Friday, September 30, 2011

Saya Sangat Mencemburui Kamu Semua.... T_T

Emosi lah pulop kali ni. Hmmm... Gitulah bila bukak FB kawan-kawan, semuanya (hampirlah) berjaya mencapai apa yang mereka ingini dalam hidup. Kerjaya yang bagus, kehidupan yang hebat..... Tetiba jer buat aku rasa cemburu sebab aku pun boleh jadi seperti mereka sebenarnya.... T_T sob sob....

Tapi aku sendiri yang pilih untuk menjadi seorang yang tidak berjaya dengan kerjaya yang hebat. Mungkin memang itu bukan takdir aku. Mungkin... Ya mungkin.... Sebenarnya memang jalan ini yang aku pilih. Dari awal lagi. Dari aku menjejak kaki ke Universiti. Aku tidak meletakkan cita-cita dalam fikiran aku. Aku cuma merasakan yang aku memang 'perlu' masuk Universiti. Pemilihan langkah pertama akupun sebenarnya kurang bijak. Sebenarnya sangat kurang bijak atau dalam bahasa kampung boleh kita katakan 'BODOH'. 

Tapi... Tak guna cakap apa-apa. Umur aku semakin bertambah. Peluang pun sudah hampir tertutup untuk aku membaiki kesilapan lalu. Banyak sebenarnya yang aku sesalkan.... Bidang yang aku ambik, dan hampir segala-galanya aku sesalkan tentang perjalanan hidup aku T_T. Aku masuk Universiti sebenarnya tanpa meletakkan apa-apa tujuan untuk masa depan. That was the biggest mistake i made T_T

Hmmm.... Sudah lah... sudah..... Dah dah dah..... Mungkin telah tertulis rezeki aku hanya di sini. Semua orang berbeza dan menghadapi untung nasib yang berbeza juga. Usah lah di sesalkan. Sekurang-kurangnya aku masih ada pekerjaan jika di bandingkan mereka yang masih bertungkus lumus mencari kerja. Kerja aku juga tidaklah terlalu membebankan otak, mental dan fizikal (aku harus bersyukur untuk itu).

Mungkin aku yang kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan pada aku. Mungkin kerana aku sering menyimpan rasa iri hati pada kejayaan orang lain.Ya... Sudah pasti. Itulah sebabnya aku menjadi emosi. Tetapi ada masa aku ingin menjadi seorang yang hebat seperti kamu semua. Tetapi sekarang aku punyai tanggungjawab lain yang mungkin lebih hebat dari tanggungjawab kamu. Akulah seorang isteri dan seorang ibu juga seorang wanita berkerja......

Aku tidak mahu lagi cemburu pada kamu kerana itu rezeki yang telah Allah tentukan buat kamu sebagai hambaNya yang berusaha. Aku juga mahu berusaha tetapi aku lebih utamakan suami dan anak-anak aku lebih dari ganjaran wang ringgit yang aku mampu dapat sekiranya aku berjaya seperti kamu. Allah lebih tahu apa yang terbaik buatku. Insya allah.... Aku juga akan berjaya seperti kamu nanti. Tapi mungkin bukan dalam bidang seperti yang kamu semua ceburi tetapi dalam bidang yang aku sendiri pilih dari dulu hingga kini.

Cukup

Thursday, September 29, 2011

Betol Ke Boleh Buat Duit Nih???

