Tuesday, August 7, 2018

Spring in Korea

P/s: AWAS! BANYAK TYPO KAHKAHKAH 😂😂

Alhamdulillah... Akhirnya! Berjaya jugak aku upload gambar2 ketika cuti2 korea bulan 3 dan 4 2018 yang lalu. Rupanya nak kena alihlan file ke internal storage dulu dulu boleh upload. Hohoho. Tak banyak gambar nk nk share sb da banyak share kt FB. Sini sekadar tempat utk aku simpan memori.

Pehh lama giler x update blog. Serius tahap kemalasan aku melampaui tahap dewa. 

So, ringkasan itinerary aku aepanjang 7h6m di Korea adalah seperti berikut:

28 march 2018 - depart from kua - kul at 8.00 pm. Touchdown KLIA at 8.30 pm. Gituewww. Naik flught kaww dari kuantan. Dah ala2 datin wannabe gitu.

29 march - check in KLIA2 at 4.30 am. Flight at 0700. Flight was on time and fly smoothly. Thank you captain!

3.00 pm touch down Incheon international airport, seoul korea. Oh ya lupa nak cerita,masa hala pergi ni kitorang satu flight dengan pelakon nazim othman tu wehhh. Dia duduk seat 3 row ke depan. Gilerr ah. Dpt jumpa retisss wehhh hahaha. Nak ambik gambo tp maluuu huhuhu. Sampai airport setel semua urusan immigration, kitorang pon keluar. Aku n ina pegi carik simkad for internet. Last2 aku sewa portable wifi yg sgt berpatutan. Lebih kurang krw3000 mcm tu la sehari compare tu maxis punya roaming internet rm48 hengget sehari.

So settle semua kita gerak ke tempat penginapan pertama... Naik bas be Myeong Dong. Kitorang stay 1.malam je j
Kt kpop myeong dong. Sejukkk gilerr okeh. Macam kt Cameron pd waktu malam.

Day 2

Pepagi buta dah check out sebab kitorang nak gerak ke busan. Naik train to busan la.kitewww.  Lebih kurang 2 jam setengah jugak la dari Seoul ke Busan. Xde pown zombie. Sekor pon x jumpa. Kitorang je yg bertukar jd zombie sebab x cukup tido kahkahkah. Menarik jugak Busan ni rupanya. Memang x  bosan stay kt Busan. Kitorang pergi Gamcheon Culture Village. Lepas tu pegi makan kt pasar dia, Jagalchi Market. Kitorang makan King Crab n nasik goreng. Halalalan toyyiba .. dont worry. Setel makan, kitorang pon peti check in kt hostel. Lepas tu krohhh krohhh tido. Malam baru keluar balik. Giler sejukkk rupanya kat Busan wpon spring. 

Malam kitorang pegi Busan International Film Festival. So, dinner kitorang ialah street food. Seafood of course.. n kuih2 yg diyakini halal. Makan sotong bakar dgn kuah pedas... Dia punya pedasss ya ampunnnn! Bikin air mata gue menitis lohh 😂

Day 3

Hari ke tiga kitorang naik bas mcm bas yg kt kl hop on hop off tu. Best gilerrr. Misi mencari sakura. Kata spring kannn. Pergi Heundae n Gwanggali beach. Tapi kesian kt along. Da la lutut sakit lps tu terpaksa ikut kitorang jalan kaki mencari sakura. Punya jauh gilerrr jalan kaki. Hahahaha giler btol. Nasib baik jumpa jgk akhirnya. Dan nasib baik jugak kitorang sempat naik bas terakhir utk balik semula ke Busan station. Lepas tu naik train utk kembali ke Seoul. Train pukul 7.15 malam. Sampai seoul dalam pukul 9.30 mcm tu. Sampai jer, beli makanan dulu lps tu terus ke air bnb yg sudah di tempah. Sampai2 terus rehat, mandi, makan, solat n tidooo. 

Day 4


Inilah day 4 aku.... Kitorang ke Gyeongbukgung palace. Jalan kaki jer dari rumah. Cuaca sejukkkk so mmg best sgt menikmati udara segar korea 😂. Dari pagi sampai tgh hari pusing2 dalam istana, ambik gambor semua. Kawasan sangat luas n cantikkk n ramai org. Almaklumlah hari ahad kan... Ramai rakyat msia kt sini bercuti2 malaysia. Aku x pakai pon hanbok. Jimat duit kahkahkah. Lunch kitorang makan kt Insadong. Dekat je dgn palace ni. Lps tu shopping shopping di sana. Syurga beli belah btol. Duit je x syurga huhuhuuu. Malam kitorang pergi Dongdaemun Plaza shopping baju. 

 Ini gambar sakura kat busan ya kawan2...

Ini dalam gyeongbukgung palace. Jadi model kejap hahahaha.

