Monday, March 11, 2024

Operation Meeting 2024

Selamat menyambut bulan Ramadhan semua....

Best sangat2 operation meeting kali ni. Buat kat Residence Inn Cherating... Tempat dia best. Hotel selesa. Nasib baik la aku dapat bilik 2 org dgn puan ayu. Kalau dia xde, mesti aku duduk bilik 4 org kot. Entah lah. Sebab tempatnya jauh jgk lah dari hq, jadi khamis dah boleh check in. Meeting start Jumaat. Tapi jadual memang padat la seawal 7.00 pagi breakfast, 8.00 pagi da start sampai pukul 4.30 ptg. Pukul 5.00 sambung dengan aktiviti sukaneka. Kelakar giler aktiviti radio buruk. Lawak betol la dorang. Sakit perut aku gelak sakan. Malam pukul 8.30 ada dinner tema hawaii. Cuma yang bestnya sebab aku duduk meja vip dengan pn ayu so x perlu beratur ambik makanan. Dah la aku memang lapar gile2 punya lapar. Persembahan malam tu pun kelako betol la budak2 level aku pon masuk air belaka.

Sabtu seawal 7.00 pagi dah berkumpul untuk aktiviti csr di pantai cherating. Jalan kaki dari hotel ke pantai. Dekat je tak sampai 10 minit pun jalan kaki. Tak ada sampah sangat pun. Pantai bersih. Bergambar je lebih. Habis setel kat pantai dalam pukul 8.30 dah jalan kaki balik ke hotel untuk breakfast. Lepas tu dah aktiviti bebas. Sempat lagi aku terjun kolam dengan geng geng opis. Tapi tak lama sangat la. Pukul 10 dah naik mandi dan berkemas. Pukul 12 checkout.

Penat punya pasal terus bp aku naik kaww kaww. Dari hari sabtu pagi2 tu lagi dah aku dah boleh agak bp aku naik sebab kepala sakit gile macam nak meletop. Ingatkan x lama la sakitnya rupanya bawak sampai ke malam, sampai ke esok pagi nya. Dah x pasal kena pegi klinik sebab x boleh tahan dah nak tunggu klinik gomen isnin baru bukak (punya la nak jaga limit had klinik sampai rela pergi gomen i dont care. Kalau lebih nanti aku jugak yg kena bayar 😤) bacaan bp kali ni betul2 mencanak naiknya walaupon aku ambik amlodipine 10mg malam tu, dia punya sakit tu x kurang. Makan panadol baru la boleh tidur. Tu pon bangun pagi masih sakit lagi tapi being me kena la buat sihat, masak nasi lemak dulu pagi tu, tunggu safwan habis taekwondo dulu pukul 12.30 baru lah gerak ke klinik. Nasib baik cas nya cuma RM107 bukan RM1700. Lega sikit kepala aku 🤣🤣






Monday, December 25, 2023

Dinner 10 Years Anniversary

 







Alhamdulillah... Malam penghargaan sempena 10 tahun syarikat beroperasi dan 10 tahun jugak lah dah kerja di sini. Alhamdulillah untuk segala rezeki yang Allah kurniakan. Walaupun ada je kawan kawan yang offer kerja kat kl dengan gaji 7k 8k tapi aku terpaksa tolak sebab komitmen pada keluarga di sini. Biar lah gaji kecik pun asalkan dekat dengan suami dan anak anak. Aku tak sanggup nak pjj... Kat kuantan pun banyak je syarikat yang boleh offer gaji tinggi, cuma aku je yg tak cari... Bak kata bos baru aku lah... Ada je kat kuantan ni... Memang aku yg tak cari... Ekekeke

Alhamdulillah... Dapat gelang emas dan kristal plaq sebagai token penghargaan untuk 10 tahun perkhidmatan... Pen Allain dellon tu pulak hadiah doorgift untuk semua staff dan tetamu... dan yang bestnya, kali ini nombor aku bertuah wehhh dapat cabutan lucky draw wehhh... Patutnya aku dapat dapur elektrik. Tapi aku tukar dengan faezah... Dia dpt blender tangan ni. Aku lagi suka blender ni walaupun murah dari dapur letrik ah lantak hehehe.