Hehe... lepas baca blog kawan aku yang dia dapat cek dari Nuffnang, terus aku daftar Nuffnang... Ye dop boleh dapat duit neh? Tunggu dan lihat jer lah... (Ces! Kalau entry sebulan sekali pon payoh, x yah harap lah nk dapat duit cik finie ooiiiii) ngeeeee :p X pe, aku akan rujuk ilmu tentang buat duit dengan blog ni pada yang pakar okeh... :D

Wednesday, September 28, 2011

Family Vacation

Alhamdulillah.... Semalam dah selesai bayar deposit untuk hotel dan kereta sewa di LGK nanti. RM340 untuk 3 hari 2 malam dengan kereta sewa (wira) kira ok la kan.... Bagi aku dah murah. Kalau nak hotel yang ada swimming pool kena tambah dalam RM100 lagi. Mulanya aku ingat nak gak amik hotel yang ada swimming pool, tapi bila fikir balik macam rugi lah pulak sebab RM100 tu boleh buat shopping tu.... hehe... Nak swimming, tunggu Sharhan besar sikit lagi kita gi bercuti kat hotel yang ada swimming pool eyh eyh.... Lagipon time ke LGK nanti memang KONFEM aku akan kedatangan bulan. Jadi of course la aku takkan terjun punya. Ko gila?? Kang x pasal aku kena kejar dengan ikan josh yg mungkin tetiba ada dalam swimming pool tu. Huuuu.... naya.....

Jadi sekarang flight dah confirm, hotel dah confirm, kereta sewa dah confirm... Tunggu masa jer. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Tak sabar nak bawak Sharhan dan Encik Suami jenjalan. Tak kesah la walaupon flight and hotel tu aku yang sponsor pun sebab aku yang beriya. Tapi kos perjalanan, makan minum, minyak semua, En. Suami sila tanggung yer.... Kalau saya jugak, lemak gaya! :p

Inilah dia. Kenderaan yang bakal kami tunggangi... Gila jakun dop? cessssss

Hotel yang bakal kami inapi. Ok lah. Walaupon cuma 2 star... Kena la dengan duit yang ko bayar. Kalu nak yang canggih 5 star, ongkos pon kena 5 star lorrrr......

Ok la. Not bad. Hopefully jambannya pon not bad lah.... huhuhu.... Lagipon untuk tido jer, so biasa2 jer pon x pe. Bukannya aku pergi bercuti untuk lepak-lepak dalam bilik jer kan...... Yang penting comfortable ok la.... Sesuai dengan tema 'Destinasi Bajet' hahaha :D

Ni dia punya restaurant. Kira ok la kan untuk hotel 2 star siap ada restaurant. Kalau dop, kena carik makan kat luar la gaya. Oh ya, setiap Sabtu ada pasar malam kat depan hotel ni. Hah! jimat dah dinner aku Sabtu nanti. HOHOHO.... (Banyak betol ayat "kira ok la" aku kan... Nampak sangat jakunnya. Cesss!)

Lepas ni aku akan buat entry tentang planning aktiviti. Dengan bawak anak kecik ni, aktiviti apalah sangat boleh buat kan. Jangan anak aku ngamuk2 sudehhhh.... huhu

Cukup

Monday, September 26, 2011

Hargai apa yang kita ada....

Aku jumpa blog ni dimana pun aku dah lupa....Doa Buat Alanna... Blog ini menyedarkan aku tentang sesuatu.... Tentang betapa kita seharusnya menghargai apa yang kita ada. Kerana sesungguhnya segala yang kita ada ini hanyalah pinjaman semata-mata...... Ibu dan ayah, adik beradik, suami, anak-anak..... malah diri kita sendiri juga hanyalah pinjaman dari Allah dan bila-bila masa Dia berhak mengambil kembali apa yang dipinjamkanNya.......

Tiap kali baca blog di atas, air mata aku pasti menitis. Dan pernah sampai satu tahap aku terasa seperti aku pernah mengenali Alanna, seperti aku biasa dengan Alanna.... Bila dengar lagi Alyah Kisah Hati, pasti aku akan ingat akan Alanna....  

Aku sayang bangat sama kamu Muhammad Sharhan Sufi.....

Cukup.... T_T

Monday, September 19, 2011

Operasi

Dulu masa aku post tentang berdirinya anak aku budak kecik tu berdiri macam belum kompiden. sekarang nih hambik...


Siap nak memanjat bagai hah....

