Monday, March 26, 2012

Bercanda di Pasiran Pantai

Sebelum bercanda di pasiran pantai, kita makan dulu yer... Hari ni ibu belanja McD guna duit yang ayah bagi hua hua hua :D Tempatnya adalah di McD Teluk Cempedak, Kuantan.

 Sharhan kemain excited lagi... Ayah duk menjeling hehehe

Pandang kamera.... Pandang kamera.... Tak de maknanya nak pandang kamera kalo dah dia nampak bas or lori kat luar tu.. adehhh...

Ni pandang kat awek mana pon x tau la aku huhu..

 Eh eh! skodeng sape tuewwww?

Berjalan di atas pasir... pasir kat sini bapok la kasarnya.. Rasanya kalau tak silap aku ni pasir sungai ni bukan pasir pantai....

 Berjalan ke arah sesuatu....

Berjalan ke arah mereka yang tidak dikenali.... Kalau aku tak ambik, kompom dia main tegur jer sesiapa yang dia jumpa. Adehhh anak aku neh. Peramah sungguh!

 Carik port baik punyerrrr

Ok, boleh start main pasir....

Gambar-gambar masa kat pantai tu En. Syuk tak ada sebab tengah pergi mengurut kaki. Kemain syok lagi eh? Kaki aku sampai sakit-sakit sebab banyak berjalan dan berlari kejar budak kecik ni. Tu tak masuk lagi part dia ngamuk sakan tak mau balik. Aku angkut ajer dia lantak la orang nak tengok pon. Seronok sangat agaknya berenang dalam pasir. Aku takut masuk mata ke apa. Last-last aku angkut jer lah budak kecik tu bawak naik ke atas kat tempat ayah dia urut kaki. Memang ngamuk sakan la budak tu. Ada ibu kesah???... HAHAHA.. Kejam dop? Pasir tu dah la besar-besar, kang masuk mata payoh pulop aku nak keluarkan ke apa. Tapi sebenarnya memang dia da ngantuk pon sbb tu la buat perangai. 

Pukul berapa eyh sampai rumah? Rasanya dalam pukul 4 lebih ke pukul 5 kot. Balik tu terus mandikan si sharhan tu (ayah dia la yang mandikan, mak dia dah membuta kepenatan hahaha) Pastu tido sampai ke Maghrib. Huhuhu... Malam tu Makcik Ierah dia ajak kitorang join ateh lepak pantai pon x join. Meme tak de de kitorang ni kalo da balik rumah nak keluar semula. Memang payah la nak keluar kalau dah sampai rumah... Huhuhu... Rupanya diorang pekena ikan bakar tuewwww!!! (Tapi aku tak dek duit nak share pon huhuhu)

Sekarang ni aku macam teringin nak gi Genting lah. Maybe next year kot Insya Allah..... Sharhan besar sikit ok la kot huhuhu. Duit dah habis spend masa gi Langkawi aritu hukhukhuk. So tunggu peruntukan tahun depan plop. Arap-arap ada la rezeki kerja dengan gaji yang lebih tinggi huuuuuuuuuuu......

Ok habis....









Budak Kecik...

Comel pulop bila ingat Sharhan pagi tadi. Masa aku bangun pergi bilik air tengok dia tengah sedap lagi tidur atas katil. Aku pun letak bantal golek untuk jadi penghadang supaya dia tak jatuh. Tiba-tiba masa tengah ambik air sembahyang dengar bunyik macam ada orang ketuk pintu bilik air. Ok, dah siap ambik air sembahyang tu aku pon bukak pintu bilik air tengok-tengok budak kecik sedang mencangkung di depan pintu. Aku agak dah mesti budak kecik nih yang ketuk tadi. Alahai kesiannya... Tak menangis pulop tu bangun tidir tak nampak ibu ngan ayah. Biasanya menangis carik kitorang. Agaknya dia dengar bunyi air dari bilik air tu yang dia kompiden ibu ada kat dalam tu. Kesian sangat. Aku pon peluk la dia bagi semangat sikit (eceh mcm anak aku paham jer).