Seronok sangat dinner ni. Sangat happening dan berjalan lancar. Nasib baik aku join jugak sewa baju bling bling kalau x, konpom kena komplen dengan bos sebab tak ikut tema red carpet. Siap upah MUA untuk mekap. Kelako dorang x cam aku sebab mekap lain sangat jadi muka. MUA ada org sponsor bayar hehehe... 

10 tahun lagi lah baru ada dinner besar macam ni lagi. Semoga semuanya masih dipanjangkan umur untuk berkumpul sekali lagi. Masa tu tua tua dah semuanya entah larat ke tak entah nak jalan 😂😂


Kuciwa

Jumaat lepas 22 december 2023 Alhamdulilah gaji dah masuk awal. Tapi agak kecewa sebab ingatkan dapat la bonus 2 bulan. Tapi dapat sebulan aje. Sedihhh... Padahal aku dah tahu sebulan sebab HR dah inform bulan 6 aritu lagi dah... Sebab special increment tinggi jadi dia tarik kat bonus. Tapi biasalah kan in denial mode. Nak jugak berharap 2 bulan seperti tahun2 sebelum ini. Dan akhirnya hampa. 

Tapi apa yang aku plan memang tak berjaya lah... Aku target 2 bulan sebab 1 bulan tu memang khas untuk aku bayar hutang cc. Sebulan lagi untuk benda2 lain. Hmmm... Tapi aku tetap bayar hutang cc aku cuma xde duit extra lah. Memang lah ada yang suruh bayar separuh aje. Tapi aku yang tak sanggup nak pikul beban hutang... Tak la banyak sangat, 4k jer. Tapi kalau aku keep bayar sikit sikit lama lama makin naik hutang tu. Jadi better lah aku bayar je habis. At least aku dah tak ada hutang cc. Tinggal hutang beli ipad je lah akan habis bulan 3 nanti... Aku ambik installment 119 x 12 bulan. Tinggal 3 bulan je lagi. Lepas tu setel dah hutang cc aku selain yang 70 sebulan sebab aku keluarkan cash aritu. Yang tu tak apalah sebab 70 je. Rasanya lepas bulan 3 baru aku lega dengan cc. Target untuk isi minyak sahaja at least rm300 sebulan. Tapi tak tahu la tu. Kita hanya mampu merancang. Minggu ni dah la nak servis myvi. Arap2 jangan la sampai 600 sebab dah 2 tahun tak servis kat perodua. Kali ni bawak ke perodua supaya dorang boleh check dengan lebih teliti minyak apa atau part apa yg tak cukup.

Nak shopping pun tak ada mood. Dah la next gaji lambat lagi. Aku cuba bertahan supaya tak beli apa apa. Tapi makanan dorang ni nak tak nak kena la beli. Tahun depan setahun lagi kontrak astro, digi dan maxis. Lepas tu aku ingat nak guna prepaid je lah. Lagi jimat. Mulanya aku nak stop main kutu. Tapi bila pikir balik, main je lah. Kalau aku tak main kutu, 100 aku tetap tak tahu pergi mana. Tunggu 5 january nanti aku nak keluarkan dividen asb dan batalkan asb financing. Aku nak cuba untuk simpan sendiri at least RM300 sebulan pun jadi lah. Aku nak simpan RM500 tapi rasanya susah sebab aku banyak komitmen. Insurans aje pun dah 615 sebulan. Tu pun aku tak daftar sspn anak anak aku lagi ni. Tapi aku masih dilema nak simpan asbf lagi ke atau saving sendiri? Aku risau aku korek habis je nanti kalau saving sendiri. 

