Sunday, December 25, 2016

insurans

Assalam.... bismillah... allahu....

Alhamdulillah bertemu lagi kita. Banyak sangat cerita nak kongsi tapi akhirnya hanya bercerita di dalam hati. Baca saja dalam hatiku ini andai kamu bisa membacanya... 

Insurans yg penting ialah protection not the saving... adakah aku dah tersilap ambik insurans ni? Huhuhu kena study balik la gayanya. Mgkn aku boleh tukar ke insurans lain kot.

Banyak yg nk kena study ni. Atau perlukah aku tamatkan aje insurans personal dan bergantung pd insurans syarikat? How how? Mana yg terbaik ni aku pon x sure. Tp klu terminate takut nnt bulanan akn jadi makin tinggi bila aku nk ambik insurans baru. X ke membazir jer selama ni yg aku byr? Dah 2 tahun bayar..
. T_T

Wednesday, December 21, 2016

Rezeki

Bismillah....

Allahu.... rezeki itu sesungguhnya telah ditentukanNya. Tinggal lagi sama ada ia milik kita atau pun tidak. Makanan pun, Kalau sudah tertulis bukan rezki kita, dah nak masuk mulut pun boleh terlepas. 

Kadang kita terlalu pikirkan rezki dari segi wang ringgit sedangkan dari segi lain kita x ambik kira. Rezki dikurniakan anak, dikurniakan suami yg baik, dikurniakan pekerjaan, dll. Semua itu adalah rezeki... alhamdulillah... 

Kadang kita rasa gaji kita x cukup, duit kita habis mcm tu saje, duit kita ditipu... semua ni ada hubungkait dgn keberkatan rezki kita. Sumbernya atau mungkin cara kita mendapatkannya. Kadang kita x amanah dalam melakukan pekerjaan. Kita mencuri masa, kita buat kerja lain, kita mengular, tidur, malas. Lagi kita mahu bertanya tentang keberkatan? Kerana itu Allah tarik rezki kita perlahan-lahan. Allah campakkan rasa tidak cukup dlm hati kita menyebabkan kita jadi lebih kedekut utk memberi/bersedekah kepada org lain. Sedangkan kita lupa kunci rezeki terletak pada sedekah.

Memang sedih sangat bila kehilangan rezeki. Tapi terpaksa redha. Ada hikmah yg tersembunyi di sebalik apa yg jadi. Allah tidak zalim pada hambaNya malah amat mengasihani hamba2Nya. Cuma kita yg selalu melakukan kesilapan. Maka belajarlah dari kesilapan itu supaya ia tidak berulang lagi. Apa yg berlaku biar lah berlalu. Redho dan pasrah. Sekurang-kurangnya hanya duit yg hilang bukan nyawa. Duit boleh di cari. Kumpul semula sedikit demi sesikit. Ganti balik apa yg telah hilang. Mungkin ini caranya Allah nak ajar aku supaya lebih berjimat cermat selepas ini. Aku berazam akan guna duit utk makan sahaja dan tak mahu lagi beli brg2 online. Aku janji pada diri sendiri utk berjimat cermat dan hanya beli brg keperluan sahaja. Janji juga utk tidak lagi beli brg online dgn penipu. 

Semoga ada rezki yg lebih baik menggantikan rezki yg hilang pd kali ini. Berazam utk banyakkan bersedekah. Mungkin ini caranya penyucian harta utk aku. 

T_T

Dari hati yg kecewa