Saturday, April 27, 2013

Birthday & Farewell

Akhirnya... Hari itu tiba jua... Hari kesedihan buat aku. Gilerrr nangis mengogoi ngogoi masa salam n peluk puan. Yes, of course la saya sayang bos saya. 5 tahun kot aku kerja dengan dia. Cuma dia cakap dia tak rasa pun kehilangan aku. Dia rasa aku ada je sebab suami aku still kerja situ sbb tu la dia tak rasa sangat. Lagipon kalo ada pape xtvt yang dorang buat nanti yang laki aku join, dah sah2 aku pon akan join sekali huhuhu.

Minggu ni memang aku bz gilerrr ngajar bebudak baru skop tugas aku. Sebenarnya bila dorang da pandai nanti tak ada apa pon sangat kerja aku tu. Maybe sebab sekaligus dorang kena belajar tu yg masing2 kata susah tu huhuhu. Oh ya... 2 orang staff baru di ambil utk menggantikan saya. Tapi saya tahu bos ada plan lain utk salah seorang. Cuma skrg bagi mereka masa untuk belajar dan faham tugas aku dulu.

Kebetulan bulan ni memang bulan birthday aku n lagi sorang staff kat HQ. Dan kebetulan juga la sekali dgn bulan aku hantar resign letter. So bos pon buat sekali harung jer. Time makan2 ni buat masa lunch hour. Masa ni masing2 gembira2 je. Aku jumpa puan petang tu sbb ada miting sekali ngan budak baru. Oh ya puan hadiahkan sya handbag... Rucini... Dan kain pasang sutera crepe :) habis miting dlm kul 6 tu bebudak turun dulu ngan en.boh. Aku gi salam ngan puan dulu. Sebenarnya sblm tu x terasa nk nangis pun. Tapi bila da peluk puan tiba2 hati rasa sebak gilerrr gilerrr punya huhuhu tu yang nangis ngongoi2 sedu2 bagai tu. Masa jamuan tgh hari tu time bg ucapan pon sebak. Tgk puan pon mcm sebak jugak la tp tahan tu hehehe. Sedih bangat sbb lama da kerja. Tp siap tanya puan kalo x suka keje baru nk masuk pfas blk blh dop? hahaha

Gambar2 sekitar majlis. Seriusly aku lupa nk salam2 laga2 pipi dgn bebudak ramai2 tu semalam. Insya allah isnin nnt aku singgah opis dorang. Aku kan da last day isnin ni huuuu T_T

**maaf gambar gagal di upload. Tak tahu la apa masalah hp aku neh! ufff!!

Friday, April 19, 2013

Ok, menakutkan semula

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17365-kerajaan-pahang-keluar-tender-7-tahun

UFF...... Mereka yang di atas atas bertingkah, kami di bawah-bawah terpijak.... Mungkin ini mmg kisah kronism, tetapi bagaimana nasib pekerja yg kemungkinan besar rakyat Pahang? Setelah di ambil bekerja, apa nasib mereka sekiranya mereka yang di atas atas tidak kira lah parti apa pon terus membawa isu ini? Dan sekiranya betul terjadi seperti komentar-komentar mereka, apa nasib pekerja-pekerja yang mencari sesuap nasi di situ? 

Mereka yang berkenaan terus mempertikai syarikat ini, tapi yang terlibat mungkin orang-orang yang berkenaan, tapi kami tidak terlibat pun di atas apa-apa isu yang di bangkitkan. Kami hanya kuli, kerani, pekerja am yang bekerja dan mungkin bakal bekerja di situ demi sesuap nasi. 

Ahhh! Mungkin aku yang mengambil tahu perkara ini dengan terlalu serius. Orang lain yang sudah mulai bekerja di situ mungkin tidak merasa apa-apa. Mungkin kerana mereka tidak mengikuti perkembangan atau kisah politik di Malaysia, di Pahang khususnya. Mungkin aku harus berkecimpung di dalam arena politik kayaknya. Benar, aku memang suka mengambil tahu hal-hal dan isu-isu politik dalam negara lebih dari aku mengambil tahu hal-hal artis. Isu politik lebih menarik berbanding cerita artis pada pendapat aku. Tetapi aku jelek dengan perangai mereka yang kadang-kala meluatkan. Saling menuduh dan memburukkan antara satu sama lain...

