Monday, March 11, 2024

Operation Meeting 2024

Selamat menyambut bulan Ramadhan semua....

Best sangat2 operation meeting kali ni. Buat kat Residence Inn Cherating... Tempat dia best. Hotel selesa. Nasib baik la aku dapat bilik 2 org dgn puan ayu. Kalau dia xde, mesti aku duduk bilik 4 org kot. Entah lah. Sebab tempatnya jauh jgk lah dari hq, jadi khamis dah boleh check in. Meeting start Jumaat. Tapi jadual memang padat la seawal 7.00 pagi breakfast, 8.00 pagi da start sampai pukul 4.30 ptg. Pukul 5.00 sambung dengan aktiviti sukaneka. Kelakar giler aktiviti radio buruk. Lawak betol la dorang. Sakit perut aku gelak sakan. Malam pukul 8.30 ada dinner tema hawaii. Cuma yang bestnya sebab aku duduk meja vip dengan pn ayu so x perlu beratur ambik makanan. Dah la aku memang lapar gile2 punya lapar. Persembahan malam tu pun kelako betol la budak2 level aku pon masuk air belaka.

Sabtu seawal 7.00 pagi dah berkumpul untuk aktiviti csr di pantai cherating. Jalan kaki dari hotel ke pantai. Dekat je tak sampai 10 minit pun jalan kaki. Tak ada sampah sangat pun. Pantai bersih. Bergambar je lebih. Habis setel kat pantai dalam pukul 8.30 dah jalan kaki balik ke hotel untuk breakfast. Lepas tu dah aktiviti bebas. Sempat lagi aku terjun kolam dengan geng geng opis. Tapi tak lama sangat la. Pukul 10 dah naik mandi dan berkemas. Pukul 12 checkout.

Penat punya pasal terus bp aku naik kaww kaww. Dari hari sabtu pagi2 tu lagi dah aku dah boleh agak bp aku naik sebab kepala sakit gile macam nak meletop. Ingatkan x lama la sakitnya rupanya bawak sampai ke malam, sampai ke esok pagi nya. Dah x pasal kena pegi klinik sebab x boleh tahan dah nak tunggu klinik gomen isnin baru bukak (punya la nak jaga limit had klinik sampai rela pergi gomen i dont care. Kalau lebih nanti aku jugak yg kena bayar 😤) bacaan bp kali ni betul2 mencanak naiknya walaupon aku ambik amlodipine 10mg malam tu, dia punya sakit tu x kurang. Makan panadol baru la boleh tidur. Tu pon bangun pagi masih sakit lagi tapi being me kena la buat sihat, masak nasi lemak dulu pagi tu, tunggu safwan habis taekwondo dulu pukul 12.30 baru lah gerak ke klinik. Nasib baik cas nya cuma RM107 bukan RM1700. Lega sikit kepala aku 🤣🤣






No comments:

Post a Comment