Sunday, February 3, 2013

Rumah Terbengkalai... Harapnya TIDAK!

Petang tadi pegi tengok rumah. Kerja-kerja pembinaan masih lagi berjalan. Harapnya tak terbengkalai lagi macam dulu. Lama jugak haritu rumah tu terbengkalai. Sampai kawan aku yg beli sama-sama dgn aku (tp pakai loan gomen sbb laki dia polis) sempat batalkan perjanjian. Selamat la x yah byr pape lg cuma duit booking la burn. Tapi drpd kena bayar bulan2 tp rumah terbengkalai x pe la burn sikit. Sikit x sikit la main K jugak la. Aku n suami pulak mmg x boleh buat apa la. Terpaksa go on dan berdoa semoga Allah permudahkan jalan buat kami. Doa dan tawakal je la yang mampu. Oleh itu kawan-kawan, moral of the story, belilah rumah yang dah siap bina siap CF. Biarlah mahal sikit asalkan puas hati. Kalaupun nk beli rumah yg masih dalam pembinaan, siasat dulu latar belakang pemaju. Tengok dulu sejarah pembinaan yang lalu sama ada siap atau terbengkalai. Tapi aku rasa kompeni melayu je kot yg suka buat keje separuh jalan. Tgk RM RM byk depan mata mula la kelabu mata. Dengar kata bos Tekun Global tu si kamal tu larikan duit juta-juta. Tak guna punya orang! Aku x halalkan duit aku yg ko ambik tu dunia akhirat!

Jumpa supervisor yg jaga keje2 pembinaan tu. Dia cakap insya allah sebulan dua lagi siap lah. Semoga Ya Allah... Permudahkanlah Allah... Terbeban rasanya nak byr rumah RM1k sebulan. Kalau dah boleh duduk rumah tu, at least byr duit rumah je, x yah byr rumah sewa dah. Permudahkanlah kami melalui ujian ini Allah...


Last time pergi blm ada lg longkang. Dorang kata tgh nak siapkan rumah bahagian belakang skrg ni. Harap-harap biarlah berjalan lancar semuanya. Oh ya sekarang ni bukan Tekun Global dah pemajunya. Tekun Global dah lingkup. Supervisor dia ckp kerajaan dah ambik alih n pemaju skrg pemaju lain. Tak pasti apa namanya. Tak kisah lah siapa pun pemaju asalkan keje pembinaan lancar aje sudah... Terima kasih kerajaan kerana mengambil alih projek terbengkalai ini.... 

No comments:

Post a Comment