Friday, April 19, 2013

Ok, menakutkan semula

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17365-kerajaan-pahang-keluar-tender-7-tahun

UFF...... Mereka yang di atas atas bertingkah, kami di bawah-bawah terpijak.... Mungkin ini mmg kisah kronism, tetapi bagaimana nasib pekerja yg kemungkinan besar rakyat Pahang? Setelah di ambil bekerja, apa nasib mereka sekiranya mereka yang di atas atas tidak kira lah parti apa pon terus membawa isu ini? Dan sekiranya betul terjadi seperti komentar-komentar mereka, apa nasib pekerja-pekerja yang mencari sesuap nasi di situ? 

Mereka yang berkenaan terus mempertikai syarikat ini, tapi yang terlibat mungkin orang-orang yang berkenaan, tapi kami tidak terlibat pun di atas apa-apa isu yang di bangkitkan. Kami hanya kuli, kerani, pekerja am yang bekerja dan mungkin bakal bekerja di situ demi sesuap nasi. 

Ahhh! Mungkin aku yang mengambil tahu perkara ini dengan terlalu serius. Orang lain yang sudah mulai bekerja di situ mungkin tidak merasa apa-apa. Mungkin kerana mereka tidak mengikuti perkembangan atau kisah politik di Malaysia, di Pahang khususnya. Mungkin aku harus berkecimpung di dalam arena politik kayaknya. Benar, aku memang suka mengambil tahu hal-hal dan isu-isu politik dalam negara lebih dari aku mengambil tahu hal-hal artis. Isu politik lebih menarik berbanding cerita artis pada pendapat aku. Tetapi aku jelek dengan perangai mereka yang kadang-kala meluatkan. Saling menuduh dan memburukkan antara satu sama lain...

Aku tidak boleh berpatah balik, malah aku tidak mahu berpatah balik. Akan aku tempuhi cabaran ini walaupon hatiku berdebar-debar. Aku akan cuba mengikis ketakutan ini. Sehingga aku masuk ke dalam, baru aku tahu situasi sebenar.... 3 minggu sahaja lagi...




No comments:

Post a Comment