dan seminggu lagi dapat balance gaji and claim training, sebab tu aku rasa ok kot. Tak lah semput sangat. Gila banyak kuih raya aku beli tahun ni. Rasanya kalau ditotalkan adalah dalam RM300 kot untuk kuih sahaja. Tapi bila tengok balik macam sikit ajer.. huhuhu.... beli dengan mira rm25, kak zu rm28, effa rm75, nora rm75 jugak....Belum masuk kuih-kuih aku beli dalam shopping mall. Nampak macam sedap ajer, beli, sedap ajer, beli.. Kompom jer sales girl cakap sedap, tapi bila balik rumah, hampesss... Kuih buatan tangan jugak yang sedap.... Setakat ni kuih yang sedap adalah yang aku beli kat Mira and Kak Zu. Memang sodapppp. 

Yeayyy! Ahad ni insya allah dapat makan ketupat and rendang mama. Pastu balik Chini, makan nasik minyak mak pulop.. yummy yummy.. Sedap bangat!!! Lepas habis jer beraya, terus nak ganti puasa... Insya Allah... Ada 5 hari jer nak kena ganti... HOHOHO :)

Esok nak belikan baju raya untuk baby. Pagi tadi dah bagi duit untuk beli baju raya abg long dan abg ngah. Nak kena ganti duit SJE RM100, jangan buat-buat lupa plop yer... Pinjam duit SJE RM100 tadi bagi kat wawa. HUHUHU.... Petang ni rasa macam nak beli baju raya lagi sepasang untuk diri sendiri. Semalam dah belikan 2 t-shirt untuk suami terchenta.... Tahun ni baju raya aku, aku beli siap ajer. Tak sempat nak jahit kain pasang yang ada tu. Tengok lah kot lepas raya baru jahit kot. Beli kat PKNS tueww! Gila jauh import baju raya padahal kat Kuantan berlambak yang lagi murah. Kebetulan training kat shah alam aritu, terus lah singgah. Kali pertama beli baju raya yang berharga ratusan ringgit. RM120 jer pown... Tapi bagi aku yang di lahirkan dalam keluarga miskin dan mempunyai minda 'cheapskate' RM120 itu adalah sangat mahallll.... Fuh! Kalau ikutkan cheapskate aku neh, akubajet beli baju RM50 ajer, tu pon kalau ada yg lagi murah lagi bagusss... Tetapi tiba-tiba nafsu aku lah nak baju berharga ratusan ringgit dengan mind set 'alah, tukar stereng baru ratus-ratus tak pewww, takkan beli baju bini sekali setahun tak boleh yangggggg?' ngeeee :p Siap beli kasut and hand bag baru kat sana. kasut and hand bag of course la yang berharga di bawah RM30. Gila! Aku tak pernah beli beg yang berharga lebih dari RM50. Kalau ada pon, handbag hantaran kawen... wakaka! kasut pun aku beli kasut offer, RM20 sahaja... Gitu lah, kita sebagai manusia, kena berbelanja ikut kemampuan. Kalau banyak itu sahaja yang mampu, maka banyak itu sahajalah. Supaya tidak menyusahkan diri dan otak di kemudian hari. Hujung bulan duit licin sape nak tanggung? huhuhu... 

Eh? Tadi bukan ke aku tak de mood nak raya? Yang dah siap beli baju raya, hand bag raya and kasut raya ni apa cer? Duit raya pon seminggu puasa aku dah tukar dah kat bank WAKAKA! Ni sebenarnya tak ada mood ke tak sabar nak beraya nehhh?? HOHOHO

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA!!

Habis...

Thursday, August 16, 2012

Tanyalah Ustaz....

14 hb August 2012.... Diet Rasulullulah episod 1. Episod 2 tgk kt tv ajer kt rumah.... Alhamdulillah berkesempatan untuk pergi tengok Tanyalah Ustaz secara langsung.... ^_^









^_^ 

Habis......

Wednesday, August 15, 2012

Training dan Honeymoon... wakaka!