Owh... sebenarnya aku nak cerita tentang operasi budak kecik ni memanjat meja... Lasak bebenor... dan bijak juga... Genetik ibunya lah tu.. hahaha...

Pertama kali berjaya panjat meja sampai atas. Bagus anak ibu! Kalau ayah nampak, meme kompom lah tak akan berjaya naik ke atas dah dihalang dulu oleh ayahnya... Ibu awak memang... saje je latih awak jadi lasak eyh? Anak lelaki tak apa.... :D

Berjaya sampai! horeayyy!! Masa ni dah sebok menggeledah macam-macam yang ada kat atas meja tu. Kemain lagi excited nya. Ibu gembira tengok anak ibu happy macam ni.. nge he he.. tapi ayah tak gembira sebab takut anaknya jatuh huhu...
Cuba membukak botol kerepek. Geram nak gigit jari-jari yang kecik tu.

Ewah ewah... sebab tak berjaya bukak habis diterbalikkannya botol-botol kerepek tu semua. Nak kena budak sharhan ni! Hehe... bertuah n bijak betol budak sharhan ni (nak marah anak macam mana pun, mesti gunakan perkataan yang baik-baik ye sebab setiap kata-kata ibu dan ayah tu adalah doa....)

Love u so much baby...

cukup

Saturday, September 10, 2011

Beraya di Perak dan Selangor...


Ni kira siri ke tiga lah ni selepas siri Beraya di Istana dan Beraya di Chini... Huhu... Pagi raya ke tiga dalam pukul 11 macam tu lah bertolak dari Chini dan singgah di rumah Kak Long dulu di Taman Seriku. Kak Long buat rumah terbuka pada raya ketiga tu. Singgah sekejap ajer lah sebab hari tu jugak nak bertolak ke Perak. Sampai rumah, kemas-kemas baju, packing-packing baju pastu Abg Long (Abg Long yang ini ialah adik aku, bukan suami kakak ipar aku iaitu kak long suami aku.. mcm berbelit jer aku punya explanation... lantaklah paham ke idok hahaha) sampai. Kitorang tinggal kereta kat rumah jer so Abg Long lah datang ambik kitorang kat rumah. Singgah umah Mama dulu. Mama pun tengah nak buat persiapan terakhir, kemas-kemas apa yang patut dulu. Dalam pukul 2 jugak la kitorang baru gerak. Rasanya bukan pukul 2, pukul 3 gitu lah....

Lepas tu singgah kejap kat RnR Temerloh. Tak sangka jumpa Faizah, suami dan anaknya kat sini. Aku terperasan pun sebab tengok suami dia macam kenal jer. Kenal kat fb je lah... Lepas tu saje je aku tunggu... Tengok-tengok nampak Faizah pulak.. Terus la tegur. Tak sangka jumpa kat situ huhu.... Berapa tahun dah tada jumpa.

Lebih kurang pukul 6 sampai Genting Sempah berhenti makan dulu kat sini. Kos makan kat sini kira sangatlah murah berbanding makan kat Petronas Bentong tu. 5 orang punya makan baru RM27 sedangkan masa kat Bentong tu, 3 orang makan jer dah RM31. Bankrup Gue!! Pukul 7 mulakan perjalanan semula. Sepanjang LPT tadi Abg Long yang drive. Lepas Genting Sempah my husband pulak yang drive (boleh lah aku duduk depan, selesa sikit hahahaha)

