Wednesday, June 26, 2013

Marilah Bekerja

Hmmm.. Dah 2 minggu para team Engineer keluar site. Sunyi opis. Diorang ada perbincangan dengan JKR setiap daerah. Syok jugak dapat keluar dari opis. Aku n Kak Ida hari2 ada kt opis. Start Isnin aritu aku start puasa ganti. 3 hari je pon tu pon da nak dekat masuk Ramadhan baru nak ganti huhuhu. Tak pe, yang penting sempat ganti n aku tak perlu bayar fidyah. Kalau ikutkan sebenanrnya da lama habis ganti, tapi sebab aku habiskan puasa nazar dulu. Tu pon wajib juga nak buat huhuhu. 

Rasa macam nak beli novel Teduhan Kasih. Tekak rasa macam nak makan mi kari. Biasalah tekak orang puasa semua benda nak makan. Oh ya, Sabtu ni ada Annual Dinner (x patut bagi nama annual dinner sb lepas 5 tahun aku keje n skrg da benti pon baru nk buat dinner hahaha) kumpulan PFAS. Opis lama aku. Hehe untung kan, da benti pon dapat gi dinner sebab laki aku kan ada kat sana lagi. Walaupon laki aku bukan staff sana pon, dia staff gomen tp da hari2 dia duk sana n buat keje kt sana, so of kos la dia di kira sbg staff juga. Siap dapat stay satu malam lagi kat hotel. Syoknyaaaa.... Malam tu dinner, pastu terus stay kt hotel. Tapi sebelum tu kena balik amik Sharhan dulu kt rumah mama. Tinggal dulu kejap sebab kalau bawak kompom x dapek nak makan dengan tenang huhuhu. Malam tu baru amik n bawak tido sama-sama kat hotel. 3 tahun lepas stay sana masa aku tgh pregnant, kali ni bawak sharhan sekali. Aku pon da siap pinjam jubah adik aku si Ateh. hehe aritu mmg konon nak beli, pastu mcm rugi la plop sb pakai pon sekali jer baik aku pinjam dengan kos pos di tanggung oleh ateh hehehe tp aku cakap nk blanja sushi king....

Sabtu lepas siap keluar lagi pergi beli kasut, tali pinggang, tudung. Tapi nyesal plop beli tudung sb last2 aku x pakai kot pashmina tu sb besar bangat i don like! hehehe....Giler aku gi guna duik reserve hujun gbulan yg tinggal x seberapa tu. umpama mencurahkan air di tempayan huuuu... Bulan ni lambat plop gaji. Maybe 1 hb... sb big bos lambat sign cek.. huuuu cepat la pakai sistem.... boleh la gaji on time... huuu seb bek laki aku dah gaji semalam lega la sikit hehehe. Tambah plop aku puasa 3 hari ni jimat la duit makan...

Hmmm teringin nya nk makan mi kari, secret recipe, sushi king... oh tekak ku! Bila perut naik, badan naik mula la bising huhuhu...

Oh gaji, cepat la kau masuk.... :)








Tuesday, June 11, 2013

Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27

Interview aku pada 6hb June 2013 yang lalu. Aku memang da siap ambik cuti awal-awal dah dengan alasan banyak urusan yang nak di selesaikan wakaka. Gila ko! Aku belum sampai sebulan lagi kerja kat opis baru takkan nak bitau bos aku pegi attend interview kot?Kena la jaga ahti bos sikit kikikiki.

Seawal jam 9 pagi aku sampai. Kat surat memang tulis kul 9 tu aku datang pon kul 9 hahaha. Sampai2 je kat pusat temuduga spa di mahkota square, Kuantan (perlu ke perkataaan kuantan tu aku nk letak capital letter kat depan? huhu) orang mmg ramai bangat la duk menunggu giliran. Aku yg baru sampai ni tercangak bangak la x tau nk wat apa. Dengan bakat keramahan aku neh aku pon tanya la kat akak yg dah duduk kat situ nk kena buat apa. Dia pon bitau kena bg kertas panggilan tu kat urusetia pendaftaran. Pehhh ramai gila rupanya kebanyakan baru nk tunggu nama di panggil utk semak dokumen? aiyakkk! Tapi yang ramai sgt tu kebanyakannya mmg da sedia ada pekerja kerajaan berjawatan N17. Siap pakai name tag bagai pehhh x hengat. Memang kerdillah aku yg dr kerja swasta ni nk join ivw kan huhuhu. Tapi aku siap sms member aku sorang yg memang N27 sorang lagi L29. Dua2 pon keje dah 4 tahun dengan gomen gaji baru 2.1k n 2.3k.. Aiyakkk! Lagi rendah dari gaji aku skrg huuuu. Siap member aku bitau dia menyesal masukgomen padahal masa dia keje swasta aritu baru setahun kerja dah 2.5k.... Terus akurasa mcm nak balik x mo pegi ivw. Tp memandangkan laki aku suh gak aku pegi ivw ni ok fine lah... Saya pegi jugak.