Aku tidak boleh berpatah balik, malah aku tidak mahu berpatah balik. Akan aku tempuhi cabaran ini walaupon hatiku berdebar-debar. Aku akan cuba mengikis ketakutan ini. Sehingga aku masuk ke dalam, baru aku tahu situasi sebenar.... 3 minggu sahaja lagi...




Thursday, April 18, 2013

Saya Redha Sahaja....

Entry saya sebelum ini saya menyatakan rasa kebimbangan bukan? Ya lah, risau juga kalau apa-apa terjadi. Tapi akhirnya saya redha.... dan berdoa semoga tiada apa-apa akan berlaku. Saya akan bekerja dan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. 

Hari tu risau jugak la. Tapi lepas aku ber sms-sms dengan kak ida yang memang dah masuk kerja kat situ, katanya semuanya ok sahaja. Berjalan lancar dan dia pun dah mula bekerja dah pun. Sudah ada tugas yang di beri kepada beliau. Fuhh.. sedikit lega dalam hati ku. Frankly, aku betul-betul mahu bekerja di syarikat yang stabil di mana aku tidak perlu memikirkan masalah seperti, bulan ni cukup tak amount nak bayar gaji pekerja, cukup tak untuk bayar hutang, cukup tak itu, ini... Walaupon kompeni aku ni di tunjangi oleh individu yang VVVIP tapi tetap sukar juga... uff hanya aku yang tahu kesukarannya!

Aku telah merujuk isu kompeni baru akukepada seorang sahabat. Dan kata-katannya kemungkinan berlaku perkara yang tidak di ingini adalah bukan secara serta merta membuatkan aku sedikit lega. Sekurang-kurangnya untuk tahun-tahun pertama. Tapi jika di baca artikel yang aku lampirkan tempoh hari, tiada ayat yang mengatakan kemungkinan kontrak itu akan di batalkan bukan? ia hanya memberitahu itu adalah langkah di ambil oleh mereka-mereka sekiranya berlaku sesuatu yang tidak di ingini contohnya, peralihan kuasa. Lagipun tak mungkin sebuah kontrak dapat di revoke dengan mudah sekali. Pasti akan ada sejumlah wang yang perlu di bayar sekiranya berlaku. Pasti ada di dalam terma dan syarat mereka. Mungkin aku yang terlalu memikirkannya secara mendalam...

Yakinlah... Allah telah menetapkan rezeki untuk setiap hamba-hambaNya....








Tuesday, April 16, 2013

Saya Risau...

Ok... tak tahu lah macam mana tetiba tadi tergerak hati nk google tentang kompeni baru aku. Tiba-tiba aku terjumpa sesuatu yang amat mendukacitakan aku n amat juga membuatkan aku kerisauan...

http://ohmacamitu.com/blog/search/syarikat-yp-maintenance-sdn-bhd/  dan

http://pahangdaily.blogspot.com/2013/03/panas-kerajaan-negeri-pahang-lulus.html

Saya cuma mahu bekerja.... Saya cuma mencari syarikat yang kukuh... Saya berharap semoga tiada apa masalah yang akan timbul kerana saya hanya rakyat marhaen yang ingin bekerja mencari sesuap nasi.... Saya tidak mahu menjadi seorang penganggur...

Risaunya saya.... Semoga tiada apa yang buruk berlaku selepas pilihanraya nanti... Tidak kira siapa pun yang bakal menang, semoga kontrak ini tidak di batalkan... Saya hanya mahu mencari rezeki..... T_T

uff......

Thursday, April 11, 2013

11 April 2013 - Birthday saya...

MC berMC MC.... Huhuhu.... Lantak la boh aku nk bengang ke tak puas hati ke. Dah memang aku x sehat, MC aje lorrrr. Dari hari Isnin lagi sebenarnya rasa x sehat badan. Sebenarnya dari hari Ahad tu da rasa nak demam. Jangkit dengan Sharhan. Demam n sakit mata 4 hari. Lepas lunch hour ari Isnin tu aku da half day dah. Pegi ambik pil perancang n urusan yg pernah aku ceritakan sebelum ni. Lepas tu singgah putramedic pegi cek. Sekalinya memang demam. Disebabkan aku pegi tu dah pukul 5 pon, so dpt MC utk hari esoknya aje iaitu Selasa. Doktor suruh rehat kat rumah.