Kitorang lalu ikut jalan kepong, ikut jer sign board Kuala Selangor sampai jumpa Sg Besar dan Sabak Bernam. Dalam pukul 10 gak la sampai Kg Sg Manila, Hutan Melintang Perak. Oh ya, ada tragedi dalam avanza. Ateh bawak anak-anak dia sekali kurung dalam sangkar. Asyik kentut jer bebudak tu bapok la busuknya kentut kucing. Boleh pengsan di tempat kejadian... Lepas tu masa da kat mana eyh... da masuk Sg Besar kot atau sebelum tu, anak dia si Karipap tu duk miaow miaowww rupanya apa? nak berak rupanya. hampesss.. Pastu berlakulah kejadian pemberakan kat atas bantal kecik kat mak dia iaitu si Ateh tu la. Allah! Busuknya namampuss!! Kekurangan oksigen kitorang..... Semua pakat bukak tingkap nak dapatkan oksigen... adehhh... Kang membebel lebih merajuk pulop budak tu huhu... Ye lah, mana leh marah anak dia... kuikuikui :p Berhenti kejap kat stesen minyak basuh berak anak dia n bersihkan bantal tu. Adehhh.... lepas tu barulah boleh bernafas dengan tenang.... Kitorang pun sambung perjalanan sampailah tiba di kampung.... (boleh pulop sesat x jumpa lorong... main agak2 ajer lorong ke rumah pak anjang.. nasib baik betol.

Owh kisah balik kampung kitorang ni sebenarnya da jadi ala-ala keluarga 69 jugak lah... Sebab apa tau? Rumah yang kitorang nak pergi kat kampung mama aku ni rumah Pak Anjang.... Yang lawaknya, Pak Anjang balik beraya di Kuantan (Mak Anjang orang Kuantan) tidur rumah kitorang pulop tu kat kuantan ni. Kitorang pulop balik umah dia... Tak ke bertukar rumah gitu? adehhh... Tak kesah lah... Yang penting nenek ada kat kampung... Balik kampung pun sebab nak jumpa nenek jer sebenarnya....

Sampai-sampai tu rehat kejap pastu aku pun siap2 ambik tilam dalam bilik mak anjang bentangkan siap2 kat ruang tamu. Keluarga Mak Usu tidur kat sudut depan TV, kitorang kat bahagian lagi satu. Yang agak mencabar kat rumah Pak Anjang ni ialah bilik air dia... Bilik air dia kat luar rumah... Kalau malam-malam tu memang serem jugak la nak keluar and lagi satu yang paling mencabar ialah.... bilik airnya tiada berbumbung... adehhh... Kalo ko nak membuang air besar tetiba hari hujan, siap-siap lah bawak payung yer... Tapi yang paling best mandi pagi-pagi la... Air nya sejuk bangat dan sungguh menyegarkan.... I LOIKE!

Esoknya..... Ingatkan nak ajak Syuk pergi Teluk Intan... Masa tu anak aku tido... Pastu Syuk cakap tunggu Sharhan bangun, aku pon da dengar dia cakap macam tu, aku join sekali la sharhan tido huhuhu... Padahal boleh jer tinggalkan Sharhan kat mama.... Lepas tu mulalah kebosanan sampai petang. Sebab Tak buat apa-apa pun kat rumah pak anjang... Nak keluar pon tak boleh sebab kete ateh n abang long pakai pergi sabak bernam. Pukul 3 lebih lepas Jumaat nenek balik Bota dengan mak usu. Nenek ajak jalan sana, malas lah.. jauh sangat... Pak Iwan n isteri pun balik dan Pak Apis jugak... Aku gi mandi lagi sekali lepas tu, dalam pukul 4 lebih baru la kitorang keluar beraya ke Parit 6 Timur, Sungai Besar. Rumah tepi bendang. Biasanya kitorang pergi ziarah 2 buah rumah. Semua rumah nenek-nenek saudara kitorang lah. Tapi hari tu cuma seorang nenek jer yang ada di rumah. nenek yang lagi satu, yang mama lebih rapat tu tak ada la pulop. Keluar beraya agaknya.... Singgah kejap je lah sebab kitorang sebenarnya ada tujuan lain lagi ke Sg Besar tu.. Iaitu.... SHOPPING!! hahaha :p

Berikut ialah gambar-gambar aku (biasalah camwhore) dan family otw balik kampung hehe...