Akhirnya setelah lama menanti dan menunggu, nama aku pon di panggil utk semak dokumen. Ok semua da lengkap baru la dpt no giliran. Masa tu baru pukul 10 kalo x silap. Aku plop dpt bilik C pehh mmg lama sorang-sorang nk keluar dr bilik tu. Kalo bilik lain dah 2 org, dia sorang x habis2 lg gilerrrr. Last2 kul 1.50 lebih kurang turn aku. Seb bek panel x keluar lunch. Masuk2 lepas perkenalkan diri panel pon tanya kelulusan awk ni bagus, awk x rasa rugi ke apply keje ni? pastu aku ckp la aku nk rasa pengalaman keje ngan gomen. Tp dorang dpt baca body gesture aku. Siap blh ckp plop dr body gesture awk ni pon saya tahu awk x kesah pon kalo x dpt n awk mmg x nak. Aiyak! manyak terer la itu panel. Dia tanya aku selain ivw ni apa lg yg aku pnah apply. Aku pon gi bitau aku pnah apply PTD siap sampai ke level interview. Terussss! diorang up level ivw aku x mo level ive PPT nk level PTD mampussss! Siap bg aku soalan bonus kalo aku dpt jwb diorang kn bg sokongan utk nama aku utk jawatan PPT tu. Tapi aku x berjaya jwb soalan bonus dia. Soalannya ialah, kenapa kami perlu sokong awk utk jawatan ini? pehh! pastu aku jwb sb aku nk bg sumbangan kepada negara dan kerajaan. Pastu dia ckp ada 2 benda lg selain tu. Tp aku x dpt nk relate. Terus dorang cakap, ok awk nk jugak lalu jalan berliku kan? pehhh statement. kecut perut aku haha. Pastu dia tanya soalan wajib iaitu nama dan salutation penuh utk ketua negara malaysia dan ketua kerajaan malaysia. Yg ni aku blh jwb. sempat google sblm masuk bilik td. Pastu pasal jumlah kerusi parlimen dan 2 jenis dewan dalam tu. Yg tu pon aku blh jwb sb da google hahaha (asal calon keluar je dr bilik C aku terus tangkap tanya soalan hahaha)

Lepas tu dia tanya pendapat pasal brim. Aku pon bg la pendapat aku which aku rasa kurang praktikal sb ia adalah one off contribution n perlu tgk dr 2 aspek which is yg betul2 memerlukan dan yang x seberapa. Tp pendapat saya lebih baik wang berbilion utk brim itu di gunakan utk mengurangkan harga brg lain cthnya gula. Pastu panel tu bg hint. x kan kurangkan harga gula je kot nnt ramai rakyat malaysia yg hidap kencing manis sb byk minum air gula. aku pon jwb lah, ehhh rakyat malaysia ada kesedaran kesihatan yang tinggi wakaka. Pastu dia tanya lg x kan turun gula je? aku sbnrnya da terfikir jawapan ni tp x berani nk ckp. pastu dia bg hint, brg apa kalo dia turun smua brg akn ikut turun. Aku pon jawab "Minyak?". Terus dorang berdua sembang pasal harga minyak diesel naik. da la panel tu pakai kete yg pakai diesel siap cerita dulu harga myk 90sen je. dalam hati aku, ehh kemain rancak plop panel ni berborak. Aku ke dia yg interview neh? hahaha.

Pastu tiba2 diorang kaitkan dgn soalan bonus yg awal td apa kaitan lg 2 yg aku x dpt jwb tu? siap bg hint alif ba ta lagi. hadoihhhh. Last2 dorang give up sb aku x dpt jwb. Diorang pon cakap la agama, bangsa dan negara... oooo aku pon ckp la kt dorang, dulu masa ivw ptd pon aku pnah jawab nk menyumbang utk agama, bangsa dan negara pastu panel tu bidas saya dia tanya kerja skrg x boleh sumbang utk agama bangsa dan negara kew? Pastu panel aku tu pon cakap patut awk kena la tegakkan hujah awak. Yg lawak panel sorang tu siap tahu aku aries sb bday dia 2 hari sblm aku. Pastu dia ckp la dulu dia pon mcm aku la jwb ivt ptd. malu2 kucing x konfiden. 4 kali dia gagal ivw sdgkan aku br sekali huhu. Oh ya siap tanya aku apa soalan yg aku x dpt jwb masa ivw ptd dulu. adehhh lawak betol la panel2 neh tp best. Diorang bg aku tips utk jwb ivw ptd. cara duduk, gesture , pandangan mata, gerakan tangan semua dia bitau. bagus gak eyh. blh aku apply nanti huhuhu. Tp aku blm terasa nk tukar kerja pon sbnrnya sb aku kan baru je dpt better offer. Tp kalo ada panggilan ivw aku pegi je. cth mcm ivw N27 ni la. at least aku dpt ilmu wpon sbnrnya aku x nk pon jawatan tu hehehe....

Good luck utk semua yg pegi ivw. Kalau dah tertulis rezeki kita, mcm mana cara pon insya allah pasti milik kita...

:)