Wednesday, August 2, 2023

Genap 10 Tahun Sudah di sini

 Alhamdulillah… Sekejap je dah 10 tahun kerja kat ofis sekarang. Ada masa memang rasa macam nak cari kerja lain tapi kebanyakan masa memang nak kekal lah dengan azam untuk kerja sampai mati kahkahkah! Tak ada yang bosan pun, tiap hari ada je cabaran baru. Kena tegur, kena marah dengan bos tu lumrah lah kerja kat mana2 pun. Siapa suruh tak perform betul betul. Buat kerja betul betul, manage kerja betul betul. Alhamdulillah sempena tahun ke 10 ofis ni, company bersetuju untuk up increment sehingga **% compare to rate biasa 4-6%. Syukur sangat. Rugi siapa yang berhenti tu… tapi ye lah rezki masing masing kan. Terima kasih juga lah kalau tak sebab staf berhenti beramai ramai aku tak rasa kemungkinan ada salary increment sebanyak ini.

Insyaallah target aku untuk kerja 10 tahun lagi sekiranya panjang umur dan murah rezki. Aku tak rasa ada kompeni yang nak ambik Staff usia 40 ke atas huhuhu. Bertahan je lah dengan cabaran kerja. Cuma sayang sekali aku tak ada saving langsung sepanjang 10 tahun ni. RM50 pun aku tak mampu nak simpan sebulan. Bila aku kira balik sebenarnya terlalu banyak duit aku keluar untuk tanggung keluarga dari dulu sampai sekarang. Mungkin yg ada pun barang emas je la gelang cincin rantai hasil dari bonus. Lagi pun aku ni boleh tahan boros. Beli kat kedai rm2 pon boleh cecah patploh hengget sekali belanja. Aku kena menjadi lebih kedekut lagi hahaha. Tapi aku seronok bila dpt beli walaupun hanya di kedai eco ekekekekke.

Aku target tahun 2024 aku akan bebas hutang kad kredit. Sayang sangat tiap bulan bayar 500-600 untuk kad kredit sahaja. Belum masuk shoppee pay lagi tu pernah cecah 200. Boros sangat la aku ni. Aku berazam untuk bebas hutang kad kredit, ASB finance, shoppee pay by 2024. Kalau clear 3 benda ni aku akan ada extra sebanyak RM1k sebulan. Simpan tiap bulan at least RM1.5k darab 10 tahun masyuk juga tu. Tu pon kalau aku disiplin lah kahkahkah. Berangan itu kan percuma. Tambah RM500 nafkah dari suami lepas dia habis bayar loan kereta dalam 4 bulan lagi. Entah2 aku boleh simpan 2k sebulan. Insyaallah … semoga dipermudahkan. Aku x mau kerja dah. Aku nak tenang2 aje duduk rumah. Tapi in 10 years time lah. Kalau berjaya pencen awal lagi best. Sekarang pun badan aku dah sakit sakit apatah lagi 10 tahun dari sekarang hahaha. Nak kena exercise neh. Guana nak pegi Korea tiberrrr… pergi umrah lah dulu.

Remember your target. Must start saving from now! Kawal nafsu berbelanja! Kawal nafsu makan! Aku boleh!!!