Tapi memang demam teruk la sebab aku kalo demam tak berapa teruk aku boleh lg sumbat  nk makan apa pon. Tp kalo dah x lalu mkn n x tahu nk mkn apa dengan tekak pahitnya, memang kompem demam teruk. Pagi-pagi selasa tu suami da siap2 nak gi keje aku request supaya suami x yah la gi keje. Aku tak larat nak jaga anak dgn anak pon x sehat, sakit mata n kuat ngamuk. Last2 berangkut pergi rumah mama huhuhu. Siap bawak bekal kot nk mkn pape. Tp memang x lalu makan la. Duduk rumah mama baru la boleh rehat sikit sbb shrhan mama jaga. Tido je la keje aku. Pas mkn ubt apa.

Lewat gak suami dtg amik sebab dia ada kelas ngaji. Pukul 11.30 jugak baru balik rumah, rehat2 tido2. Esoknya tu sebenarnya x larat lagi rasa badan. Tapi sebab aku da janji nk htr appointment letter hari tu jugak iaitu semalam Rabu, kena la gagahkan diri jugak. So pagi2 pergi Bukit Istana dulu htr appt letter tu. Masa sampai tu diorang baru nk start meeting. Ramai gak yang ada. Aku rasa aku org last yg akn masuk nnt huhuhu. Dalam x larat tu aku masuk gak opis. Keje mmg bertimbun la. Tapi dah org demam blh wat keje guana sgt la kan... Tiba-tiba awin masuk opis aku n dia nk tunjuk aku something pastu tetiba je dia lari sambil cakap "biar sakit mata jgn sakit bontot, biar sakit mata jgn sakit bontot" Aku pon gelakkan aje la. lucu... Aku x rasa pon aku sakit mata. Dia yg perasan mata aku merah. .. So lunch hour tu ajak suami teman makan bubur mcd. Pastu singgah lg sekali kt putramedic yg sama. Doktor cek tgk2 sah! mmg sakit mata. Tapi sb aku dtg pon da half day dia bg jugak mc arini n esoknya.... So ber MC la aku pada keesokan harinya iaitu hari ni iaitu hari birthday saya....

Huhuhu.... Tak rasa apa pon sakit mata aku neh. Cuma mata merah je la sebelah. Arap2 esok dah ok. Oh ya.... Malam td... dalam pukul 12 lebih... Aku tgh duduk2 kt luar sambil belek2 ubat aku yg bertimbun n yg penting ubt mata... Tiba-tiba... suami aku dtg n kucup dahi aku sambil ucap happy birthday n I love u.... hehe aku dop teringat pon bday aku kikiki.......

Tapi hari ni mcm biasa je... Takde pape pon... Suami ada game sukan kt pekan, malam ada kelas mengaji.... Tinggal lah aku berdua je dgn sharhan.... Ok nak pegi masak. Kang bising pulop suami saya.... huuuu.... T_T no candle light dinner ye...

kesian.... eyh? sekian....

Monday, April 8, 2013

Selamat sudah...

Bukan selamat bersalin... Bukan juga selamat berpantang... Saya sudah selamat menghantar resignation letter saya kepada boh dan big bos. Alhamdulillah semoga semuanya mengikut apa yang di rancang. 

Jumaat lepas saya dah dapat appointment letter. Tergezut saya tgk salary yg bakal saya dapat. Bukan apa, saya assume saya akan dapat ikut apa yang dibincangkan di dalam temuduga tetapi rupa-rupanya saya dapat ikut apa yg saya mintak hehehe. Dan tetiba syaiton membisikkan suara jahat kepada saya iaitu menyesal... menyesal sbb tak letak tinggi lagi. Namun setelah di nasihati oleh sahabat saya, beliau telah menyedarkan saya... Ya mungkin saya tidak akan dapat kerjaan itu jika saya letak terlalu tinggi. Betul juga itu. Jadi, bersyukurlah....

