Friday, January 27, 2012

Langkawi..... Day 2 :)

Wow! Ambik masa bertahun untuk aku sambung part 2 punya sesi. Gila ah... Nanti hari ke tiga ambik masa berapa tahun pon aku x sure huhuhu. Biasalah... I've been very busy lately... Cehhh ayat tak hengat. Padahal bukan busy sangat pon tapi mood tak dek. Bukan setakat mood nak taip tapi mood untuk serba serbi pon memang tak dek... Apsal eyh? huhu...

Baiklah, mari kita masuk ke hari ke dua percutian kami di Langkawi Permata Kedah.... Hehe.. Pagi-pagi lagi bangun, mandikan sharhan, bersiap-siap, turun makan breakfast kat bawah pastu terus gerak gi cable car. Oh ya, sambal nasi lemak kat hotel tu memang superb! marvellous! Sehingga menjilat jari meme sedap... Hehe... Tapi aku tak makan banyak sangat sebab takut perut aku meragam. Tau je lah masa tu tetiba tengah datang bulan wakaka! Ok, abaikan.... Siap jer sarapan semua, dalam pukul 9.30 lebih jugak la baru gerak. Kena gerak awal sebab takut ramai  orang kang x pasal kena beratur panjang nak naik cable car tu. Alhamdulillah masa sampai tu orang belum ramai. Cuma ada pak pak arab dan minah arab serta delegasi dari india. Kemain smart lagi diorang berkot, bertie apa. Ada gak yang pandang-pandang aku, nak ngorat la tu. Bo layan la... hahaha.

Sebelum naik atas untuk ke stesen cable car tu kena amik gambor dulu. Dah siap ambik gambar baru naik tingkat atas. Orang tak ramai, terus boleh naik gondola nya. Kitorang naik dengan pasangan dari jerman (ceh kompiden jer aku diorang tu dari jerman hehe). Masa dah gerak naik atas tu, sharhan senyap jer. Gayat kot. Dia genggam tangan kemain lagi kuatnyer. Aku plop dah sampai separuh jalan dah menyesal pulop naik. Gila kecut perut naik benda alah tu. Naik roller coaster pon tak sekecut perut tu. Nak pandang bawah pon pehhh geli gila rasa kaki. Mula lah macam-macam benda aku pikir. Huhu... Tu yang makin takut tu.







Malas plop nak citer bila dah sampai atas tu. Pendek ceritanya memang kecut perut den. Anak aku siap boleh mainlari-lari pulop kat platform atas tu. Adehhhh..... Tak duduk lama pun kat atas. Sebab ada lagi tempat-tempat menarik yang nakpergi. Lebih-lebih lagi untuk SHOPPING!!! wakaka!

Habis jer tu kitorang pergi Beras Terbakar. Lepas tu pergi makan kat area Pantai Cenang. Ok, di nasihatkan kepada sesiapa yang nak pergi Langkawi, pergilah makan kat Beras Terbakar, murah kat situ. Kalo kat Pantai Cenang, tergezut monyet mak nyahhhh.... rege nya mak aih, melampau! huhu..... 




Lepas makan, suami pegi solat dulu. Lepas siap tu kitorang pun gerak ke Makam Mahsuri. Lama gak la kat situ siap tengok video Mahsuri lah apa. Cadang lepas tu terus nak gi Dataran Lang, tapi cuaca sangat panas x hengat, terus kensel. Kitorang pergi Haji Ismail Group dulu shopping-shopping apa yang patut. Esok sebelum balik baru pergi Dataran Lang hehehe.....

Malam tu makan malam kat Dataran Lang. Gerai tepi-tepi tu. Pehhh memang sedap Nasi Goreng Udang dia. Sharhan pon kemain selera makan. Namun anak aku mengamuk di pertengahan makan.... hukhukhuk.. Tak sempat aku nak habiskan air laici kang ku hukhukhuk T_T... X pe, next time kita datang lagi.

Balik hotel, letih dan kenyang membawa kepada kemengantukan yang teramat sangat huhuhu.... Apa lagi? Tido zzzzzz....

Sambungan hari ke tiga akan bersambung pada masa yang masih belum di ketahui wakaka!!

Habis....

