Friday, February 22, 2013

Cuti-cuti Jaga Sharhan

** Kejadian ini sebenarnya berlaku pada 21 Februari 2013 tapi di sebabkan semalam internet maxis ngeng x dpt nk publish. UFF!! **

Hari ni nama je cuti tapi tak la macam cuti sangat (bg aku cuti adalah di mana aku boleh bermalas-malasan di rumah sambil tido sepanjang hari... kahkahkah gila pemalas okeh!) Hari ini aktiviti full dari pagi sampai petang. Nyaris-nyaris plan hari ni gagal tapi nasib baik kakak aku tak jadi hantar anaknya balik Kuantan hehehe.

Pagi-pagi dah bersiap sebab nak bawak mama pergi bukak buku akaun. Almaklumla orang nak amik duit epf tapi akaun pun expired hehe. Bukak kat BSN je senang sebab depo cuma perlu RM50 je compare to other bank. Pukul 10.30 sampai Kuantan Parade, tolong mama isi borang dulu amik nombor pastu aku n syuk n sharhan juga baby gi centre point dulu makan pagi. Hehe masa tu no 22, no mama 44 kompom la lambat lagi huhuhu. Lepas siap makan dalam kul 11.30 tgk nombor dah 45 mama dah kt kaunter. Tapi proses bukak akaun kt mana-mana pun mmg lambat. Dekat pukul 12 setel semua terus pergi pejabat kwsp kat im. Sampai kwsp ambik nombor tunggu giliran kejap je. Tapi mmg bagus la pekerja kwsp. Mesra sangat layan pelanggan. Dalam 12.30 setel urusan. Ingatkan nk balik rumah dulu tinggal aku, sharhan n baby kt rumah. Pastu alang2 dah pukul 1 nk patah balik lg. Last last pergi tgk rumah dulu (rumah bahagian belakang dah start cat. alhamdulillah) Lepastu suami pergi solat dulu kat tg api. Dalam pukul 2 suami hantar pergi Teluk Cempedak. Huhu kelassss kau jaga anak kat TC. Angkut bakul susu sharhan semua carik port sesuai, suap sharhan makan nasik dulu. Pastu bawak pergi main kat taman permainan. Gila ah panas panas terik aku gigih bawak anak main gelongsor.

Pastu sharhan kemain lagi pandai pandai je pegi kedai uncle cina beli kipas.. Seb bek aku ada duit nak bayar huuuu.... Pastu melayan dia main kat gelongsor tu dalam 2 jam jugak la... huuu.. Main lah nak sampai lebam... Dah bosan layan gelongsor turun bawah tengok tempat mainan yg jenis belon tu. Apa tah namanya. Tapi ada kisah sedih di sini wakakaka! Duit aku dalam dompet cuma ada RM2 aje. Nak masuk benda alah tu nak RM6. Kesian gila tengok Sharhan skodeng ikut luar ajer huuu... Masalahnya kat TC tak de ATM kalo tak aku dah gi dah amik duit yg tak seberapa dalam akaun tu huuu... Nasib baik ayah n nenek cepat sampai. Boleh la pow ayah hehehe...











Saturday, February 9, 2013

Bercinta Bersama di Secret Recipe

Ini adalah perkara yang sungguh jarang sekali berlaku pada saya... wakaka! Ini kerana makan di tempat-tempat seperti ini biasanya adalah perkara terakhir yang akan kami lakukan. Bukanlah kami kedekut sangat tp biasanya wang lebih baik di gunakan untuk perkara yang lebih perlu bukan huhu.... Tapi sekali sekala apa salahnya... hehe...




Yang last tu saya punya. Blueberry cheese cake... my fevret. owh cappucino cheese cake juga fevret saya :) Apa apa kek yg ada namanya cheese tu memang feveret saya hehehe....

YUMMY!

Thursday, February 7, 2013

Berzikirlah....

