Sunday, March 31, 2013

Berjaya Temuduga... Alhamdulillah....

Alhamdulillah.... Temuduga yg saya pergi di Vistana baru-baru ini, temuduga paling sempoi itu, jawapannya sudah ketahuan.... Petang tadi dalam pukul 2.30 pm ada no hp yang x dikenali menghubungi aku.Mulanya aku tak mau angkat sbb biasa la kan no x kenal x angkat. Tapi di sebabkn aku memang menunggu panggilan penting jadi no tak kenal pon mesti kena angkat hehe...

Panggilan menanyakan bila aku boleh masuk kerja? Tapi lawak plop sbb aku siap tanya dia "eh sabtu pon keje ke?" ye la da la kol hari sabtu, ptg plop tu. Riso gak kot2 ari sabtu kena keje mcm biasa. Rupanya dorang je kena keje Sabtu. Nanti office hour sebenar 8.15-5.30 isnin sampai jumaat sahaja. Mampos kul 8.15 da masuk kije. almaklumlah aku ni kalo x 8.40 meme kompom x nmpak muka kt opis huhuhu. Dorang semua dah tahu dah huhuhu. Nampaknya kena belajar disiplin la lepas ni huhuhu. Salary aku tak konfom berapa sbb masa interview dah nego RM brapa2. Tp masa yg org kol tu aku tanya berapa salary dia ckp ikut yg aku mintak. Tak apa lah just tunggu n lihat je lah yg mana satu.

Kebetulan pulop bulan 5 nnt aku ada family vacation. Boleh je nak masu 1hb 5 tp mcm alang2 pulop 6-8hb nnt kena amik cuti pulop. Aku ckp la kat dia x kan saya nak buat mcm tu. Baru masuk keje da amik cuti so alang2 masuk je 13hb hehehe... So nanti offer letter dia akan buat 13hb la masuk. Pehhhh siap bagi tarikh bila boleh masuk, aku ni meme kompom berenti la ni huhuhu. Insya allah ni la yang terbaik untuk aku. Perancangan Allah sudah tentu adalah yang terbaik. Alhamdulillah....

Akhirnya.... Ikan-ikan itu adalah milikku :)

Saturday, March 23, 2013

Temuduga Paling Sempoi

Dalam banyak-banyak temuduga yang aku pergi, temuduga kat Hotel Vistana ni la paling sempoi aku rasa. Alhamdulillah semuanya di permudahkan. Daripada proses pendaftaran sampai la tunggu giliran and calon-calon pun very the sempoi siap boleh jadik member lagi. Aku sampai memang awal jugak la. Antara yang terawal. Masuk tu amik form dulu isi form semua pastu tegur2 dengan orang sebelah borak2 buat interview sendiri dulu hehehe. Masa nak hantar form tu budak nama as hantar sama2 dengan aku tp dia takut nak hulur dulu. Aku pun hulur la borang aku dulu dah turn aku dulu padahal dia sampai dulu (banyaknya perkataan 'dulu' aku hahaha)

Sekejap je sampai turn aku. Masuk dalam pastu dorang persilakan duduk dah baru aku nak cakap gud morning wakaka. Panel semua ada 3 orang. Sorang je perempuan duduk tgh2 masa tu. Da nama kompeni bumiputera of kos la melayu kan kan. hehehe. So start tu panelpaling kiri aku suruh introduce myself. Dia tanya dalam bahasa omutih aku pon jawab pon dalam bahasa omputih jugak la huhuhu. Tapi frankly aku bersyukur sangat sebab Allah permudahkan aku, lancarkan lisan aku sampaikan sepanjang interview tu aku x perasan pon yg aku speaking all the time okeh. N semua panel pon cakap omputih ngan aku. Alhamdulillah tak ada pon aku ter aaa errr emmmm secara ketara. Kalo dop berterabur speakang aku hahaha.