Saturday, January 21, 2012

Langkawi..... =)

Alhamdulillah... Percutian kami berjalan lancar. Syukur pada Allah swt yang telah mempermudahkan perjalanan kami. Sabtu 14 January 2012 aku bangun seawal jam 4.30 pagi. Gila semangat kan? Tapi tidakkk... Sebenarnya ada perkara yang berlaku pada malam hari membawa ke pagi sampai aku sukar untuk melelapkan mata pada malam tersebut. Wakakaka! Aku terkunci beg baju besar and tak tahu nombor combination untuk bukak balik. Waduh waduh! gawat seh... Sebelum ni kunci tu tak pernah pun boleh di gunakan, sekali esok nak bertolak, arini boleh guna plop. Aku da gabra semacam dah. Mati la kalo suami aku tahu. Tak pasal aku kena marah kang huhuhu....  So, tidur aku malam tu memang langsung tak lena lah... Tu yang bangun pukul 4.30pagi tu, semata-mata nak setelkan pasal beg tersebut. Malam tu aku siap tarik benda papan pengunci dia konon boleh la kot bukak kalo buat mcm tu. Sekali kau, nan ado...

Kul 4.30 tu aku try tekan benda pembukak kunci tu sekuat hati, memang sampai sakit la jari aku. Nasib baik boleh keluarkan@bukak kunci tu. Selamat... Tetiba tanpa di sengajakan, entoh la guana aku leh terdail nombor combination tu ke angka 343 (kantoi semua org tahu no combination beg aku hahaha) lepas tu boleh bukak (boleh ditekan la kat punat pembuka kunci tu) Alhamdulillah.... Allah beri petunjuk kepada mereka yang sabar dan redha dengan ujianNya.... hehe... Memang tak sangka, tetiba jer boleh terdail ke nombor tu and then pap! bukak! =) Lega gila aku, kalau dop mapuh aku kena marah dengan en. suami huhuhu.... Lepas tu baru lah boleh bersiap dengan tenang...

Bajet pukul 5.00 dah siap-siap, kul 6 dah atas jalan... Sekalinya hamik.. kul 6.30 baru gi amik mama kat rumah. hehehe.. Maknanya dalam kul 7.00 gak la baru masuk LPT. Aku risau gak sebab kejar masa kan. Check in paling lewat aku leh sampai LCCT ialah pada pukul 1 ptg. Pukul 10.30 dah sampai rumah along. Suami aku cakap, kalo benti genting Sempah makan dulu pon sempat padahalnyer... wakakaka.... Kita kejar masa la yang. Biar lambat asal selamat....

Pukul 11.45 gerak ke LCCT. Sampai dalam pukul 12.15 ke 12.30 gitu lah. Pegi hantar beg cek kat kastam dulu, pastu g tempat baggage drop. Ada ke kakak aku bagi no kaunter untuk pergi Brunei, Myanmar, Laos... adehhh... Aku pon gi tanya kat security guard, dia pon bitau kaunter 45-brapa tah aku pon da lupa huhuhu.... So pergi lah menunggu giliran untuk drop beg. Gila lama.. Patutnya express kaunter. Ada plop mat salleh gi check in beg byk2 patutnya satu beg ajer... huhu... Anak aku masa nih dah kemain lagi pusing satu ruang legar. Sampai tak larat ayahnya nak kejar... huhuhu...




Lama gok la nak tunggu giliran sini. Penat aku berdiri. Lebih kurang kul 1 gak la baru sampai turn aku. Siap2 drop beg tu, dah boleh masuk bilik menunggu. Tunggu kapal terobang sampai hehehe...


Itu bukan kapal terobang yang kami naiki... hehehe... Jauh gak menapak nak boleh ke sampai kat tempat parking flight kitorang. 

Dalam pukul 3.15 sampai LGK. Ok la AA sekarang dah tak delay macam dulu. Flight pon on time. I LOIKE!

As what i told ya earlier... (ewah speakang pulop). Seperti yang pernah saya beritahu kepada anda sebelum ini (eceh formal la pulop) hehe.... Kan aku da bitau aritu aku malas nak buat itinerary sebab dah tahu dah kompom tak follow punya dan ia memang terbukti benar. Tapi tak apa. Yang penting hari pertama tu aku dapat makan pulut durian with santan fresh..... SEDAP BANGAT!!


Budak yang kepenatan bangat. Tido dalam kete sampai angkat masuk dalam hotel pun tak sedar. Bangun tidur sengeh-sengeh macam kerang busuk... Dalam flight kemain lagi ngamuk sakan... Rasanya 45 minit tu macam 4-5 jam. Tak sabar nak sampai destinasi. Gitu la kalo bawak anak kecik....