Kesian kat anak anak sebab kononnya aku nak bawak dorang pergi kl bulan 1 nanti. Nampaknya tak boleh lagi lah. Insya Allah lepas raya nanti lah. Semua perancangan ibu tersasar nampaknya. Nak beli subang emas pun tak jadi. Tak apalah. Bukan penting sangat pun subang tu. Nanti ada duit boleh la beli walaupun masa tu emas mahal tapi kalau rasa nak beli, beli aje. Aku nak cuba simpan emas kat public gold lepas ni. Pejam mata je lah beli 100 sebulan. At least nampak lah duit aku pergi mana. Rugi jugak tak konsisten simpan. Aku bukak akaun PG tahun 2021. Masa tu emas masih murah compare sekarang. Last aku beli rm100 dapat 0.38g emas. Tapi hari ni rm100 cuma dapat 0.2g lebih je... Insya Allah aku akan cuba konsisten. Aku target nak bersara umur 50 insya Allah kalau panjang umur. Tapi tengok pada komitmen hutang jugak lah. Kalau umur 50 hutang tak setel lagi, memang kena postponed la pencen. Allahu, tua dah nak kerja... Entah apa la cabaran kerja untuk org tua nanti masa tu selain sakit lutut sebab turun naik tangga 🤣🤣

Ya Allah, berilah rezeki yang melimpah ruah kepada kami suami isteri... Jadikanlah anak anak kami anak anak yang beriman dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Wednesday, August 2, 2023

Genap 10 Tahun Sudah di sini

 Alhamdulillah… Sekejap je dah 10 tahun kerja kat ofis sekarang. Ada masa memang rasa macam nak cari kerja lain tapi kebanyakan masa memang nak kekal lah dengan azam untuk kerja sampai mati kahkahkah! Tak ada yang bosan pun, tiap hari ada je cabaran baru. Kena tegur, kena marah dengan bos tu lumrah lah kerja kat mana2 pun. Siapa suruh tak perform betul betul. Buat kerja betul betul, manage kerja betul betul. Alhamdulillah sempena tahun ke 10 ofis ni, company bersetuju untuk up increment sehingga **% compare to rate biasa 4-6%. Syukur sangat. Rugi siapa yang berhenti tu… tapi ye lah rezki masing masing kan. Terima kasih juga lah kalau tak sebab staf berhenti beramai ramai aku tak rasa kemungkinan ada salary increment sebanyak ini.

Insyaallah target aku untuk kerja 10 tahun lagi sekiranya panjang umur dan murah rezki. Aku tak rasa ada kompeni yang nak ambik Staff usia 40 ke atas huhuhu. Bertahan je lah dengan cabaran kerja. Cuma sayang sekali aku tak ada saving langsung sepanjang 10 tahun ni. RM50 pun aku tak mampu nak simpan sebulan. Bila aku kira balik sebenarnya terlalu banyak duit aku keluar untuk tanggung keluarga dari dulu sampai sekarang. Mungkin yg ada pun barang emas je la gelang cincin rantai hasil dari bonus. Lagi pun aku ni boleh tahan boros. Beli kat kedai rm2 pon boleh cecah patploh hengget sekali belanja. Aku kena menjadi lebih kedekut lagi hahaha. Tapi aku seronok bila dpt beli walaupun hanya di kedai eco ekekekekke.

