Wednesday, September 28, 2011

Family Vacation

Alhamdulillah.... Semalam dah selesai bayar deposit untuk hotel dan kereta sewa di LGK nanti. RM340 untuk 3 hari 2 malam dengan kereta sewa (wira) kira ok la kan.... Bagi aku dah murah. Kalau nak hotel yang ada swimming pool kena tambah dalam RM100 lagi. Mulanya aku ingat nak gak amik hotel yang ada swimming pool, tapi bila fikir balik macam rugi lah pulak sebab RM100 tu boleh buat shopping tu.... hehe... Nak swimming, tunggu Sharhan besar sikit lagi kita gi bercuti kat hotel yang ada swimming pool eyh eyh.... Lagipon time ke LGK nanti memang KONFEM aku akan kedatangan bulan. Jadi of course la aku takkan terjun punya. Ko gila?? Kang x pasal aku kena kejar dengan ikan josh yg mungkin tetiba ada dalam swimming pool tu. Huuuu.... naya.....

Jadi sekarang flight dah confirm, hotel dah confirm, kereta sewa dah confirm... Tunggu masa jer. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Tak sabar nak bawak Sharhan dan Encik Suami jenjalan. Tak kesah la walaupon flight and hotel tu aku yang sponsor pun sebab aku yang beriya. Tapi kos perjalanan, makan minum, minyak semua, En. Suami sila tanggung yer.... Kalau saya jugak, lemak gaya! :p

Inilah dia. Kenderaan yang bakal kami tunggangi... Gila jakun dop? cessssss

Hotel yang bakal kami inapi. Ok lah. Walaupon cuma 2 star... Kena la dengan duit yang ko bayar. Kalu nak yang canggih 5 star, ongkos pon kena 5 star lorrrr......

Ok la. Not bad. Hopefully jambannya pon not bad lah.... huhuhu.... Lagipon untuk tido jer, so biasa2 jer pon x pe. Bukannya aku pergi bercuti untuk lepak-lepak dalam bilik jer kan...... Yang penting comfortable ok la.... Sesuai dengan tema 'Destinasi Bajet' hahaha :D

Ni dia punya restaurant. Kira ok la kan untuk hotel 2 star siap ada restaurant. Kalau dop, kena carik makan kat luar la gaya. Oh ya, setiap Sabtu ada pasar malam kat depan hotel ni. Hah! jimat dah dinner aku Sabtu nanti. HOHOHO.... (Banyak betol ayat "kira ok la" aku kan... Nampak sangat jakunnya. Cesss!)

Lepas ni aku akan buat entry tentang planning aktiviti. Dengan bawak anak kecik ni, aktiviti apalah sangat boleh buat kan. Jangan anak aku ngamuk2 sudehhhh.... huhu

Cukup

No comments:

Post a Comment