Day 5

Seterusnya mari lah kita ke Nami Island. Bagi aku nami island ni biasa2 aje. Yeyapi sgt Popular di kalangan rakyat malaysia. Mana2 boleh jumpa rakyat jelata kat sini. Insya allah next time kalo dtg sini aku nk naik zip line x mo naik feri 😁

Ini di Pulau Nami. Ada restoran halal di sini. Best naik basikal sambil menikmati udara segarrr. Tapi tak ada sakura di sini hehehe. Train kitorang pukul 2.30 tp malangnya kitorang sampai ke station train dah terlepas... Huhuhuuuu... Apa lagi, naik train angkut2 lah... Sepatutnya train direct ke seoul tp terpaksa naik train 2,3 statiln tukar train lain hahaha. Nasib lahhh. 1 jam lebih jgk berdiri. Nasib baik fefefeling pelancong menikmati keindahan korea so apadehal setakat berdiri 1 jam jer. Ina siap tido sambil berdiri lagi hahaha.

 Sampai je je ke seoul, kita tunaikan craving ina dulu. Sotong pedasss. Pedass tp sedap gilerr. Last sekali dia akan serve nasik goreng dgn seaweed. Seriuss sedap. Kalo korang datang korea sila jangan lepaskan peluang utk cuba ni. Kalau x silap stesen selepas dongdaemun kot. Entah. Aku follow jer kahkahkah 😂 setel makan kitorang terus ke myeongsong utk shoppingggg time. Beli henbeg utk mama kt sini. Beli moisturizer innessfree. Xde la byk sgt shopping sb da shopping masa first day kt sini, dah shopping kt insadong, lps tu plan esok nak shopping kat nandaemun market. Tp dlm tak shopping byk tu habis jgk 100k kot kahkahkah. Shopping stokin la paling heaven. Murah murahhh.

Day 6

Ini adalah hari di mana aku kena pulun jalan hanis habisan sebab esok dah nak balik malaysia. Tapi tetappp esoknya sempat lagi pegi nandaemun sekali lagi hahahaa. So pepagi hari day 6 ni kitorang ke nandaemun. Pegi bertiga je sb along x mo ikut. Shopping bagai nak rak wehh. Best btol. Beli kerongsang, tshirt, souvenir, sudu sudu gerefu, sepit kuku, beg makeup, dll. Heaven. Tapi hutang dgn along 150krw kahkahkahhhhh. Sampai tahun depan la baru habis bayar 😅. Setel shopping tgh hari, balik rumah hantar hantar barang. Lepas solat solat jamak terus zasss keluar balik dengan ina je berdua sb bard dah x larat nak follow 😂


Ni kedai kerongsang dalam nandaemun market. Rambang mata nak pilih. Price range dari 1000krw-entah la aku x tanya pownn hahaha.


Lepas keluar balik tu kitorang ke itaewon dulu utk lunch di eid restaurant. Katanya anak lelaki dia bukak kedai di msia. Yg kt korea ni ayah dia punya. Staff semua melayu. Mungkin student kot. Owner restoren ni mualaf. Aku pilih ayam, ina daging. Tp serius sedap ooo daging dia. Ayam pon sedap. Lps kenyang, kitorang pegi lawat masjid itaewon. Seterusnya nak pegi namsan tower. Sila siapkan stamina ya kalo nk pegi itaewon ni. Bukit dia tinggii bangat. Semputttt. Nasib baik cuaca sejuk je. Di sebabkan mmg nk pulun travel so banyak jgk tempat kitorang cover dari ptg sampai malam. 

 Masjid itaewon. Ni jalan masuk dia. Masjid dia bila dah masuk tu boleh tgk di di google. Malas nk carik gambo hahaha.


Seterusnya... Namsan tower. Di sebabkan kasut aku menyebabkan kaki aku sakit gilerr so kita naik kabel car je la ke atas. Best tgk pemandangan seoul dari atas ni. Biasa tgk dlm drama korea je. Ni dpt tgk sendiri depan mata. The feeling is very priceless 😍 seterusnya turun tu kitorang naik tren ke sungai han atau nama nama popularnya han river. Lepak n makan kebab kat sini. Tengok org buat show. Ramai sangat rakyat korea lepak sini. Mcm Mcm piknik tepi sungai gitueww.

This is the river. Han River. Lama jgk lepak sini sampai la tetiba je hujan turun. Da la xde payung. Apa lagi! Lariiiii. Alang2 terus lari ke stesen train n terus ke Cheonggyecheon stream di tgh2 bandar ada sungai wehhh. Cantikkk... Air sejukk...




Ni gambar otw nak balik rumah lepas pergi sungai tu. Jalan kaki je balik rumah sb dekat jer. Fefeeling drama korea kejap hahaha. 

Nah saya belanja pic kt Namsan Tower. Harap2 satu hari nnt boleh bawak encik suami dtg sini insya allah...

Day 7

Buat kerja giler pagi ni pukul 10 boleh plop pegi nandaemun market semata2 sb nk beli kerepek nk bwk balik malaysia. Pukul 12 sampai rumah pukul 12.30 teksi sampai utk ke airport... Hahaha. Alhamdulillah semuanya sempat. Tp pakcik driver tu ngantuk. Bahaya gilerrr. Nasib baik selamat semuanya... Kami naik naik flight pukul 4.30 ptg. Pukul 10.30 mlm touch down... Alhamdulillah... Semoga ketemu lagi di Misi Autumn nanti insya allah...


Selamat tinggal bumi Korea... Eh ni kt klia2 ke incheon eh? hahahahah