Aku target tahun 2024 aku akan bebas hutang kad kredit. Sayang sangat tiap bulan bayar 500-600 untuk kad kredit sahaja. Belum masuk shoppee pay lagi tu pernah cecah 200. Boros sangat la aku ni. Aku berazam untuk bebas hutang kad kredit, ASB finance, shoppee pay by 2024. Kalau clear 3 benda ni aku akan ada extra sebanyak RM1k sebulan. Simpan tiap bulan at least RM1.5k darab 10 tahun masyuk juga tu. Tu pon kalau aku disiplin lah kahkahkah. Berangan itu kan percuma. Tambah RM500 nafkah dari suami lepas dia habis bayar loan kereta dalam 4 bulan lagi. Entah2 aku boleh simpan 2k sebulan. Insyaallah … semoga dipermudahkan. Aku x mau kerja dah. Aku nak tenang2 aje duduk rumah. Tapi in 10 years time lah. Kalau berjaya pencen awal lagi best. Sekarang pun badan aku dah sakit sakit apatah lagi 10 tahun dari sekarang hahaha. Nak kena exercise neh. Guana nak pegi Korea tiberrrr… pergi umrah lah dulu.

Remember your target. Must start saving from now! Kawal nafsu berbelanja! Kawal nafsu makan! Aku boleh!!!

Sunday, March 12, 2023

Emas Lelong Murah Penipu

 Tapi sebenarnya aku yang bodoh. Memang sengaja memasukkan diri dalam perangkap scammer. Aku memang suka kan learn from the hard way. Padahal aku siap google dah berita2 pasal penipuan emas lelong ni. Siap kaji lagi testimoni yang konon2 customer dia bagi dalam group. Memang banyak giler red flag yang aku dah nampak. Contoh ejaan group dia eja grub. Lepas tu ikon sama je pembeli dan penjual. Aku ingat aku bijak dah sb aku dm pembeli yg kononnya barang dia sampai tu. Eh hampeh... Memang terpercaya aku walaupon dlm hati was2. Ada 3 org kot yg aku dm. Kemain pandai dorang berlakon. Last2 terbayar jugak aku rm250. Tapi masa tu dalam hati aku cakap, kena tipu pun xpe lah rm250 jer. Lepas dah bayar tu siap dia offer bonus. Beli lagi satu dpt free satu. Aku memang dah nak terpedaya dah mula2 tu nasib baik akal aku waras lagi. Hati aku pun waras. Mereka cakap kat aku, tunggu tgk sampai ke tak orderan (scammer2 tu semua suka guna perkataan orderan. Memang dasar indon) first ni dulu baru order lagi.

The convincing thing is... Dorang share kat group tau lepas ko buat payment. So nampak mcm very legit. Maknanya payment2 slip yg dorang share selama ni memang yg sebenar dari pembayaran mangsa. Ada yg rm4k, ada yg rm7k, ada yg 1k. Yg aku pon dia share rm250 tu. Aku siap check dengan apps CCID ke apa nama dia tu untuk check no akaun penipu ada report ke x... Tak ada weh. Clean. Ke apps tu pon memipu? Kuajaqqqqq 

Aku transfer rm250 tu kat akaun Hong Leong atas nama Mohammad Hatta bin Jetendra. Aku syak ni mesti indon ni sebab mana ada org malaysia nama Jetendra. Pelik ngat nama. 

Tagune. Lepas tu tak lama aku kena kick dari group. Tgk2 hilang dah group tu dari telegram aku. Aku memang tak halal kan duit aku tu. Dasar. Biar kau mereput dalam neraka. Biar Allah je yg balas dosa kau ni. 


Lepas ni aku kena beringat. If it is too good to be true than it is not true. Padahal dah banyak kali kena tipu, kena scam. Tapi tetap jugak biarkan diri di scam. Dasar tamak mengaburi mata dan minda. Baik aku guna 250 tu beli makanan lagi bagus!!!


Huhuuuuuu ni aku bagi sikit gambar2 barang dan harga emas lelong murah penipu tu.


Yang ni la yg aku nk beli. Yang RM250 tu. Bodoh. Baik penjual emas tu pegi gadai je daripada jual harga murah kat orang. Eh bodoh nya lah!