Yang gambar kat bawah ni ialah masa kat Parit 6 Timur, Sg Besar. YAng hitam belakang tu orang membakar tapak padi sebab semua padi sudah di tuai... Diorang akan buat proses penanaman semula pulop lepas ni. Pernah satu tahun tu kitorang balik, padi betul-betul tengah masak... huhu... Sangat cantik... Kali ni sawah togel jer... Nasib badan lah.... huhu...



 


Gambar bawah ni sebenarnya En. Sukri dan anaknya tengah kebosanan... Lama gila dari pagi bersiap, pukul 4 lebih baru keluar berjalan... Sabor jer lah yang eyh.... bukan selalu pun... Kali ni jer... huuuu


Dua gambar last ni ialah si Sharhan drift kat Sg Besar... hahaha... Kemain bising lagi mulut dia mendrift kereta... Geram betolll... Gambar tengah bershopping tidak sempat di ambil sebab ralik sangat shopping hehe. Pehh gila tudung-tudung kat sini murah bangatttt!! Rambang mata gue... Nasib baik duit udah kering.. huuuu T_T

Waduhhh... Panjang bangat gue punya cerita kali ini. Penat dah menaip. Idea pon yilek....

CUKUP

Friday, September 9, 2011

Rindu budak ini....



Ibu sayang anak ibu.... Jadilah anak yang soleh, bertakwa dan sentiasa mendoakan ibu dan ayah di dunia dan di akhirat ye sayang..... mmmuuaah!! Ibu doakan anak ibu menjadi seorang engineer yang berjaya... Atau seorang akauntan, atau seorang peguam... atau mungkin juga seorang guru.... Yang penting.. Walau apa pon anak ibu jadi nanti.... Ingat Allah selalu, ingat ibu dan ayah selalu.... I LOVE U :*

Beraya di Chini...

Sebelum ni kita bercerita tentang beraya di istana kan... So hari ni aku nak bercerita tentang raya di Chini which is kampung my husband lorrr. Tak adalah nak bercerita sangat pun. Nak tampal gambor ajer huhuhu... Balik Chini ni pon dalam pukul 5 lebih la bertolak dari rumah lepas pergi beraya kat umah jiran sebelah and selepas suami aku habis bertugas dalam pukul 3 gitu. 

Raya pertama tak pergi mana sangat pun. Just pergi rumah Kak Lela jer sebelah umah mak. Raya kedua baru la berjalan.. Tu pon gi Chini Timur dan Chini 1 jer... Tahun ni tak pergi pun yang dekat Sg Lembing tu. Actually duduk umah mak pon 2 malam jer sebab raya ke tiga da nak bertolak ke Perak....

Malas pulop rasanya nak menaip... Layan Gambor je lah...









Ni je lah gambor raya kitorang kat Chini.. Tu pon kat Chini Timur rumah adik boh (ayah mertua aku). Kat rumah mak x bergambar pon... huuu....

Sekian dulu... Lepas ni sambung beraya di Perak pulop yer....

Cukup

Thursday, September 8, 2011

Panduan... Panduan... Panduan....

WAAA!! AKU DAH GILA!! Huhu.... Padahal lambat lagi kot nak gi sana... Aku dah gila-gila punya google panduan membeli belah di Langkawi macam kan esok karang je dah nak pergi... Adehh... Siap aku boleh pulop jadi stress bila pikir, kalo aku beli periuk2 kaca, glassware, set pinggan mangkuk, aku nak letak dalam apa? nak wat naik atas flight ke letak kat tempat luggage? kalo letak kat luggage stress pulop pikir kalo diorang main campak-campak ajer beg aku nanti, habis berderai semua pinggan mangkuk tu. Adehhhh... Aku ni dah gilo ko apo ni? kalau bawak naik ke cabin karang, takut terlebih pulop muatan berat dia.... STRESS AKU!

AAAA!!! TAK MO PIKIR X MO PIKIR!!!

KAHKAHKAH

(entry ni memang gila siolll)

CUKUP!

Wednesday, September 7, 2011

Berhari Raya di Istana... huuu...