Aku memang dah tahu dah ada pasar malam pada hari Sabtu depan hotel kitorang sebab dah google siap-siap. Hohoho biasalah kan. Kenalah study. Siap aku study google map lagi x leh  blah betol!


Gila patriotik kan hotel kitorang.. huhuhu... Tapi not bad la hotel dia. Puas hati.



Membeli belah di pasar malam.


Sekian dulu cerita Langkawi aku. Wakaka! Anti klimaks betul kan? hehe... Tu je lah kisah hari pertama kitorang. Sampai-sampai, check in hotel, pergi pasar malam, dah tak keluar bilik dah. Layan TV jer lah. Tapi TV xde remote. Hampeh tol. Bila tanya kat Front Office, boleh plop "remote tidak di sediakan" CET!

Esoknya 15hb January 2012 baru lah kitorang jalan habis-habisan. Nanti aku taip pada entry lain. Nak menyiapkan yang ni pon da amik masa 2 hari wakaka!

Habis....


Friday, January 13, 2012

Hujan... Hujan... Dan terus hujan... T_T

Hujan itu rahmat, ya aku tahu itu... Saya cuma berharap hujan akan reda dan esok tak kan banjir. Esok adalah hari yang aku tunggu-tunggu.... Kami akan berangkat ke LGK esok flight pukul 2 ptg. Akan bertolak dari Kuantan pada pukul 6 pagi. Bajet sampai Bangi at least pukul 10.30 pagi. Huhu.. Kalau boleh aku tak mahu aksi kejar kapal terbang berlaku sepertimana yang selalu di lakukan oleh kakak dan adik aku. Kejar kapal terbang sokmo kejenya wakakaka. Tu lah check in lambat sangat.

Esok paling lewat pun untuk check in beg, segala bagai mestilah pukul 1 tengah hari. Anggaran dari Bangi ke LCCT Sepang ialah 1 jam (termasuk masa kecemasan). Permudahkanlah Ya Allah.. Semoga tiada aral melintang di pertengahan jalan. So, if sampai Bangi area 10.30, sempatlah rehat kejap setengah jam, pukul 11 bertolak ke LCCT insya allah dalam pukul 12 sampai. Tak adalah kelam kabut sangat. Tapi jika ditakdirkan pukul 11 baru sampai rumah along, 11.30 bertolak, insya allah pukul 12.30 sampai pon masih ok lagi. Huhuhu.... Permudahkanlah urusan kami Ya Allah. Risau gak ni. Suami aku insist nak bertolak pagi dari kuantan instead of tidur rumah along. Huuuu.... Kalau ye pon nak tido umah along, at least baju n semua brg2 perlulah di packing pada hari semalam... Tapi malangnya sampai ari ni pun masih belum packing. MAMPOS! Kompom tak sempat. Waduh waduh....

Hujan masih belum berhenti. Semalam jalan kat Darul Takwa tu dah naik air. Risaunya takut jalan kat area Gambang tu banjir. Kang kete x boleh lalu macam mana?? Mungkin kena patah balik lalu ikut jalan nak ke Sg Lembing tu, keluar ke LPT melalui tol Kuantan dengan kadar tol RM19.90 instead of Gambang RM16.90. If no choice, terpaksa lorrr.... Waaa!! Dah ambik masa dah kat situ nak patah balik segala huuuuu T_T

Di dalam hati aku sentiasa berdoa supaya tak banjir dan juga dipermudahkan segala urusan... Ya Allah permudahkanlah Ya Allah... (risau nehhh) T_T

Doakan juga untuk aku yer....

Habis....


Monday, January 9, 2012

Countdown lagi..... hehehe

5 hari jer lagi.... Horeayyyy! Sebenarnya sangat super excited. Berapa hari je lagi. Kemudian akan terbang ke awan biru, tiada yang mengganggu...... Hahaha =)

Tapi di sebalik keriangan itu masih terselit sedikit kedukaan... Eceh tu pon nak kira duka, padahal bukan apa sangat pown.... Cuma.... Along n ateh ada miting kat PD masa aku fly balik ke LCCT... uwaaaa....!!! Kenapakah???? ADEX memang kejam! Saje je pilih 16 hb nak buat miting padahal tarikh lain banyak lagi huuuuu..... Harap-harap mereka sempat pick up aku kat LCCT kalau dop pon, mintak tolong abang ipar aku lorrrr... Nanti bayar jer duit minyak.... huhuhu.... Tapi i takut nak susahkan u lah.... wakaka... Tetibe....

