Friday, August 17, 2012

Mood Raya Sila DATANG!!!

Seriously, tak ada mood nak raya... Tak terasa pun kegembiraan menyambut Aidilfitri.... Kenapa eyh? kenapa? Apa masalah otak aku kali ni? Baju raya along dah nak siap. Baju dah siap tapi keadaannya amatlah mendukacitakan. Next time sila ya along jangan guna kain jersey untuk lining. Really the tak seswaiiii... Gila berat jadik baju mu tu. Kain chiffon tu ringan jer mcm kapas, kain jersey kat dalam tu yg berat bangat, bila siap jahit, tersedut-sedut jadiknya... Memang sangat buruk tapi tak tahu lah kalau bila pakai jadik ok... Huhuhu... Gila ah! Amik masa 2 hari untuk siapkan baju ajer... baju MAMA cuma memerlukan masa selama satu jam setel! Tinggal kain jer x siap lagi. So, moral of the story, kalau nak aku jahit lagi, sila bagi kain biasa-biasa ajer yer... no more lining-lining... Kalau nak lining pon, lining kan ajer dengan kain biasa... huhuhu....

Alhamdulillah, rezeki raya tahun ni kelihatannya agak murah. Mungkin sebab aku dah dapat advance, dan seminggu lagi dapat balance gaji and claim training, sebab tu aku rasa ok kot. Tak lah semput sangat. Gila banyak kuih raya aku beli tahun ni. Rasanya kalau ditotalkan adalah dalam RM300 kot untuk kuih sahaja. Tapi bila tengok balik macam sikit ajer.. huhuhu.... beli dengan mira rm25, kak zu rm28, effa rm75, nora rm75 jugak....Belum masuk kuih-kuih aku beli dalam shopping mall. Nampak macam sedap ajer, beli, sedap ajer, beli.. Kompom jer sales girl cakap sedap, tapi bila balik rumah, hampesss... Kuih buatan tangan jugak yang sedap.... Setakat ni kuih yang sedap adalah yang aku beli kat Mira and Kak Zu. Memang sodapppp. 

Yeayyy! Ahad ni insya allah dapat makan ketupat and rendang mama. Pastu balik Chini, makan nasik minyak mak pulop.. yummy yummy.. Sedap bangat!!! Lepas habis jer beraya, terus nak ganti puasa... Insya Allah... Ada 5 hari jer nak kena ganti... HOHOHO :)

Esok nak belikan baju raya untuk baby. Pagi tadi dah bagi duit untuk beli baju raya abg long dan abg ngah. Nak kena ganti duit SJE RM100, jangan buat-buat lupa plop yer... Pinjam duit SJE RM100 tadi bagi kat wawa. HUHUHU.... Petang ni rasa macam nak beli baju raya lagi sepasang untuk diri sendiri. Semalam dah belikan 2 t-shirt untuk suami terchenta.... Tahun ni baju raya aku, aku beli siap ajer. Tak sempat nak jahit kain pasang yang ada tu. Tengok lah kot lepas raya baru jahit kot. Beli kat PKNS tueww! Gila jauh import baju raya padahal kat Kuantan berlambak yang lagi murah. Kebetulan training kat shah alam aritu, terus lah singgah. Kali pertama beli baju raya yang berharga ratusan ringgit. RM120 jer pown... Tapi bagi aku yang di lahirkan dalam keluarga miskin dan mempunyai minda 'cheapskate' RM120 itu adalah sangat mahallll.... Fuh! Kalau ikutkan cheapskate aku neh, akubajet beli baju RM50 ajer, tu pon kalau ada yg lagi murah lagi bagusss... Tetapi tiba-tiba nafsu aku lah nak baju berharga ratusan ringgit dengan mind set 'alah, tukar stereng baru ratus-ratus tak pewww, takkan beli baju bini sekali setahun tak boleh yangggggg?' ngeeee :p Siap beli kasut and hand bag baru kat sana. kasut and hand bag of course la yang berharga di bawah RM30. Gila! Aku tak pernah beli beg yang berharga lebih dari RM50. Kalau ada pon, handbag hantaran kawen... wakaka! kasut pun aku beli kasut offer, RM20 sahaja... Gitu lah, kita sebagai manusia, kena berbelanja ikut kemampuan. Kalau banyak itu sahaja yang mampu, maka banyak itu sahajalah. Supaya tidak menyusahkan diri dan otak di kemudian hari. Hujung bulan duit licin sape nak tanggung? huhuhu... 

Eh? Tadi bukan ke aku tak de mood nak raya? Yang dah siap beli baju raya, hand bag raya and kasut raya ni apa cer? Duit raya pon seminggu puasa aku dah tukar dah kat bank WAKAKA! Ni sebenarnya tak ada mood ke tak sabar nak beraya nehhh?? HOHOHO

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA!!

Habis...

No comments:

Post a Comment