Friday, February 22, 2013

Cuti-cuti Jaga Sharhan

** Kejadian ini sebenarnya berlaku pada 21 Februari 2013 tapi di sebabkan semalam internet maxis ngeng x dpt nk publish. UFF!! **

Hari ni nama je cuti tapi tak la macam cuti sangat (bg aku cuti adalah di mana aku boleh bermalas-malasan di rumah sambil tido sepanjang hari... kahkahkah gila pemalas okeh!) Hari ini aktiviti full dari pagi sampai petang. Nyaris-nyaris plan hari ni gagal tapi nasib baik kakak aku tak jadi hantar anaknya balik Kuantan hehehe.

Pagi-pagi dah bersiap sebab nak bawak mama pergi bukak buku akaun. Almaklumla orang nak amik duit epf tapi akaun pun expired hehe. Bukak kat BSN je senang sebab depo cuma perlu RM50 je compare to other bank. Pukul 10.30 sampai Kuantan Parade, tolong mama isi borang dulu amik nombor pastu aku n syuk n sharhan juga baby gi centre point dulu makan pagi. Hehe masa tu no 22, no mama 44 kompom la lambat lagi huhuhu. Lepas siap makan dalam kul 11.30 tgk nombor dah 45 mama dah kt kaunter. Tapi proses bukak akaun kt mana-mana pun mmg lambat. Dekat pukul 12 setel semua terus pergi pejabat kwsp kat im. Sampai kwsp ambik nombor tunggu giliran kejap je. Tapi mmg bagus la pekerja kwsp. Mesra sangat layan pelanggan. Dalam 12.30 setel urusan. Ingatkan nk balik rumah dulu tinggal aku, sharhan n baby kt rumah. Pastu alang2 dah pukul 1 nk patah balik lg. Last last pergi tgk rumah dulu (rumah bahagian belakang dah start cat. alhamdulillah) Lepastu suami pergi solat dulu kat tg api. Dalam pukul 2 suami hantar pergi Teluk Cempedak. Huhu kelassss kau jaga anak kat TC. Angkut bakul susu sharhan semua carik port sesuai, suap sharhan makan nasik dulu. Pastu bawak pergi main kat taman permainan. Gila ah panas panas terik aku gigih bawak anak main gelongsor.

Pastu sharhan kemain lagi pandai pandai je pegi kedai uncle cina beli kipas.. Seb bek aku ada duit nak bayar huuuu.... Pastu melayan dia main kat gelongsor tu dalam 2 jam jugak la... huuu.. Main lah nak sampai lebam... Dah bosan layan gelongsor turun bawah tengok tempat mainan yg jenis belon tu. Apa tah namanya. Tapi ada kisah sedih di sini wakakaka! Duit aku dalam dompet cuma ada RM2 aje. Nak masuk benda alah tu nak RM6. Kesian gila tengok Sharhan skodeng ikut luar ajer huuu... Masalahnya kat TC tak de ATM kalo tak aku dah gi dah amik duit yg tak seberapa dalam akaun tu huuu... Nasib baik ayah n nenek cepat sampai. Boleh la pow ayah hehehe...











No comments:

Post a Comment