Friday, March 23, 2012

Good News

Tadi dapat panggilan dari staff SPAD. Aritu memang aku ada hantar resume ke SPAD lepas kawan aku Siti inform diorang nak bukak cawangan di Pantai Timur. Lama jugak lah aku duk KIV jer tak apply-apply pon sampai la da dekat tarikh tutup baru lah aku tergerak hati nak apply. Ok lepas da apply setel satu masalah. Last sekali aku tanya siti nape dia benti dulu keje situ. Dia cakap stress. Apa??? Stress??? Ini menakutkan aku... huhu tak apalah, think positive ajer.

Hari ni pada pukul 3 petang aku mendapat panggilan daripada nombor berpangkal 03. Aku bajet maybe dari Putrajaya sebab pagi tu aku ada kol Putrajaya untuk tanya status permohonan cabutan permit masuk aboh aku. Sekalinya bila angkat baru tahu rupanya dari SPAD. Banyak gak dia tanya. Antara soalan dia, adakah aku berminat kerja dengan SPAD? Aku jawablah ya, berminat kerana SPAD merupakan sebuah badan berkanun (apa punya jawapan da?) dah berapa lama bekerja kat tempat sekarang. Aku jawablah dah 4 tahun. Dia cakap lama tu. Dia tanya "lama cik kerja di kompeni sekarang, adakah cik berpuas hati" Aku pon jawab lah.. " ya, saya memang sangat berpuas hati dengan management tempat saya bekerja sekarang cuma kalau boleh saya nak cari kerja dengan pendapatan yang lebih baik" hohoho :p. Soalan yang biasanya aku susah jawab ialah: "apakah tugas-tugas cik di tempat kerja sekarang?" obos! Soklan gini lah yang aku biasanya susah nak jawab last sekali akan menampakkan macam aku tak dek keje padahal kerja aku bertimbun huhuhu.... Nasib baik petang semalam aku tak tahu kenapa tiba-tiba jer aku rajin nak tulis senarai kerja aku kat sini so, aku just bukak jer buku tu n tadaaaa!! ngeeeeee

Soalan cepu mas.... "Apakah yang cik tahu tentang SPAD" mencabar minda jugak soalan neh.. aku pon just jawab "secara general yang saya tahu SPAD menguruskan permit-permit untuk lori, bas dan kenderaan awam" (ni jer yg siti impom aku dulu so ni je la yang aku tahu huhuhu).

Insya allah kalau ada rezeki mereka akan telefon lagi untuk panggil interview. Semoga ada rezeki saya di sana.... Harap-harap jugak dapat kerja di Kuantan.... huhuhu... :)

Habis....

No comments:

Post a Comment