Wednesday, May 16, 2012

Projek Sakit



KUCIWA! Ya! saya sangat kuciwa kerana pemaju perumahan di mana saya membeli rumah telah pun di senaraihitamkan dengan projek sakit. Adehhhh! Nak marah pon ada tapi terpaksa lah aku redha dengan ujian Allah kepada kami suami isteri. Menyesal pun dah tak guna sebab benda dah jadi. Cuma mengharapkan semoga ada keajaiban yang akan berlaku. 

Beli rumah ni tahun 2010. Kisahnya..... Mulanya nak beli rumah kat belakang Petronas Kempadang tu. Dah kompiden nak beli, siap dah bayar duit booking RM300. Tiba-tiba suami aku tukar fikiran sebab bos dia suruh carik rumah lagi murah. Bos dia nak bayarkan downpayment RM10k lah kononnya pada masa tu. So carik punya carik punya carik, jumpalah iklan rumah kat Taman Perwira neh.... Masa tu consultant dia ialah Nilai Harta Sdn Bhd. (Nilai harta pon dah gulung tikar). Kitorang pun pergilah tengok rumah tu. Masa tu semuanya very excellent. Rumah dah 70% siap. Diorang janji hujung tahun dah boleh masuk rumah. Masa tu baru tengah tahun. So kitorang ni pon kompiden lah rumah tu akan siap seperti yang di janjikan.... Kitorang memang cepat-cepat nak beli rumah sebab umur dah makin meningkat, pastu kalau boleh memang nak rumah sendiri. Kitorang pun kompidenlah beli... Booking masa tu RM500 sebab suami aku gomen. Tapi kitorang buat loan biasa, so booking jadi RM1000. So, bayar ajer lorrr... Lagi satu duit peguam RM5000, bayar ajer lorrrr, down payment RM10,000 (menyesal bayar downpayment).

Mula-mula janji hujung tahun 2010 siap, lepas tu janji tengah tahun 2011, lepas tu bulan mac 2012, last-last dah jadik projek sakit. TAK GUNA!!! 

Aku memang stress kalau cakap bab rumah ni. Mana lahkita nak tahu jadik macam ni kan. Semua orang pun taknak jadik macam ni. Tapi dah nak kena nak buat macam mana. Aku harap dapat at least stop bayar kat bank pun jadik lah.... huuuuuu... Nampaknya kena carik rumah sewa lain jugak nih... 2 tahun lagi tuan rumah dah nak ambik balik rumah.... Ujian Allah ini, pasti ada hikmah di sebaliknya..... Hmmmm.....

Cukup!


Thursday, May 3, 2012

Family Day kompeni....

Huhuhu..... Ia datang lagi.... aktiviti tahunan kompeni kitorang.... Sabtu ini bersempena cuti wesak sekaligus cuti HOL Pahang Isnin nanti. Sebenarnya kitorang tak adalah bersemangat sangat. Bos yang lebih-lebih bersemangat siap dia yg buat proposal semua and cadangan tempat sekali hohoho... Guess where tahun ini? CAMERON HIGLAND!!! LOL!!! kahkahkah!! kenapa ketawa? Sebab dah bosannnn.... 2 kali dah pergi.... Rasa macam tiap tahun pon aku pergi Cameron LOL! Tapi tak apa sebab... tahun ni big bos sangat pemurah.. I LOVE U LAHHH!!! Fully sponsored okehhhh! dapat RM200 sorang lagi untuk duit minyak n blanja. Sape yang menumpang kereta kawan-kawan pon tetap dapat RM200 sorang... So, pandai-pandai lah tong tong yer.... 

Mula-mula bos nak suh duduk apartment ramai-ramai. Ada ka patut??? Kang aku berkemban karang keluar bilik, tak pasal-pasal laki staff aku nampak??? Tak ke naya??? So, plan asal di tukar ke duduk hotel! YAHOOOO!!! Tapi bos tetap nak duduk apartmen. Lantak la... Yang penting kitorang selesa.. Duduk hotel gituewwww.. Dah la beliau bawak kawan baik bini beliau..... n of kos la kawan baik bini beliau tu bawak laki nya sekali.... Rasalah sendiri ketidak selesaan ada orang asing dalam rumah... Kecuali kalo diorang tu memang dah rapat sangat kowttttt.....

Aku kena rancang itinerary la pulop. Adehhhh... Apa jer lah yang menarik... MARDI, Bharat tea plantation. Strawbery Farm, Kea Farm, Taman bunga... itu je lah kot... Nasib baik kena rancang aktiviti pagi ajer... Lepas lunch sukati korang lah nak pergi mana. Adehhhh kena survey tempat makan pulop... Bos memang suka bagi kerja lebih kat i tauuuu....!!! 

Okeh, aku aim pasar malam jer nanti hahaha! Harap2 Sharhan dapat bertahan dengan kedinginan malam kat Cameron nanti... First time pergi sebelum kahwin, Second time pergi masa pregnant, Third time pergi dah bawak Sharhan.... hohoho! 

Sebenarnya walaupon dah gaji tapi bajet aku ciput ajer... Nasib baik dapat elaun dari kompeni boleh la wat beli t-shirt barang sehelai dua kuikuikui! Simpan duit untuk pergi Bukit Tinggi, Indonesia tahun depan.. Insya allah... tunggu airasia buat promosi RM0 tambang... kompom aku booking!!! HAHAHA

Okeh.... hari pon dah 6.30 petang... Mau balik rumah sudahhhh!!!! Nanti kita sambung lagi bila aku ada mood! wakaka!!

Habis!