I LOVE U BABY :X muahhhh


Habis...

Friday, March 23, 2012

Good News

Tadi dapat panggilan dari staff SPAD. Aritu memang aku ada hantar resume ke SPAD lepas kawan aku Siti inform diorang nak bukak cawangan di Pantai Timur. Lama jugak lah aku duk KIV jer tak apply-apply pon sampai la da dekat tarikh tutup baru lah aku tergerak hati nak apply. Ok lepas da apply setel satu masalah. Last sekali aku tanya siti nape dia benti dulu keje situ. Dia cakap stress. Apa??? Stress??? Ini menakutkan aku... huhu tak apalah, think positive ajer.

Hari ni pada pukul 3 petang aku mendapat panggilan daripada nombor berpangkal 03. Aku bajet maybe dari Putrajaya sebab pagi tu aku ada kol Putrajaya untuk tanya status permohonan cabutan permit masuk aboh aku. Sekalinya bila angkat baru tahu rupanya dari SPAD. Banyak gak dia tanya. Antara soalan dia, adakah aku berminat kerja dengan SPAD? Aku jawablah ya, berminat kerana SPAD merupakan sebuah badan berkanun (apa punya jawapan da?) dah berapa lama bekerja kat tempat sekarang. Aku jawablah dah 4 tahun. Dia cakap lama tu. Dia tanya "lama cik kerja di kompeni sekarang, adakah cik berpuas hati" Aku pon jawab lah.. " ya, saya memang sangat berpuas hati dengan management tempat saya bekerja sekarang cuma kalau boleh saya nak cari kerja dengan pendapatan yang lebih baik" hohoho :p. Soalan yang biasanya aku susah jawab ialah: "apakah tugas-tugas cik di tempat kerja sekarang?" obos! Soklan gini lah yang aku biasanya susah nak jawab last sekali akan menampakkan macam aku tak dek keje padahal kerja aku bertimbun huhuhu.... Nasib baik petang semalam aku tak tahu kenapa tiba-tiba jer aku rajin nak tulis senarai kerja aku kat sini so, aku just bukak jer buku tu n tadaaaa!! ngeeeeee

Soalan cepu mas.... "Apakah yang cik tahu tentang SPAD" mencabar minda jugak soalan neh.. aku pon just jawab "secara general yang saya tahu SPAD menguruskan permit-permit untuk lori, bas dan kenderaan awam" (ni jer yg siti impom aku dulu so ni je la yang aku tahu huhuhu).

Insya allah kalau ada rezeki mereka akan telefon lagi untuk panggil interview. Semoga ada rezeki saya di sana.... Harap-harap jugak dapat kerja di Kuantan.... huhuhu... :)

Habis....

STRESS

Asal sebut pasal rumah je kompom àku stress. Sometimes menyesal jugak beli rumah tu. Tapi tak boleh buat àpa la. Rasa nak je aku jual rumah tu beli je rumah lain. Tapi ada ke orang yang nak beli? Gini gaya macam tak ada harapan je rumah tu nak siap. Hampesss!

Aku risau bukan apa. 2 tahun làgi da la tuan rumah aku da nak pindah balik kuantan. Kalau lah rumah aku belum siap lagi masa tu,  mana la aku nak duduk huhu. Kang tak pasal, masuk bersamamu kang...

Asal kol pemaju je tak habis-habis dengan masalah air nya. Ke pemaju tak dop duit  nak setel  ni???

Benci plok aku rasa T_T

Habis....



Thursday, March 22, 2012

Menyorok....








Semua gambar di atas bukan nyer anak aku merajuk or apa. Sebenarnya budak kecik ni tangah main sorok-sorok dengan ayah dia. Lawak gila. Aku tak tahu camaner dia boleh pikir dengan cara meniarap macam nih ayah dia tak nampak dia. HAHAHA!  Asal dengar bunyi ayah nak masuk bilik, cepat-cepat dia akan ke tepi katil dia, lepas tu meniarap. Comel bangat! Geram rasa nak lempang-lempang manja gituewww.... hehehe.. 