Tanggal 1 Syawal 1432 Hijrah yang lalu. Bersamaan 30 Ogos 2011 adalah Hari Raya Aidilfitri yang mulia... Aidilfitri di sambut gembira oleh semua orang kecuali keluarga Pakcik Sabari sebab anak pakcik sabari iaitu abang long telah salah membeli ayam pencen untuk di buat rendang. Makcik Noriha iaitu isteri Pakcik Sabari membebel sepanjang hari kerana rendang ayam pencen beliau kemain liat lagi dagingnya... kahkahkah... Adehh... Nak wat guana. Semua anak Pakcik sabari tak tahu ayam pencen tu sebenarnya ayam telur... ngeeee :p Liat-liat pun aku rasa rendang Mama laku jugak... huhuhu...

Selepas rendang ayam pencen makcik Noriha liat, barulah tahu apakah petua untuk melembutkan ayam pencen tersebut. Bukan dengan cara merebus yer puan-puan... Rupanya masak terus dengan bahan-bahan rendang terbabit dan masukkan santan sedikit demi sedikit di kemudian hari hahaha (aku rasa entah-entah kitorang jer yg tak tau petua nih adehhh)

Baiklah.. Boleh abaikan kisah sedih ayam pencen tersebut sebab 2 hari kemudian makcik noriha pergi membeli ayam daging bersama anak-anaknya di Tunas Manja (kot) dan memasak rendang yang baru yang lebih sedap... :D

Ok tamat kisah ayam tersebut. Sebenarnya aku nak bercerita pasal berhari raya di Istana Abu Bakar, Pekan Pahang (again.... adehh tahun lepas pon kat sini gak la tempat aku beraya huuu T_T) Tak apa. Sebenarnya tak adalah sedih sangat, sebab pernah satu tahun tu kami adik beradik beraya di Pizza Hut pada hari raya pertama... (Nampak nau meme tak ada arah tujuan pedoman hidup di hari raya... Kira berhari raya di istana tu lebih mulia la daripada ko beraya kat Pizza Hut kan... Ok la tu :p ngeee)

Tahun ni lebih istimewa raya aku dan encik sukri sebab kami beraya bersama Muhammad Sharhan Sufi for the first time evaaaa.... Tahun lepas masa hari raya, sharhan duk dalam perut lagi... hohoho.

Ini lah dia gambar raya kami bertiga. Huhu... Tahu la suami aku AJK minuman, perlu ke aku bawak air sirap hijo tu bergambar sekali?? spoil betol lah huhuhu :p Muhammad Sharhan sangat behave.. I LOIKE!! :D

Ok, next.... Gambar-gambar sekitar rumah terbuka KDYMM Sultan Pahang di Istana Abu Bakar (sebenarnya tak de la gambar sekitar majlis sangat pun, gambar kitorang-kitorang jer... huhuu.)... Tak sempat pun jumpa baginda...

 "Ibu, u look so pretty...." kata Muhammad Sharhan di dalam hatinya....

Bersama Mak Teh yang bakal melangsungkan perkahwinan pada Disember ni dengan segala persiapan masih 10% adehhhh...
Ni gambar masa baru je sampai. Orang ramai dah balik pun sebab kitorang sampai pun dah nak kul 12. Majlis habis kul 1.00 huhu...

Ni masa OTW (On The Way ye kawan-kawan). Ibu kemain lagi ber camwhore, si sharhan pulop ralik main kerusi kete mak long dia... Mulut bising jer tu...

Ni dah otw nak balik dah ni. Ayah habis tugas pukul 2, malas lah nak tunggu. Kang Sharhan mengamuk, mati gue... hohoho :p

Last but not least.... Gambar ayah dan sharhan... Comel bangat kamu berdua ni... I LOVE U LAH!!

Ok, sampai jumpa lagi di tahun hadapan (insya allah andai panjang umur.. huuu). Dengar kata ayah dah tak mo jadi AJK tahun depan... ye dop kita tunggu je lah.... :p

Cukup