Gila gigih aku Isnin lepas. Aku ada training kat COSE 13 dan 14hb baru ni. Supposely pergi dengan suami aku lah lepas sahur 13hb tu, direct ke sana. Sekali beliau kena pergi istana lah, itulah, inilah.... Huuuu terpaksa aku berdikari. Tapi tak la berdikari sangat. Kebetulan adik aku ateh balik Kuantan minggu tu, so, aku pun tumpang lah beliau dan suami ke Bangi rumah kakak aku. Bermalam satu malam kat rumah along. Dah la sampai pun dekat pukul 12 malam, pastu layan bersembang dengan along sampai kul 2 pagi lebih... Gila ah... Pastu bangun pulak masak sahur. GIGIH gila. Lepas tu tak tidur dah. Dalam pukul 6.45 along hantar gi stesen komuter Bangi. Nasib baik dapat tempat duduk. Pukul 7.00 kot naik masa tu. Bayangkan dekat pukul 8.00 baru sampai KL Sentral. Tukar train ke Shah Alam. Dari KL Sentral ke Shah Alam amik masa setengah jam. Gila ah! 1 jam setengah amik masa dari Bangi ke Shah Alam. Pukul 8.30 pagi lebih sikit aku sampai stesen komuter Shah Alam. Amik teksi ke COSE. Pakcik teksi mulanya cas RM30! Aku pon cakap "Mahalnya pakcik! Saya ingatkan RM10 ajer." huhuhu... Mintak kurang ke RM20, x dapat, Pakcik tu cas RM25... Tak apalah, nak wat guana.... Gila jem kat KESAS! Nak ke COSE kena u-turn kat Kewajipan, Kat sini ajer dah amik masa setengah jam. Nasib baik teksi pakcik tak bergesel ke apa, kang x pasal aku kena bayar ganti rugi, MAMPOS! Dalam pukul 9 lebih dekat 9.30 jugak la aku baru sampai ke COSE. Orang dah start pun.. Tak apa, biar lambat asal selamat... huhuhu.... Oh ya, siap aku tertido, tersengguk2 lagi dalam bilik seminar tu. nasib baik lah trainer tu memahami... huhuhu..... Habis sepatutnya pukul 4.00 tp ada exam la pulop, pukul 5 lebih baru habis. Nasib baik, keluar jer dari bilik seminar, En. Suami telah selamat sampai ^_^.






Lepas tu pergi carik hotel. Aku dah booking dari last week lagi sebab training 2 hari kan, haruslah duduk hotel wakaka! Kitorang stay kat De Palma Inn. Boleh la hotel dia. Bilik kecik, nasib baik bilik air best! TV kena baiki arial, tak ada remote! huhuh.....

Gambar di bawah ialah ketika menunggu untuk berbuka puasa. Makanan dia kira puas hati lah. Tapi aku tak makan banyak pun. Paling banyakpon aku amik, siput sedut! HAHAHA! Gila tak malu ok sedut siput tersebut dalam tu. Tak segan sangat sebab orang keliling pun buat benda yang sama hua hua hua. Oh ya! Ada JAY JAY tuewww!!!






Bersahur ialah dari pukul 12 malam hingga 4 pagi... Seawal jam 3 pagi kitorang dah turun cafe. Hohoho! Tapi lauk sahur memang kompom yang berbuka semalam dia just panaskan... hukhukhuk


Sangat cantik kan kaler nya? Sedappppp

Habis...... huhuhu.....

Wednesday, August 8, 2012

19 Ramadhan

Cepatnya masa berlalu.... Hari ini sudah 19 Ramadhan... Syawal bakal menjelma dalam 10 hari lagi.... MAMPUS! Baju along n mama tak siap lagi. Hari-hari balik kerja pon penat... Lepas berbuka, solat, tidurkan Sharhan, tertidur sekali.... Biasanya bangun kompom malas da nak buat apa-apa.... Mungkin boleh guna masa lepas sahur untuk potong kain... Adohhh! Minggu ni balik kampung plop amik buah... Mungkin boleh bawak kain ke kampung, potong kat sana ajer huhuhu.... Isnin n Selasa depan ada training plop kat shah alam.... Penatnyaaa.....

Kepala pulop asyik sakit ajer. Dah nak seminggu dah duk sakit manjang... Time sujud rasa macam nak pecah kepala. Adakah BP aku naik??? Adohhh... Atau mungkin sebab resdung kot.... tak apalah, sakit kan penghapus dosa... huhuhu

Harap-harap sempat lah siapkan baju along n mama.... Baju aku x pew, aku beli siap ajer. Malas gila kot nak potong kain pasang aku tu. Dah lah berlining... Huuuu..... kain kemain jauh datang dari Indon n Vietnam gitueww... Tak pe lah.. Hantar tempah ajer lorrr... Bayar mahal pon x pew..... kikiki

Ok lah.

Selamat memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadhan....

Habis