Kalau tak sebab tamak memang tak mungkin akan tertipu. Orang tamak selalu rugi. Awalnya memang aku siap nak ambik yang harga ribu2. Aku bitau kat suami aku. Dia tak bagi beli. Dia cakap nk beli emas pergi beli kat kedai. Aku memang dah agak dah, kalau aku tak ikut cakap suami mesti kena tulah. Macam dulu masa aku kena tipu emas ETA rm7k dulu semuanya sb aku degil x nak dengar cakap suami. Dia cakap dah try sikit dulu. 1 gram ke. Tapi dasar tamak memang tak akan dengar dah nasihat org lain... Huhuhuuu semoga kalian semua tidak akan tertipu.

Kejadian berlaku pada 7 March 2023













Friday, December 31, 2021

Perginya Seorang Mama

 19 March 2021 - Jumaat

Mama menghembuskan nafas yang terakhir. Semoga Allah ampunkan semua dosa-dosa mama... Sayang mama... Sekejap sangat masa untuk mama rehat dari jaga aboh... Cukup 2 tahun aboh meninggal, mama pun pergi juga. Daripada seorang yang sihat dan ceria, tiba2 di uji dengan kanser yang rakus, yang kasar. 

Mama mula rasa tak sedap badan, x selera makan lebih kurang awal bulan 10 tahun 2020. Bulan 11 baru start masuk wad. Bulan 2 makin teruk. Perut mama membusung, air memenuhi segenap ruang perut mama. Peritoneal kanser stage 4. Bulan 2 doktor dah inform yang mama dah paliatif... Thats mean tiada harapan untuk hidup lagi. Aku takut nak beritahu mama... Sebab mama sangat berharap untuk hidup. Mama nak sangat sihat semula. Mama nak cucu2 mama yang angkat keranda mama... Aku tak sanggup nak hancurkan harapan mama... Aku tak sampai hati nak beritahu mama yang mama dah tak lama je masa kat dunia ni. Allah... Kadang aku rasa aku silap, aku patut beritahu mama... Supaya masa yang tinggal dapat mama gunakan untuk sekurang2nya memohon ampun pada Allah.. Allahu... Aku tak tahu...

Dulu masa aku diploma, aku bertudung labuh, nampak macam ustazah. Aku pernah tanya mama. Lepas tu mama cakap, nanti angah tolonglah doa untuk mama supaya mama masuk syurga... Insya Allah mama... Tapi anak mama ni bukan lah baik sangat, mengaji pun malas... Doa untuk mama pun masa solat jer... Macam mana nak tolong mama :(

Allah... Ampunkanlah dosa kedua ibubapaku... Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku masih kecil.... Selamatkan lah mereka dari seksa kubur Mu... Selamatkanlah mereka dari azab api neraka Mu...

Selamat tinggal tahun 2021 yang penuh dengan kenangan pahit. Tapi kerana hati aku sekeras batu, aku cuba untuk tidak terlalu ingat perkara atau kenangan yang menyedihkan... Life must go on... Hingga tiba saat giliran aku pula nanti... Semua nya tidak kekal... Semuanya bukan milik kita....


Wednesday, July 22, 2020

My Car


Alhamdulillah... Akhirnya impian untuk memiliki kereta sendiri telah tercapai. Tak ada lah impian sangat pon tp sb terpaksa nak kena ada jugak kereta sendiri. Kalau ikut kedekut aku memang sampai tua la aku x beli beli kahkahkah. 

Bukan kereta baru pun. Kereta second hand jer tp boleh la setakat pergi kerja balik kerja. Nak bawak kat jalan yg aku x biasa mmg aku takuttt. Tp boleh la berani berani takut huhuhu.

