Monday, December 25, 2023

Dinner 10 Years Anniversary

 







Alhamdulillah... Malam penghargaan sempena 10 tahun syarikat beroperasi dan 10 tahun jugak lah dah kerja di sini. Alhamdulillah untuk segala rezeki yang Allah kurniakan. Walaupun ada je kawan kawan yang offer kerja kat kl dengan gaji 7k 8k tapi aku terpaksa tolak sebab komitmen pada keluarga di sini. Biar lah gaji kecik pun asalkan dekat dengan suami dan anak anak. Aku tak sanggup nak pjj... Kat kuantan pun banyak je syarikat yang boleh offer gaji tinggi, cuma aku je yg tak cari... Bak kata bos baru aku lah... Ada je kat kuantan ni... Memang aku yg tak cari... Ekekeke

Alhamdulillah... Dapat gelang emas dan kristal plaq sebagai token penghargaan untuk 10 tahun perkhidmatan... Pen Allain dellon tu pulak hadiah doorgift untuk semua staff dan tetamu... dan yang bestnya, kali ini nombor aku bertuah wehhh dapat cabutan lucky draw wehhh... Patutnya aku dapat dapur elektrik. Tapi aku tukar dengan faezah... Dia dpt blender tangan ni. Aku lagi suka blender ni walaupun murah dari dapur letrik ah lantak hehehe.

Seronok sangat dinner ni. Sangat happening dan berjalan lancar. Nasib baik aku join jugak sewa baju bling bling kalau x, konpom kena komplen dengan bos sebab tak ikut tema red carpet. Siap upah MUA untuk mekap. Kelako dorang x cam aku sebab mekap lain sangat jadi muka. MUA ada org sponsor bayar hehehe... 

10 tahun lagi lah baru ada dinner besar macam ni lagi. Semoga semuanya masih dipanjangkan umur untuk berkumpul sekali lagi. Masa tu tua tua dah semuanya entah larat ke tak entah nak jalan 😂😂


Kuciwa

Jumaat lepas 22 december 2023 Alhamdulilah gaji dah masuk awal. Tapi agak kecewa sebab ingatkan dapat la bonus 2 bulan. Tapi dapat sebulan aje. Sedihhh... Padahal aku dah tahu sebulan sebab HR dah inform bulan 6 aritu lagi dah... Sebab special increment tinggi jadi dia tarik kat bonus. Tapi biasalah kan in denial mode. Nak jugak berharap 2 bulan seperti tahun2 sebelum ini. Dan akhirnya hampa. 

Tapi apa yang aku plan memang tak berjaya lah... Aku target 2 bulan sebab 1 bulan tu memang khas untuk aku bayar hutang cc. Sebulan lagi untuk benda2 lain. Hmmm... Tapi aku tetap bayar hutang cc aku cuma xde duit extra lah. Memang lah ada yang suruh bayar separuh aje. Tapi aku yang tak sanggup nak pikul beban hutang... Tak la banyak sangat, 4k jer. Tapi kalau aku keep bayar sikit sikit lama lama makin naik hutang tu. Jadi better lah aku bayar je habis. At least aku dah tak ada hutang cc. Tinggal hutang beli ipad je lah akan habis bulan 3 nanti... Aku ambik installment 119 x 12 bulan. Tinggal 3 bulan je lagi. Lepas tu setel dah hutang cc aku selain yang 70 sebulan sebab aku keluarkan cash aritu. Yang tu tak apalah sebab 70 je. Rasanya lepas bulan 3 baru aku lega dengan cc. Target untuk isi minyak sahaja at least rm300 sebulan. Tapi tak tahu la tu. Kita hanya mampu merancang. Minggu ni dah la nak servis myvi. Arap2 jangan la sampai 600 sebab dah 2 tahun tak servis kat perodua. Kali ni bawak ke perodua supaya dorang boleh check dengan lebih teliti minyak apa atau part apa yg tak cukup.

Nak shopping pun tak ada mood. Dah la next gaji lambat lagi. Aku cuba bertahan supaya tak beli apa apa. Tapi makanan dorang ni nak tak nak kena la beli. Tahun depan setahun lagi kontrak astro, digi dan maxis. Lepas tu aku ingat nak guna prepaid je lah. Lagi jimat. Mulanya aku nak stop main kutu. Tapi bila pikir balik, main je lah. Kalau aku tak main kutu, 100 aku tetap tak tahu pergi mana. Tunggu 5 january nanti aku nak keluarkan dividen asb dan batalkan asb financing. Aku nak cuba untuk simpan sendiri at least RM300 sebulan pun jadi lah. Aku nak simpan RM500 tapi rasanya susah sebab aku banyak komitmen. Insurans aje pun dah 615 sebulan. Tu pun aku tak daftar sspn anak anak aku lagi ni. Tapi aku masih dilema nak simpan asbf lagi ke atau saving sendiri? Aku risau aku korek habis je nanti kalau saving sendiri. 

Kesian kat anak anak sebab kononnya aku nak bawak dorang pergi kl bulan 1 nanti. Nampaknya tak boleh lagi lah. Insya Allah lepas raya nanti lah. Semua perancangan ibu tersasar nampaknya. Nak beli subang emas pun tak jadi. Tak apalah. Bukan penting sangat pun subang tu. Nanti ada duit boleh la beli walaupun masa tu emas mahal tapi kalau rasa nak beli, beli aje. Aku nak cuba simpan emas kat public gold lepas ni. Pejam mata je lah beli 100 sebulan. At least nampak lah duit aku pergi mana. Rugi jugak tak konsisten simpan. Aku bukak akaun PG tahun 2021. Masa tu emas masih murah compare sekarang. Last aku beli rm100 dapat 0.38g emas. Tapi hari ni rm100 cuma dapat 0.2g lebih je... Insya Allah aku akan cuba konsisten. Aku target nak bersara umur 50 insya Allah kalau panjang umur. Tapi tengok pada komitmen hutang jugak lah. Kalau umur 50 hutang tak setel lagi, memang kena postponed la pencen. Allahu, tua dah nak kerja... Entah apa la cabaran kerja untuk org tua nanti masa tu selain sakit lutut sebab turun naik tangga 🤣🤣

Ya Allah, berilah rezeki yang melimpah ruah kepada kami suami isteri... Jadikanlah anak anak kami anak anak yang beriman dan berjaya di dunia dan di akhirat.