Friday, September 30, 2011

Saya Sangat Mencemburui Kamu Semua.... T_T

Emosi lah pulop kali ni. Hmmm... Gitulah bila bukak FB kawan-kawan, semuanya (hampirlah) berjaya mencapai apa yang mereka ingini dalam hidup. Kerjaya yang bagus, kehidupan yang hebat..... Tetiba jer buat aku rasa cemburu sebab aku pun boleh jadi seperti mereka sebenarnya.... T_T sob sob....

Tapi aku sendiri yang pilih untuk menjadi seorang yang tidak berjaya dengan kerjaya yang hebat. Mungkin memang itu bukan takdir aku. Mungkin... Ya mungkin.... Sebenarnya memang jalan ini yang aku pilih. Dari awal lagi. Dari aku menjejak kaki ke Universiti. Aku tidak meletakkan cita-cita dalam fikiran aku. Aku cuma merasakan yang aku memang 'perlu' masuk Universiti. Pemilihan langkah pertama akupun sebenarnya kurang bijak. Sebenarnya sangat kurang bijak atau dalam bahasa kampung boleh kita katakan 'BODOH'. 

Tapi... Tak guna cakap apa-apa. Umur aku semakin bertambah. Peluang pun sudah hampir tertutup untuk aku membaiki kesilapan lalu. Banyak sebenarnya yang aku sesalkan.... Bidang yang aku ambik, dan hampir segala-galanya aku sesalkan tentang perjalanan hidup aku T_T. Aku masuk Universiti sebenarnya tanpa meletakkan apa-apa tujuan untuk masa depan. That was the biggest mistake i made T_T

Hmmm.... Sudah lah... sudah..... Dah dah dah..... Mungkin telah tertulis rezeki aku hanya di sini. Semua orang berbeza dan menghadapi untung nasib yang berbeza juga. Usah lah di sesalkan. Sekurang-kurangnya aku masih ada pekerjaan jika di bandingkan mereka yang masih bertungkus lumus mencari kerja. Kerja aku juga tidaklah terlalu membebankan otak, mental dan fizikal (aku harus bersyukur untuk itu).

Mungkin aku yang kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan pada aku. Mungkin kerana aku sering menyimpan rasa iri hati pada kejayaan orang lain.Ya... Sudah pasti. Itulah sebabnya aku menjadi emosi. Tetapi ada masa aku ingin menjadi seorang yang hebat seperti kamu semua. Tetapi sekarang aku punyai tanggungjawab lain yang mungkin lebih hebat dari tanggungjawab kamu. Akulah seorang isteri dan seorang ibu juga seorang wanita berkerja......

Aku tidak mahu lagi cemburu pada kamu kerana itu rezeki yang telah Allah tentukan buat kamu sebagai hambaNya yang berusaha. Aku juga mahu berusaha tetapi aku lebih utamakan suami dan anak-anak aku lebih dari ganjaran wang ringgit yang aku mampu dapat sekiranya aku berjaya seperti kamu. Allah lebih tahu apa yang terbaik buatku. Insya allah.... Aku juga akan berjaya seperti kamu nanti. Tapi mungkin bukan dalam bidang seperti yang kamu semua ceburi tetapi dalam bidang yang aku sendiri pilih dari dulu hingga kini.

Cukup

No comments:

Post a Comment