Sebenarnya sebelum ni aku memang tak drive. Ye dulu2 zaman dgn ex aku selalu laa bawak sb dia paksa aku belajar bawak. Tp mmg sejuk la tgn sb aku nebes. Lps tu putus 😂

Lepas kapel n kawen dgn en sukri. Aku x pernah drive dah kecuali masa ambik  lesen. Rasanya tahun 2011 kot aku ambik lesen lepas tu langsung x drive. Pergi kerja n balik kerja semua suami aku hantar n ambik. Lagipon tempat kerja dekat dengan tempat kerja suami. Sehinggalah pada satu hari di bulan November pada tahun 2018. Suami aku ditugaskan di pejabat pekan. Dah la masa tu aku preggy (molar). So, nak x nak aku kena jugak drive sendiri. Masa tu xde kereta jd suami aku bagi bwk exora dia, dia pegi keje naik motor hahaha. Dah la baru belajar bwk kete, kena bwk exora pulak. Tp sempat beberapa hari ke x sempat eyh sb ada satu hari tu masa tu aku di sahkan molar pregnancy , direct kena pergi htaa. Masa pergi KKIA jalan gambut tu aku yg drive kete suami aku tp adik lelaki aku ada kt sebelah. Dia ikut sb takut xde parking. Lps tu kena terus ke htaa aku dah x blh drive dah sb takut. Lagipon x biasa jln ke sana.

So lepas tu aku dpt mc 2 minggu. Dalam mc ni lah aku terfikir nk guna proton saga kereta ateh (yg dibeli dgn nama along). So dlm tempoh 2 minggu mc tu la uruskan proses nak bwk saga ke kuantan. Ateh dah x drive masa tu. Dia naik LRT prgi kerja. Dengan kereta dah setahun tak servis, dgn xde roadtax. So, setel aku byr r.tax, wawa pergi ambik kereta kt kajang. Wawa dia ada wira masa tu. So svs aje dalam 500++, r.tax rasanya dkt 400 kot. Tp sb aku nk guna kan pejam mata je lah... Huhuhuuuu

So habis je mc 2 minggu, aku drive saga ke opis. Sampai bulan 3 jgk dari bulan 12 aku drive dgn saga tu togel xde tinted, kosong, xde rim 😂😂 lepas tu adik aku putus tunang so dia pon balas dendam dengan guna duit utk makeup kereta. Jadi cantik la saga tu dgn tinted nya, dengan rim nya, spoiler. Nampak mcm lelaki jadinya saga tersebut.

So di pendekkan cerita wira wawa buat hal. Kuat makan minyak. Jd kitorang bwk kereta secara bergilir. Aku blk kerja, dia bwk saga balik ke pekan (rumah mama) esok pagi2 dtg htr mama ke rumah aku, baru aku pergi kerja dgn saga tersebut. Bergilir lah mcm tu sampai lah tetiba pkp pada 18 march 2020. So, 2 bulan jgk la aku duduk kt rumah. Jadi saga tu sepenuhnya digunakan oleh adik aku. Kebetulan hujung bln 5 aku da stat keje, adik aku pon dpt keje kt balok. Mulanya mmg gilir la. Sampai rumah aku, adik aku naik motor. Tp sebab tiap ptg hujan, kesian dia balik basah kuyup so pagi2 dia htr aku kerja, ptg aku tumpang budak opis aku balik. Tp dah tiap ptg tumpang, segan jgk aku. Ada masa dia pon x bwk kete 😂😂 so laki masing2 lah dtg ambik. Sejak tu aku nekad. Kena beli jgk kereta. Susah la kongsi kongsi kete neh. Jadi nak x nak beli jgk la. Tak survey sgt pon. Jumpa je kt mudah yang nampak ok, aku pon terus pergi tgk, bwk dokumen siap2. Bayar booking 500 + 2500 deposit. Lulus je loan, pergi test drive (masa tgk x test drive sb hujan lebat) semua ok, kita onn.

Dah bertambah komitmen bulanan aku huhuhuuuu... Tapi ok lah bawah 400. Aku target bawah 350 tapi x dpt... Bulanan 370... 7 tahun... Huhuhu... Ok la kan habis kontrak kerja habis la hutang kete. Semoga kontrak di sambung lagi hendaknya....

Kena berjimat cermat lps ni... X boleh shopping sakan... Huuuu

Ok, tu je. Byeee

😁