Wednesday, August 29, 2012

Panggilan Temuduga....

Sebelum raya yang lalu, aku telah mendapat email dari uitm. Panggilan temuduga untuk jawatan Penolong Pendaftar. Sebenarnya ini sudah kali kedua di panggil interview untuk jawatan ini (permohonan berlainan). First dulu tahun 2010. Masa tu aku tengah preggy and tengah bertongkat. Mulanya memang nak pergi, tapi memandangkan keuzuran aku masa tu, dengan bertongkat, dengan tengah pregnantnya, lepas tu kena buat presentation pulop, terus aku kensel. Tak jadi pergi. Tapi yang panggilan kali ni, aku tak mahu lagi lepaskan peluang. Tak mahu mengalah sebelum berjuang! Interview tu nanti akan di buat di Shah Alam. Kalau ikut surat panggilan temuduga, tak ada pulak kena buat presentation macam yang lepas... Tapi apa-apa pun kena sentiasa bukak laman web dia sebab diorang suka tukar-tukar surat pada last minute. Just like masa panggilan temuduga aku yang tahun 2010 tu lah.... Bukak balik email 2, 3 hari sebelum hari temuduga, tiba-tiba jer ada presentation kena buat. Tu yang buat aku malas nak pergi tu. Tengah mabuk pulak masa tu, dengan bertongkat apa, memang moral down betol! huhuhu...

Sekarang ni aku tengah study jawatan penolong pendaftar. Study punya study punya study rupanya penolon gpendaftar ini ialah jawatan yang agak besar di dalam uitm... Huuu... Aku ingatkan dah namanya penolong, kerja nya biasa-biasa sahaja, rupanya tidak ya... Kalau ikut gred kerajaan biasa, penolong pendaftar dah masuk gred N41 setaraf pegawai tadbir walaupon namanya cuma PENOLONG.... Huuu... Ini betol-betol buat saya kecut perut dan hampir-hampir mengalami sindrom moral down.... Ini memang mebuatkan aku terfikir, mesti ramai yang lebih berkaliber dan layak pon akan ada sama pada hari tersebut dan aku akan kelihatan sungguh kerdil... huuuu.... NO! mesti pergi jugak walaupon aku rasa peluang adalah amat tipis. Mesti pergi jugak! Cuba dulu! berjuang dulu! huhuhu.....

Aku rasa memang betol-betol dah tiba masa for my wake up call. Cukup-cukuplah sudah keselesaan yang sudah 4 tahun aku lalui ini. Selesa kah aku dengan tangga gaji yang hanya cukup-cukup makan? Anak makin membesar, kos semakin meningkat. Aku betul-betul perlukan perubahan, perlukan anjakan paradigma untuk diri sendiri dan keluarga. Aku perlukan kerjaya yang bisa menjamin masa depan aku dan yang mampu menawarkan keselesaan dari segi gaji. Mungkin kali ni aku perlu melakukan pengorbanan sekiranya berjaya mendapat pekerjaan ini. Tetapi sekiranya bukan rezeki aku, juga tidak mengapa... Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, insya allah..... 

Semoga.... Ya, semoga....

Habis


21 comments:

  1. assalammualaikum, boleh sy tau bentuk soalan bertulis untuk penolong pendaftar? jika tk keberatan untuk berkongsi.

    ReplyDelete
  2. Ye saya pun nak tau bentuk soalan bertulis untuk jawatan penolong pendaftar ni..harap dapat membantu..:)

    ReplyDelete
  3. ye..saya pun nak tau bentuk soalan bertulis untuk penolong pendaftar ni..harap dapat membantu..terima kasih..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak maaf banyak2 kepada anda semua yg sudi singgah di blog saya. maaf kiranya reply ini mmg super duper lambat. sebenarnya banyak perkara berlaku pd bln nov yg lalu hingga saya tidak berkesempatan utk menjawab persoalan anda. bentuk soalan bertulis adalah berupa case study sama ada case national atau international. soalan juga perlu dijawab berdasarkan case study yg diberikan. harap2 skrg tiada lg bentuk temuduga sebegitu rupa. GOOD LUCK!

      Delete
  4. Assalam, saya mendapat panggilan temuduga untuk jawatan penolong pendaftar. Tapi saya berbelah bahagi samada ingin menghadiri temuduga tu atau pun tidak. Ada apa-apa saranan tak/

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum cuba belum tahu.... ^_^v kalau gagal dlm interview pown sekurang2nya anda sudah berjuang... yg paling penting pengalaman berharga dlm bilik interview tu...

      Delete
  5. Assalam, saya mendapat panggilan temuduga untuk jawatan penolong pendaftar. Tapi saya berbelah bahagi samada ingin menghadiri temuduga tu atau pun tidak. Ada apa-apa saranan tak/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan awk aritu ape?? Ape je kna jwb

      Delete
    2. Soalan saya dulu x ada pun ttg tugas2 penolong pendaftar. Soalan more on tanya ttg kesanggupan utk kerja jauh cth uitm sarawak, sanggup x nk pisah dgn suami n anak. N dorang explain krje dgn uitm x boleh memilih nk kerja kt mana. Tp kebanyakan yg pergi ivw utk penolong pendaftar adalah staff uitm sendiri so, peluang mmg tipis, senipis kulit bwg. Tp belum cuba belum tahu.

      Delete
  6. salam...boleh saya tahu bentuk format soalan ujian bertulis macam mana ye??

    ReplyDelete
  7. Mintak maaf banyak2 kepada anda semua yg sudi singgah di blog saya. maaf kiranya reply ini mmg super duper lambat. saya tidak berkesempatan utk menjawab persoalan anda. bentuk soalan bertulis adalah berupa case study sama ada case national atau international. soalan juga perlu dijawab berdasarkan case study yg diberikan. harap2 skrg tiada lg bentuk temuduga sebegitu rupa. GOOD LUCK!

    ReplyDelete
  8. Assalam...soklan dia ada kira2 ke tak? Plu ke bwa kalkulator?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... pada masa saya interview dan soalan bertulis dulu, tak ada soalan berbentuk kira2. Semuanya case study. tak perlu bawak kalkulator...

      Delete
  9. Asslm, saya ada dapat temuduga untuk ujian bertulis ahad ni dekat uitm puncak alam.. Nak tanya, nanti hanya ada ujian bertulis je ke atau ada oral iv sekali ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...biasanya ujian bertulis dulu. nnt kalau dah lulus ujian bertulis, baru mereka akan panggil untuk peringkat temuduga. oral iv x ada pun masa saya dulu.

      Delete
    2. Finie sabari sama la kita...ape nk study ni?

      Delete
  10. Salam, saya juga ada dapat temuduga untuk ujian bertulis ahad ni dekat uitm puncak alam. Nak tanya, soalannya berbentuk objektif shj kah atau ada esei jgk?Dan berapa tempoh masanya ea sbb tak dinyatakan dalam surat panggilan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...dulu saya kena jawab soalan objektif dan ada juga bahagian esei... (eh, ke esei ni masa exam PTD eyh? hehehe da lupa dah)

      Good Luck ya

      Delete
    2. Saya pun ada interview ujian bertulis ahad ni di puncak alam. Tak tahu mak baca apa :(

      Delete