Setahun yang lalu aku kata nak buat entry tentang planning activity khennn... Rasanya dah setahun berlalu pon masih x up lagi entry tentang tu huhu... Ok, bersempena dengan countdown 5 hari ni aku akan senaraikan jadual aktiviti kami... Wahhh gituewww! Siap ada aturcara perjalanan majlis khennnn.... (gedik betul nyampah aku baca)

LANGKAWI ITINERARY


1st day

Tetiba aku malas nak tulis. Boleh dop? hampeh.... Tadi semangat nak taip apakah planning aktiviti aku. Pastu tetiba aku rasa macam x payah lah tulis. Last-last rasanya tak follow pon... Wakakaka... So, tunggu balik dari sana nanti baru aku up entry tentang aktiviti aku kat sana. Ok kan gitu...

Jangan mare.... Langkawi jer pon... Bukan Austrolia or Korea pon.. huuuu... Ikut kemampuan ajer....

Habis



Friday, January 6, 2012

Kenduri Sambut Menantu.... 31.12.2011

Dah lama aku nak masukkan entry kenduri sambut menantu ni. Tapi asyik tak de mood. Kalau perasan entry aku sebelum ni dah hilang... Sebab malas lah nak biar lama-lama kat dalam ni. Buat serabut. Wakakaka....

Majlis penyambutan kemenantuan adik aku di buat kat Dewan Orkid, Bukit Ekspo UPM. Ok di sebabkan nama tempatnya adalah dewan, aku membayangkan ia adalah sebuah dewan yang besar di lengkapi air-cond dan sebagainya.... Rupa-rupanya ia adalah sebuah dewan berbentuk open air. Kira majlis sambut menantu nih ala2 garden wedding gitu. Cuma meriah sikit la siap ada kompang dan silat. Jemputan macam tak berapa ramai. Mungkin setakat kenalan ajer kot. Sebab tengok meja tak ada lah banyak sangat. Yang penting kali ni kitorang pulak jadik tetamu hehehe. Di sebabkan jadi tetamu so, x banyak lah gambar yang aku snap sebab sebok jaga anak, makan, dan sebagainya....

Layankan.......



3 generasi... Nenek, Mama, Cucu nenek n anak mama, atehhhh.... :p Ateh, sila lengkapkan generasi ke 4 dari susur galur kita lepas ni wakakaka....







Garden wedding lah kiranya khennnn..... Open space gitu dewan dia. Boleh pulop kipas area keluarga perempuan rosak time tu. Diorang cakap, time test sebelumnya tu ok lagi, tetiba rosak plop bila kitorang sampai... Adehhhh.... Panas bangattttt.... huhu.. Nasib baik open air, so adalah jugak angin sepoi-sepoi bahasa...

Mak usu dan Mak usu... Dua-dua adik aku. Yang berbaju merah tu adik kandung, yang pakai tudung hijau tu, adik ipar... Yang budak lelaki berbaju merah tu, adik aku jugak...


Ayah sedara dua orang nih. Yang baju kuning tu Pak ijam... Sebaya dengan kakak aku along... Yang kurus tu adik bongsu mama. Kitorang panggil Pak Apis. Rasanya umur dia tahun ni 21 atau 22. Mungkin 22 kot. Tapi muda dari adik aku yang kawen tu la. So area mcm tu la. Huhu... Sebenarnya ada lagi sorang ayah sedara aku yang muda dari aku. Dia pakai baju belang-belang purple. Muda setahun dari aku. Yang tu baru kawen tahun lepas. Kitorang adik beradik ni ngada sikit. Mana-mana adik-adik mama yang muda pada kitorang, kitorang salam tak cium tangan pon.. wakakaka... Padahal BAPAK tu.... Segan la.. x pe kot... salam jugak khennnn... :p


Tak pernah jumpa tong sampah kewwww?? hua hua hua




Itu lah sahaja ceritanya. Balik tu pergi Putrajaya kejap. Singgah ambik gambar 4, 5 keping pastu balik hotel. Panas bangat, tak tahan lah... Duduk dalam air-cond lagi syok giteww... Malam tu plan nak pergi Icity Shah Alam, pastu last-last rancangan terpaksa di batalkan sebab malam tahun baru kan, kompom jalan jem n orang ramai. Last-last kitorang layan movie jer kat bilik. Cerita Aku Bukan Tomboy.... huhuhu....

Tak ada mood nak bercerita panjang. Next time kalau rajin aku nak citer pasal pergi Zoo Negara plop.... :) 

Habisss...