Kalau perasan kat tangan dia ada pegang sesuatu berwarna hitam kan. Tu skaf rambut aku tuewww. Dia ambik dari atas meja pastu terus patah kan. Adehhhhh T_T. Nasib baik spek mata aku tak patah di kerjakan budak kecik nih..... 

Melayan budak kecik ni main memang seronok. I MISS U BABY.... Tak sabar nak balik rumah :) Nak masak apa lah untuk bagi budak ni makan. Tak ada idea lorrrr huhu.... Bagi susu campur nestum jer boleh??? :p ngeeeee

Habis

Friday, March 16, 2012

Saya sudah ada ini......

 Komik? bukan......

 Eh? Apa itu? jeng jeng jeng....

 Oh oh... IPAD 2??? haha TIDAK SAMA SEKALI!


Ia adalah APAD MADE IN CHINA.... KAHKAHKAH! Ok gelak jer besar besar x per.... Saya tak marah kerana walaupon ia made in china, saya ada.. kau ada? wakaka! ohhh kau ada ipad2 kewwww.....  Huuuu gaji kau besar ok la tuewww.... apad saya ini berharga hanya... jeng jeng jeng beberapa ratus RM sahaja... Bawah RM500 lagi tuewww.... Kegunaan nya hanyalah untuk main game jer.... wakaka!

Ok, sebenarnya aku tak nampak pon apa kepentingan untuk aku memiliki apad ini. Cuma nafsu aku jer mengada-ngada nak teknologi. Kau nak teknologi sangat kan? Nah hambikkk! hahaha... Ok, apad ini di bayar secara ansuran kepada supplier... Korang nak bayar ansur-ansur aku x jamin boleh ke tak wakaka!

Sesiapa yang berminat untuk memiliki apad ini boleh la menghubungi Ally Sabari iaitu kakak saya... Hehe... Apad ini canggihnya lebih kurang ipad2 jugak (eceh nak jugekkkk) Internet wifi pon boleh, broadband pon boleh cocok. huhu... 

Bateri apad habis la pulop... Tengah syok syok donlod game neh hehe... Ok... babai...

Habis...



Thursday, March 15, 2012

Ikan Patin Masak Tempoyak...

Hari ini ada majlis makan-makan kat pejabat bos. Cuba teka siapa yang masak? HOHOHO.... Aku lah orangnya.... Minggu lepas cabut undi untuk tentukan sape yang akan masak lauk 1, lauk 2, sayur, ulam dan sambal belacan, masak nasik, goreng ikan, goreng telur, mengemas.... Aku sangat bertuah sebab dapat 'LAUK 1' CET! Tak ada idea nak masak. Tetiba puan cadangkan patin masak tempoyak..... Huhuhu.... Ok gak... Seb baik masak tempoyak senang bangat. 

Petang semalam pergi rumah mak anjang (adik syuk) kat Paloh Hinai, Pekan, Pahang (amik! nama penuh lagi cuma tak masuk Malaysia ajer hehehe). Diorang memang berniaga ikan patin kat pasar tani setiap Ahad. So semalam dekat pukul 7 jugak lah sampai rumah dorang. Aku da siap tertido da pon dalam kereta. 

Ikan fresh tu baru tangkap dari sungai (sangkar). Nasib baik diorang tolong belahkan perut, kalau nak suruh aku memang tak dapek lah... Aku tak pandai buang perut ikan sungai huhuhu. 4 ekor ikan patin besar-besar tu. Mulanya dorang tak nak ambik duit tapi lepas bitau nak buat makan-makan kat pejabat, bos bagi duit untuk beli ikan tu baru la dorang ambik. Oh ya, dapat free dua ekor pulop tu hehehe... Tapi aku masak 3 ekor jer... Siap tukul apa semalam masa nak potong-potong ikan tu kecik-kecik. Tulang keras bangat hehe.

Berikut ialah resipi yang biasanya aku guna untuk buat patin masak tempoyak nih...

