Tuesday, March 19, 2013

Bersediakah Aku Untuk Perubahan???

Jujur saya memang banyak apply jawatan. Tak kira gomen atau swasta mana yang saya rasa sesuai dengan saya, saya akan try apply. Dan mungkin kerana pengalaman saya hampir 5 tahun dalam bidang HR dan pentadbiran ini membuatkan biasanya (syarikat swasta je lah) saya akan berjaya di short listed kan (alhamdulillah)... Tapi pada masa yang sama saya akan berdebar-debar untuk menghadiri temuduga seriusly saya tak suka perasaan ini. Biasanya aku yang uruskan pasal carik calon, appointment untuk interview, saringan calon, tapi kali ni aku adalah calon dan itu benar-benar membuatkan hati saya tak keruan.... Harap-harap saya sihat pada hari interview nanti sebab hari tu last pergi interview saya kurang sihat dan akhirnya menjejaskan pemikiran saya di mana saya tidak mampu menjawab soalan panel dengan baik selain otak saya telah di racun bahawa kerja di situ banyak masalah jadik mood saya untuk bersungguh-sungguh hilang di bawa angin bayu.... (pehhh ayat aku!)

Berbalik kepada tajuk perbincangan kita, bersediakah saya untuk perubahan? seriusly saya selesa dan terlalu selesa di sini. Walaupon ada masa ada jugak problem yang perlu di hadapi tapi saya dapat melaluinya dengan tenang dan kadang kala dengan emosi (kebiasaannya HAHAHA). Oleh itu sekiranya saya ditakdirkan Allah di murahkan rejeki dan berjaya dalam temuduga nanti sudah tentu saya akan pikir 10 kali untuk terima atau tidak bergantung kepada situasi dan gaji yang di tawarkan. Bila saya berfikir dengan pemikiran yang waras (selama ni tak berapa waras kahkahkah) sampai bila agaknya saya perlu berada di takuk ini? Umur saya bakal menjangkau 29 tahun (in sha allah jika di panjangkan lagi). Saya telah berada di sini selama 5 tahun. Yes, jujurnya saya sayang tempat kerja saya ini sebab terlalu banyak kemudahan, keselesaan yang di berikan. Mudah bermaksud saya boleh bawak anak ke pejabat jika tiada org nk jaga, jika bosan saya boleh ajak awin pergi Eng Hong, jika mengantuk saya pergi bilik belakang dan zzzzzzzz.... Kalau nak di sentuh soal gaji, memang... di takuk itu sahajalah.... Tapi isu itu dapat di atasi dengan memikirkan faedah yang lain. Uff nampaknya saya belum bersedia untuk berubah.....Tetapi saya perlukan perubahan........ Perubahan yang baik untuk diri saya dan kerjaya saya.

Saya sentiasa berbaik sangka pada Allah... Bak kata mama saya, jika dah tertulis itu memang rejeki kita, maka in sha allah pasti akan jadi milik kita.... Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita dan Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita.... Percayalah.... 

Semoga saya menjawab soalan panel nanti dengan lancar dan dipermudahkan... In shaa Allah.....

:)

No comments:

Post a Comment