Alhamdulillah.... Bertemu lagi kita ya. Sejak2 aku ada hp canggih boleh berintenet dari hp je kemain rancak menghupdate blog. Canggih la sangattt... Tajuk aku pada malam ni kemain lagi. Berzikirlah... ya, latihlah hati dan lidah kita untuk berzikir.

Semenjak akhir akhir ni aku sudah mula mengamalkan zikir ketika memasak. Mudah saja nak buat. Sambil menggoreng, menumis, atau apa apa lah pun cubalh sambil sambil berzikir juga. Zikir yang aku amalkan sekarang (khas untuk memasak sahaja) ialah "laisalaha min du nillah hi kaashifah, lai salaha mindu ni la hi kashifah" dan insya allah apa yg kita masak akan menjadi dan sedap... (lebih lebih lg utk aku yg mmg di ketahui umum tak pandai masak hahaha) oh dan jangan lupa utk masukkan sekali seberapa banyak kasih sayang bersama-sama dalam masakan kita tadi. In shaa allah akan sedaplah ia... hehe... 

Nak bukti ke?  tada........

Hehe padahal masak sambal petai ikan bilis je pun. Tapi bukan selalu suami puji masakan sya. Siap thumbs up lagi. huuuu... nampak sangat selama ni aku masak x sedap wakaka!

Baik, saya akan belajar lagi! tp masalahnya aku neh beli je buku resipi buku masakan banyak2. Tapi cubanya idok jugeee... huhuhu... Sowi sayang... Next time ye saya cuba... hehehe...

Sunday, February 3, 2013

Rumah Terbengkalai... Harapnya TIDAK!

Petang tadi pegi tengok rumah. Kerja-kerja pembinaan masih lagi berjalan. Harapnya tak terbengkalai lagi macam dulu. Lama jugak haritu rumah tu terbengkalai. Sampai kawan aku yg beli sama-sama dgn aku (tp pakai loan gomen sbb laki dia polis) sempat batalkan perjanjian. Selamat la x yah byr pape lg cuma duit booking la burn. Tapi drpd kena bayar bulan2 tp rumah terbengkalai x pe la burn sikit. Sikit x sikit la main K jugak la. Aku n suami pulak mmg x boleh buat apa la. Terpaksa go on dan berdoa semoga Allah permudahkan jalan buat kami. Doa dan tawakal je la yang mampu. Oleh itu kawan-kawan, moral of the story, belilah rumah yang dah siap bina siap CF. Biarlah mahal sikit asalkan puas hati. Kalaupun nk beli rumah yg masih dalam pembinaan, siasat dulu latar belakang pemaju. Tengok dulu sejarah pembinaan yang lalu sama ada siap atau terbengkalai. Tapi aku rasa kompeni melayu je kot yg suka buat keje separuh jalan. Tgk RM RM byk depan mata mula la kelabu mata. Dengar kata bos Tekun Global tu si kamal tu larikan duit juta-juta. Tak guna punya orang! Aku x halalkan duit aku yg ko ambik tu dunia akhirat!

Jumpa supervisor yg jaga keje2 pembinaan tu. Dia cakap insya allah sebulan dua lagi siap lah. Semoga Ya Allah... Permudahkanlah Allah... Terbeban rasanya nak byr rumah RM1k sebulan. Kalau dah boleh duduk rumah tu, at least byr duit rumah je, x yah byr rumah sewa dah. Permudahkanlah kami melalui ujian ini Allah...


Last time pergi blm ada lg longkang. Dorang kata tgh nak siapkan rumah bahagian belakang skrg ni. Harap-harap biarlah berjalan lancar semuanya. Oh ya sekarang ni bukan Tekun Global dah pemajunya. Tekun Global dah lingkup. Supervisor dia ckp kerajaan dah ambik alih n pemaju skrg pemaju lain. Tak pasti apa namanya. Tak kisah lah siapa pun pemaju asalkan keje pembinaan lancar aje sudah... Terima kasih kerajaan kerana mengambil alih projek terbengkalai ini....