Wednesday, September 7, 2011

Berhari Raya di Istana... huuu...

Tanggal 1 Syawal 1432 Hijrah yang lalu. Bersamaan 30 Ogos 2011 adalah Hari Raya Aidilfitri yang mulia... Aidilfitri di sambut gembira oleh semua orang kecuali keluarga Pakcik Sabari sebab anak pakcik sabari iaitu abang long telah salah membeli ayam pencen untuk di buat rendang. Makcik Noriha iaitu isteri Pakcik Sabari membebel sepanjang hari kerana rendang ayam pencen beliau kemain liat lagi dagingnya... kahkahkah... Adehh... Nak wat guana. Semua anak Pakcik sabari tak tahu ayam pencen tu sebenarnya ayam telur... ngeeee :p Liat-liat pun aku rasa rendang Mama laku jugak... huhuhu...

Selepas rendang ayam pencen makcik Noriha liat, barulah tahu apakah petua untuk melembutkan ayam pencen tersebut. Bukan dengan cara merebus yer puan-puan... Rupanya masak terus dengan bahan-bahan rendang terbabit dan masukkan santan sedikit demi sedikit di kemudian hari hahaha (aku rasa entah-entah kitorang jer yg tak tau petua nih adehhh)

Baiklah.. Boleh abaikan kisah sedih ayam pencen tersebut sebab 2 hari kemudian makcik noriha pergi membeli ayam daging bersama anak-anaknya di Tunas Manja (kot) dan memasak rendang yang baru yang lebih sedap... :D

Ok tamat kisah ayam tersebut. Sebenarnya aku nak bercerita pasal berhari raya di Istana Abu Bakar, Pekan Pahang (again.... adehh tahun lepas pon kat sini gak la tempat aku beraya huuu T_T) Tak apa. Sebenarnya tak adalah sedih sangat, sebab pernah satu tahun tu kami adik beradik beraya di Pizza Hut pada hari raya pertama... (Nampak nau meme tak ada arah tujuan pedoman hidup di hari raya... Kira berhari raya di istana tu lebih mulia la daripada ko beraya kat Pizza Hut kan... Ok la tu :p ngeee)

Tahun ni lebih istimewa raya aku dan encik sukri sebab kami beraya bersama Muhammad Sharhan Sufi for the first time evaaaa.... Tahun lepas masa hari raya, sharhan duk dalam perut lagi... hohoho.

Ini lah dia gambar raya kami bertiga. Huhu... Tahu la suami aku AJK minuman, perlu ke aku bawak air sirap hijo tu bergambar sekali?? spoil betol lah huhuhu :p Muhammad Sharhan sangat behave.. I LOIKE!! :D

Ok, next.... Gambar-gambar sekitar rumah terbuka KDYMM Sultan Pahang di Istana Abu Bakar (sebenarnya tak de la gambar sekitar majlis sangat pun, gambar kitorang-kitorang jer... huhuu.)... Tak sempat pun jumpa baginda...

 "Ibu, u look so pretty...." kata Muhammad Sharhan di dalam hatinya....

Bersama Mak Teh yang bakal melangsungkan perkahwinan pada Disember ni dengan segala persiapan masih 10% adehhhh...
Ni gambar masa baru je sampai. Orang ramai dah balik pun sebab kitorang sampai pun dah nak kul 12. Majlis habis kul 1.00 huhu...

Ni masa OTW (On The Way ye kawan-kawan). Ibu kemain lagi ber camwhore, si sharhan pulop ralik main kerusi kete mak long dia... Mulut bising jer tu...

Ni dah otw nak balik dah ni. Ayah habis tugas pukul 2, malas lah nak tunggu. Kang Sharhan mengamuk, mati gue... hohoho :p

Last but not least.... Gambar ayah dan sharhan... Comel bangat kamu berdua ni... I LOVE U LAH!!

Ok, sampai jumpa lagi di tahun hadapan (insya allah andai panjang umur.. huuu). Dengar kata ayah dah tak mo jadi AJK tahun depan... ye dop kita tunggu je lah.... :p

Cukup

No comments:

Post a Comment