Bahan-bahan

1. Tempoyak (ikut sukati... Lagi banyak lagi sodappp)
2. Lada kecik (ikut sukati... Lagi banyak lagi pedasssss)
3. Kunyit hidup (saiz jari kelingking kaki sendiri kalo kelingking kaki ko besar, maka kuning nya lebih daripada mereka yang berjari kelingking halus.... (kalo masak seekor lah ni hehe)
4. Ikan patin yang telah di potong-potong. Kalau tak nak potong pon x per.. Ikut suka jerrr... (ada ke org x potong2 eyh?)
5. Semangkuk air
6. Seikat daun kesum

Cara-cara

Mula-mula blender jer tempoyak, lada kecik, dan kunyit bersama-sama seiring dan sejalan..... Pagi tadimasa aku blender aku pelik nape la tak boleh blender.. Rupanya aku tak masukkan air... Aku pon lupa sebelum ni aku masukkan air ke dop... Tapi masuk je lah air tu, tak yah banyak cerita. Kang tetap kena masuk gak air dalam periuk kan kan.....

Kemudian panaskan periuk... Tak mo panaskan pon tak pe kot. Lepas tu masukkan jer bahan yang dah di blender tadi... Tambahkan air... Tunggu menggelegak kemudian masukkan ikan patin yang telah di potong tadi. Aku saja je tunggu menggelegak supaya ikan tu tak adalah hancur sangat. Kalau masuk awal-awal takut hancur plop ikan patin tu nanti.... 

Kemudian tambahkan garam, aji (bagi mereka yang tak pandai masak macam aku, aji adalah bahan yang sangat penting bagi menyedapkan makanan kahkahkah). Rasa lah sampai rasa macam dah ok, secukup rasa gituewwww khennnnn... Last sekali masukkan daun kesum. Daun kesum ni lah penyedap kuah ikan patin... Kalah aji tau..... Tunggu menggelegak, ikan dah masak.... TADA!!!! SIAP!! 


Sedap tuewww..... Tapi kurang garam.. huhu... Tak apa, kurangkan garam lebihkan aji hohoho.... Seawal jam 6 pagi ya saya masak ikan-ikan tersebut hehehe... Oh ya.. Petua yang saya biasa gunakan untuk menghilangkan hanyir ikan patin ialah dengan merendam mereka ke dalam air limau nipis.... Sejam pon boleh... Semalam aku rendam mereka semalaman tuewww huhuhu..... Tak ada limau nipis, asam keping pon boleh....

Habis.....






Wednesday, March 14, 2012

Cobaan

Sambungan entry sebelum ni akan di masukkan bila aku ada mood. Sekarang tak ada mood sebab apad aku nih x mo bukak facebook wakaka. Logiktak alasan aku huhuhu...

K bye

Habis...

Friday, March 9, 2012

Kenangan Yang Lama... Menjelma.... Episod 1

Petang-petang hari begini tetiba jer terimbau memori lama... Tak de lah tetiba sangat, ada lah sebab nya yang membuatkan tetiba aku teringat memori lama hehehe.... Saje je suka-suka bersembang dengan office mate tentang suka duka perjalanan aku kerja kat sini. 

Segalanya bermula apabila..... jeng jeng jeng.....

Dulu aku pernah kerja kat Hotel ***. Betul-betul lepas habis belajar. Sebelum konvo lagi. Aku kerja sebagai kerani. Aku dapat kerja tu pon sebab aku kenal dengan Kak **** jadik kompom lah aku dapat kerja kat situ. Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari... Semakin hari aku semakin stress dengan kerenah orang atasan aku. Sampaikan aku nak pergi kerja setiap hari pon siap nangis-nangis macam budak kecik yang tak nak pergi sekolah. Jadi, adalah orang tolong hantarkan resume aku ke syarikat yang aku kerja sekarang.... Miss Y pun call aku panggil interview. Yang lucunya interview tu di buat di Restoran  kat bawah hotel tu. Kiranya interview tak formal lah....