Pehhh tu dia! aku da jadik ustazah hehehe. Hari ni lepas lunch hour g klinik desa ambik pil perancang keluarga bahagia. Lepas tu balik rumah dulu tunggu suami solat aku pon tertido. Badan memang tak larat la sebenarnya tp sbb nak hantar offer letter tu arini jugak, aku pon gagahkan jugak bangun n ikut suami balik opis. Bajet nk half day je sbnrnya. Pastu suami kena setel urusan kt bank dulu dekat kul 4 lebih gak baru siap. Pastu gi carik opis sementara opis baru aku kat Bukit Istana. Ok da jumpa tp tak ada org pulop. Ada. Tapi budak lelaki sebab kak ida keluar gi beli brg kat koboi. Ye lah x selesa gak dia kalo kena duduk berdua je dgn lelaki. Opis tu mmg kt kawasan perumahan. Memang perumahan pown... Tapi bayangkanlah betapa elitnya opis tu sbb duduk kt Bukit Istana tuewww 2 tingkat lg. T aku pegi lg sekali aku amik gambo. Opis tu sementara je sbb aritu aku tanya bila blh masuk opis bkt ubi dia ckp tgh nak dapatkan quotation... aiyak! kompom lama lagi.

Tapi benefit opis tu mmg best la!  huhuhu siap ada insurans coverage pastu kalo suami or anak masuk spital ke operate ke opis tanggung tuewww pastu panel klinik pown boleh bawak suami n anak2 (ok, aku tahu tempat lain da lama offer benefit mcm tu, ni aku maksudkan compare to opis aku skrg wakaka). Dan yang bestnya... AL utk less than 3 years 18 hari beb! yahoooo!! Aku kerja skrg dah masuk 5 tahun pon baru 16 hari... huhu sedih! kalo tahun pertama keje lagi la! 8 hari ajerr... huhuhu...

Dengar2 boh nak amik org proton admin ganti tempat aku. Konon aku x yah ajar dia da tahu buat keje. Ok fine. Aku x yah ajar eyhhhh... Baikkkk... Aku ok jerrr hahaha!




Thursday, April 4, 2013

Bencilah Perasaan Ni....

Tadi dah dapat sms inform appointment letter aku da siap n sudah boleh di ambil mulai esok... Ok... Tapi tak tau la kenapa hati   rasa sedih... rasa rindu bangat sama suami saya padahal beliau ada je depan mata aku neh... Ye lah selama ni aku yg jaga invois n payment untuk SJE (sykt suami aku). Nanti aku dah benti siapa nak tolong dia lagi? owhhh sedihnyaaa... Lagi pulak walaupon lain lain kompeni tp kami ni boleh di kira satu opis la jugak... Pasni aku kejee ngan org lain dah, tak dpt la nk berfoya-foya dgn suamii... huuu... Takut lah... saya rasa takut dengan perubahan yang akan berlaku ni... AAAA!!!!! Lagi pulak opis tu dari awal mmg aku yg handle sedih sangat nak tinggal... Saya sayang semuanya yang ada di situ... termasuk pc saya yang telah menemani saya selama hampir 5 tahun ni.... huuuuu T_T

Sentimental value betul lah rasanya.... Everything... semua sekali yg ada di situ punya sentimental value tersendiri... Aku lah pioneer di situ, dulu masa mula-mula bukak semua benda aku yg uruskan... daftar lesen perniagaan dengan mpk. masa tu merempit dengan linda pergi mpk ye la aku mana ada kenderaan. Huuuu sedih rasanya....

Saya takut la dengan tanggungjawab besar yg bakal saya galas nanti... Huuuu... Cesss! konon nak jadik PTD, kalo tugas baru mcm ni pon aku takut, berangan lagi nak jadi PTD? inyour dream lah! Allah.... permudahkan segala urusan aku, mudahkanlah urusan rezeki hambaMu ini....

Huuuu... Mungkin sebab aku nk dtg bulan kot sbb tu emosi sensitip sikit.... huuu... Beri aku kekuatan Allah.... 

Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan manusia....

Semoga aku tak menyesal dengan pilihan aku ini... huuuuu T_T 

Sebenarnya saya takut.... takut nak keluar dari kepompong ni.... huuuu