Jawatan aku applied situ Human Resource Executive (memang tu pon yg ada dlm iklan mudah tu huhu) Pastu dorang da baca resume aku and tahu aku pon buat keje2 pentadbiran so dorang pon tanya antara HR dan Admin which one yg aku prefer? Aku pon jawab lah aku more into admin sebab HR kan involve calculation semua nak tolak epf socso uruskan petty matters semua so aku x minat sangat. Dan dan tu dia slash kat post aplied aku n tukar ke admin exec hehe. Masa dia tanya tu dia explain la yg dorang ada separate department untuk admin dan HR. Tapi skrg kt sana memang dah ada la Admin exec (lelaki) yg memang berpengalaman so it shouldnt be a problem la kalo nk amik pompuan pulop. Siap tanya aku boleh x bg notis kurang dr sebulan kt kompeni sekarang. AL ada lg dop. Aku ckp la xde... Pastu dorang tanya habis dah cuti? aku senyum je padahal maksud aku bukan la cuti aku da xde tp kalo kita resign AL kita akan pr rate so maybe cuma ada dlm 3 hari je la AL nya pon... Nikan baru suku pertama tahun huhuhu. Jgn dia pk aku kaki cuti sudehhhh.... Dan yg kelaka time nego salary. Aku letak RM**** pastu yg lelaki aling kanan aku tanya u blh accept x kalo kita bagi RM****  pastu aku boleh cakap "alah... RM**** lah (kurang dari yg aku letak tp tinggi dr yg dia offer) pastu dorang semua gelak. Panel tu cakap pandai negotiate eyh... hehehe opkos la... hahaha that is my talent tau... kuikuikuikui

Sepanjang interview tu dia terangkan bidang tugas. mmg besar la responsibility. Pastu akupon cakap la i can see how big the responsibility.. pastu panel ppn tu ckp of kos la as big as your expected salary... big salary big responsibility. syarikat tu actually baru ditubuhkan and if ada rejeki aku memang akan jadi salah seorang pioneer la kt situ. Sama mcm office aku sekarang la... Aku kiranya pioneer kat situ. hehehe

Tapi terus terang temuduga kali ni very sempoi n alhamdulillah Allah permudahkan dan lancarkan lisan aku. Bak kata panel tu masa aku tanya ada peluang dop. Dia jawab semua org ada peluang tapi doa la banyak2.

In sha Allah semoga ada rejeki aku. Tapi sekiranya tak ada pun tak mengapa. Perancangan Allah untuk aku pastinya lebih baik ;)


Tuesday, March 19, 2013

Bersediakah Aku Untuk Perubahan???

Jujur saya memang banyak apply jawatan. Tak kira gomen atau swasta mana yang saya rasa sesuai dengan saya, saya akan try apply. Dan mungkin kerana pengalaman saya hampir 5 tahun dalam bidang HR dan pentadbiran ini membuatkan biasanya (syarikat swasta je lah) saya akan berjaya di short listed kan (alhamdulillah)... Tapi pada masa yang sama saya akan berdebar-debar untuk menghadiri temuduga seriusly saya tak suka perasaan ini. Biasanya aku yang uruskan pasal carik calon, appointment untuk interview, saringan calon, tapi kali ni aku adalah calon dan itu benar-benar membuatkan hati saya tak keruan.... Harap-harap saya sihat pada hari interview nanti sebab hari tu last pergi interview saya kurang sihat dan akhirnya menjejaskan pemikiran saya di mana saya tidak mampu menjawab soalan panel dengan baik selain otak saya telah di racun bahawa kerja di situ banyak masalah jadik mood saya untuk bersungguh-sungguh hilang di bawa angin bayu.... (pehhh ayat aku!)

