Wednesday, May 16, 2012

Projek Sakit



KUCIWA! Ya! saya sangat kuciwa kerana pemaju perumahan di mana saya membeli rumah telah pun di senaraihitamkan dengan projek sakit. Adehhhh! Nak marah pon ada tapi terpaksa lah aku redha dengan ujian Allah kepada kami suami isteri. Menyesal pun dah tak guna sebab benda dah jadi. Cuma mengharapkan semoga ada keajaiban yang akan berlaku. 

Beli rumah ni tahun 2010. Kisahnya..... Mulanya nak beli rumah kat belakang Petronas Kempadang tu. Dah kompiden nak beli, siap dah bayar duit booking RM300. Tiba-tiba suami aku tukar fikiran sebab bos dia suruh carik rumah lagi murah. Bos dia nak bayarkan downpayment RM10k lah kononnya pada masa tu. So carik punya carik punya carik, jumpalah iklan rumah kat Taman Perwira neh.... Masa tu consultant dia ialah Nilai Harta Sdn Bhd. (Nilai harta pon dah gulung tikar). Kitorang pun pergilah tengok rumah tu. Masa tu semuanya very excellent. Rumah dah 70% siap. Diorang janji hujung tahun dah boleh masuk rumah. Masa tu baru tengah tahun. So kitorang ni pon kompiden lah rumah tu akan siap seperti yang di janjikan.... Kitorang memang cepat-cepat nak beli rumah sebab umur dah makin meningkat, pastu kalau boleh memang nak rumah sendiri. Kitorang pun kompidenlah beli... Booking masa tu RM500 sebab suami aku gomen. Tapi kitorang buat loan biasa, so booking jadi RM1000. So, bayar ajer lorrr... Lagi satu duit peguam RM5000, bayar ajer lorrrr, down payment RM10,000 (menyesal bayar downpayment).

Mula-mula janji hujung tahun 2010 siap, lepas tu janji tengah tahun 2011, lepas tu bulan mac 2012, last-last dah jadik projek sakit. TAK GUNA!!! 

Aku memang stress kalau cakap bab rumah ni. Mana lahkita nak tahu jadik macam ni kan. Semua orang pun taknak jadik macam ni. Tapi dah nak kena nak buat macam mana. Aku harap dapat at least stop bayar kat bank pun jadik lah.... huuuuuu... Nampaknya kena carik rumah sewa lain jugak nih... 2 tahun lagi tuan rumah dah nak ambik balik rumah.... Ujian Allah ini, pasti ada hikmah di sebaliknya..... Hmmmm.....

Cukup!


No comments:

Post a Comment