Bukanlah interview sangat kot. Lebih kepada borak-borak. Sambil makan sambil borak-borak. Bos aku beritahu la opis tu kat Semambu. Semambu ok!! Tapi dah nak pindah ke Kuantan dah.Aku cuma tinggal angkut beg masuk opis baru. Tu je... Miss Y pon dengar bos aku cakap macam tu. Dekat sana pun ada sorang lagi kerja cashier. Madam T nama dia. Bos beritahu Madam ni dah tua dah, tak pandai guna komputer semua. Ooo ok ok. Selepas di beri penerangan sedikit  dan makan sebanyak (belum kompem terima offer, aku dah melantak makan kemain lagi hahaha) :p aku pon berkeputusan untuk mempertimbangkan offer tersebut.

Sebelum terima offer tu aku mintak nak baca offer letter dulu. Masa aku baca tu aku was was jugak nak terima sebab klinik panel tak ada... Kalau kerja kat hotel, makan of course di sediakan, klinik panel pon ada. Kalau kerja ni, nanti makan kena sendiri.... Tapi setelah di pikir-pikir, setelah semakin lama aku semakin stress dengan dinding bercakap dan orang-orang yang tak boleh dipercayai dalam hotel tu serta mereka-mereka yang depan kita kemain baik, lembut gigi dari lidah tapi belakang kita kemain lagi molottt..... Aku pon decide untuk terima offer tersebut. Masa tu aku da nekad nak hantar notis berhenti kerja 24 jam HOHOHO.

Kalau tak silap aku 27 June 2008 bos aku panggil untuk interview lagi sekali tapi kali ni lebih formal dan bertempat di pejabat beliau. barulah aku tahu bos aku ni rupa-rupanya setiausaha peribadi kepada SAS. Setelah menerangkan sedikit sebanyak tentang tugasan yang perlu aku buat, bos suruh aku pergi opis Semambu untuk tengok keadaan kerja di sana. Ok... Menariknya.... Cuba teka siapa yang hantar aku ke sana??? (Untuk pengetahuan dari dulu sampai sekarang aku memang tak ada kereta... Dan tak pandai bawak pon HAHAHA) Beliau ialah Encik Sukri.... HAHAHA :) Tahukah anda siapa Encik Sukri neh? Kali pertama jumpa masa nih. Lepas tu bos mintak tolong beliau hantarkan aku ke Semambu. Ewah kemain lagi pemalunya dia hehe.... Ok yang ni cerita lain kali hahaha... :p

Sampai jer kat sana, masuk opis kat situ, ok la not bad. Yang ada dalam tu pon cuma aku dan Madam T. Lain-lain pulak adalah Technician.... Time ni Technician 2 orang jer... Lepas tu ada sorang Service Manager kat situ.... 

Lepas aku berhenti kerja kat hotel tu secara 24 jam, masa tu gaji kerja sebulan kat hotel tu da masuk. Akak tu siap sound aku lagi suruh pulangkan 2 minggu gaji kalau tak dia nak inform bos baru aku yang aku tak nak pulangkan duit tu. Sebab berhenti 24 jam, in lieu of short notice, gaji aku kena potong... separuh jugak la... Ada aku kesah??? Yang penting aku bahagia HAHAHA :p

Maka bermulalah kehidupan aku di tempat baru.... 

To be continued....

Tuesday, March 6, 2012

Sambal Belacan - FAILED!

Wakaka! Aku nih tak ada bakat ke gapo? Sambal belacan jer pon tp boleh failed.... huhuhu.... Nah ambik resipi neh.... Kalo failed jugak lepas ni ko memang lah.... huhuhu...

1 cawan cili padi
1/4 cawan gula
1/4 cawan garam
1 sudu besar belacan
1 biji tomato
1/2 biji bawang besar
1/2 biji lemon di ambil airnya
sedikit air masak

Cara-cara

1.Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
2. Masak bawang besar dengan microwave dengan suhu 600w selama 2 minit atau boleh juga di bakar
3. Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas
4. Siap untuk di hidang


Habis....