Berbalik kepada tajuk perbincangan kita, bersediakah saya untuk perubahan? seriusly saya selesa dan terlalu selesa di sini. Walaupon ada masa ada jugak problem yang perlu di hadapi tapi saya dapat melaluinya dengan tenang dan kadang kala dengan emosi (kebiasaannya HAHAHA). Oleh itu sekiranya saya ditakdirkan Allah di murahkan rejeki dan berjaya dalam temuduga nanti sudah tentu saya akan pikir 10 kali untuk terima atau tidak bergantung kepada situasi dan gaji yang di tawarkan. Bila saya berfikir dengan pemikiran yang waras (selama ni tak berapa waras kahkahkah) sampai bila agaknya saya perlu berada di takuk ini? Umur saya bakal menjangkau 29 tahun (in sha allah jika di panjangkan lagi). Saya telah berada di sini selama 5 tahun. Yes, jujurnya saya sayang tempat kerja saya ini sebab terlalu banyak kemudahan, keselesaan yang di berikan. Mudah bermaksud saya boleh bawak anak ke pejabat jika tiada org nk jaga, jika bosan saya boleh ajak awin pergi Eng Hong, jika mengantuk saya pergi bilik belakang dan zzzzzzzz.... Kalau nak di sentuh soal gaji, memang... di takuk itu sahajalah.... Tapi isu itu dapat di atasi dengan memikirkan faedah yang lain. Uff nampaknya saya belum bersedia untuk berubah.....Tetapi saya perlukan perubahan........ Perubahan yang baik untuk diri saya dan kerjaya saya.

Saya sentiasa berbaik sangka pada Allah... Bak kata mama saya, jika dah tertulis itu memang rejeki kita, maka in sha allah pasti akan jadi milik kita.... Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita dan Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita.... Percayalah.... 

Semoga saya menjawab soalan panel nanti dengan lancar dan dipermudahkan... In shaa Allah.....

:)

Saturday, March 16, 2013

Cara Memasak Rumpai Laut

Baru ada kesempatan nak upload tentang cara-cara masak rumpai laut. Dua hari aku rendam untuk hilangkan hanyir termasuk sekali basuh dengan tepung huhuhu. Tapi dua hari tu kena la tukar air dia yer. Mula-mula basuh macam nak basuh beras. Lepas tu baru rendam. Esoknya basuh lagi macam basuh beras. Pastu rendam lagi semalaman dengan air tepung pulop. Tapi bentuk rumpai laut tu kan macam cacing besar, geli-geleman aku masa nak basuh tu hahaha.

Da rasa bau hanyir tu kurang or tak ada boleh la di rebus. Aku rebus 100 gram dgn 2.5 liter air. Tapi sepatutnya aku kurangkan sikit air tu. Maybe should be dalam 2 liter jer atau biar cukup-cukup dia tenggelam kalau dop jelly dia jadi sedikit lembik. (lepas masak,sejukkan n simpan dlm peti dia akan jadi mcm jeli) Aku masak aritu lebih kurang setengah jam lebih sikit mcm tu la sampai dia gelegak dan hancur. First batch aku x campur apa2. Terus amik n letak dalam 2, 3 bekas konon nak wat masker muka la hehehe. Lepas tu baru aku masukkan sirap dan gula tp x la biar manis mcm air sirap pulop huhu. Oh ya sepanjang rebus tu aku masukkan satu je daun pandan. Bagi hilang hanyir.

Lepas siap masak boleh la masukkan ke dalam bekas-bekas n biarkan sejuk dulu sebelum masuk peti. Aku ada sebungkus lagi belum masak. Kali ni aku nak kurangkan air biar jelly dia jadik keras sikit huhu.

Berikut gambar yang sempat aku snap sbb aku lupa nk amik gmbr dari proses rendaman huhuhu.... Oh ya, peti sejuk saya selalunya memang kosong... huuu seb bek ada gak susu n gula tu huhuhu.....





Thursday, March 7, 2013

Mana Datang 48 neh?

Erkkkk... Bukak bukak blog, tengok statistik semalam 6.3.2013 ada 48 viewer. Dari manakah mereka semua ini? huhuhu... Bisanya viewer saya cuma 3 orang sahaja sehari... Kesian kan?

Nanti saya nak masak rumpai laut sendiri lah... Tunggu kemunculan entry khas saya tentang cara-caa memasak rumpai laut... wakaka

Ok, entry kesian.... :p