Monday, December 25, 2023

Dinner 10 Years Anniversary

 







Alhamdulillah... Malam penghargaan sempena 10 tahun syarikat beroperasi dan 10 tahun jugak lah dah kerja di sini. Alhamdulillah untuk segala rezeki yang Allah kurniakan. Walaupun ada je kawan kawan yang offer kerja kat kl dengan gaji 7k 8k tapi aku terpaksa tolak sebab komitmen pada keluarga di sini. Biar lah gaji kecik pun asalkan dekat dengan suami dan anak anak. Aku tak sanggup nak pjj... Kat kuantan pun banyak je syarikat yang boleh offer gaji tinggi, cuma aku je yg tak cari... Bak kata bos baru aku lah... Ada je kat kuantan ni... Memang aku yg tak cari... Ekekeke

Alhamdulillah... Dapat gelang emas dan kristal plaq sebagai token penghargaan untuk 10 tahun perkhidmatan... Pen Allain dellon tu pulak hadiah doorgift untuk semua staff dan tetamu... dan yang bestnya, kali ini nombor aku bertuah wehhh dapat cabutan lucky draw wehhh... Patutnya aku dapat dapur elektrik. Tapi aku tukar dengan faezah... Dia dpt blender tangan ni. Aku lagi suka blender ni walaupun murah dari dapur letrik ah lantak hehehe.

Seronok sangat dinner ni. Sangat happening dan berjalan lancar. Nasib baik aku join jugak sewa baju bling bling kalau x, konpom kena komplen dengan bos sebab tak ikut tema red carpet. Siap upah MUA untuk mekap. Kelako dorang x cam aku sebab mekap lain sangat jadi muka. MUA ada org sponsor bayar hehehe... 

10 tahun lagi lah baru ada dinner besar macam ni lagi. Semoga semuanya masih dipanjangkan umur untuk berkumpul sekali lagi. Masa tu tua tua dah semuanya entah larat ke tak entah nak jalan 😂😂


No comments:

Post a Comment