Thursday, April 18, 2013

Saya Redha Sahaja....

Entry saya sebelum ini saya menyatakan rasa kebimbangan bukan? Ya lah, risau juga kalau apa-apa terjadi. Tapi akhirnya saya redha.... dan berdoa semoga tiada apa-apa akan berlaku. Saya akan bekerja dan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. 

Hari tu risau jugak la. Tapi lepas aku ber sms-sms dengan kak ida yang memang dah masuk kerja kat situ, katanya semuanya ok sahaja. Berjalan lancar dan dia pun dah mula bekerja dah pun. Sudah ada tugas yang di beri kepada beliau. Fuhh.. sedikit lega dalam hati ku. Frankly, aku betul-betul mahu bekerja di syarikat yang stabil di mana aku tidak perlu memikirkan masalah seperti, bulan ni cukup tak amount nak bayar gaji pekerja, cukup tak untuk bayar hutang, cukup tak itu, ini... Walaupon kompeni aku ni di tunjangi oleh individu yang VVVIP tapi tetap sukar juga... uff hanya aku yang tahu kesukarannya!

Aku telah merujuk isu kompeni baru akukepada seorang sahabat. Dan kata-katannya kemungkinan berlaku perkara yang tidak di ingini adalah bukan secara serta merta membuatkan aku sedikit lega. Sekurang-kurangnya untuk tahun-tahun pertama. Tapi jika di baca artikel yang aku lampirkan tempoh hari, tiada ayat yang mengatakan kemungkinan kontrak itu akan di batalkan bukan? ia hanya memberitahu itu adalah langkah di ambil oleh mereka-mereka sekiranya berlaku sesuatu yang tidak di ingini contohnya, peralihan kuasa. Lagipun tak mungkin sebuah kontrak dapat di revoke dengan mudah sekali. Pasti akan ada sejumlah wang yang perlu di bayar sekiranya berlaku. Pasti ada di dalam terma dan syarat mereka. Mungkin aku yang terlalu memikirkannya secara mendalam...

Yakinlah... Allah telah menetapkan rezeki untuk setiap hamba-hambaNya....








No comments:

Post a Comment